200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

Sejenak perihal MATI- part 2

Friday, June 12, 2009
BismiLlahi waLlahuakbar...

Semalam ayah pesan, el waktu ka saif, pepatah arab ni lagi tepat dari masa itu emas, sebab masa itu memang memotong kita... Potong hidup kita, nanti tinggal sedikit sebelum titik akhir hidup kita.. Jadi, kurangkan membunuh masa, betapa berharganya...

Bila ayah pesan, selalunya kena pada masanya.

3 hari lepas, kejadian menembak jemaah-jemah yang sedang bersolat di Narathiwat. 11 orang Islam terbunuh ketika solat. Kejam dan tindakan tidak beradab langsung.

2 hari lepas, seorang pelakon, arwah Shukri Hashim telah kembali ke rahmatuLlah.

1 hari lepas, semalam, seorang pelajar perubatan Malaysia di Mesir, Muhammad Ammar telah kembali ke rahmatuLlah. Kemalangan dalam perjalanan pulang dari Ain Sokhna.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke ats orang Islam sekalian... Semoga ditempatkan dengan orang-orang yang soleh...

Malaikat maut mengintai kita 70 x sehari, dan alangkah hairannya pabila melihat manusia bergelak ketawa...

Ingat mati adalah langkah yang terbaik untuk kita bersedia...

Jangan rasa janggal. Jangan rasa kekok, jangan rasa kita lambat lagi... mungkin esok waktu kita...

Berpakaian serba putih.. [klik]

Banyakkan bergurau pasal mati...

Jaga roh kita, kerana selepas mati roh yang akan naik ke langit... Jasad ditinggalkan.

Ya Allah, akhirilah kami dengan pengakhiran yang baik...

Lunakkan hati kami dengan mati...

Blog Allahyarham Muhammad Ammar
Blog sahabat Allayarham Muhammad Ammar
Berita Perubatan Mesir

Berapa kali aku dah selawat? istigfar? zikir? atau perkara itu terlalu asing untukku amal...?
Allah lebih suka amalan yang sedikit tetapi istiqamah

Amalan yang berterusan sehingga selepas mati,
Ilmu yang bermanfaat, Anak yang soleh, dan Sedekah Jariah.

p.s : Aku ada menerima satu nota memohon sumbangan program kebajikan oleh MRC CFS IIUM ke Kemboja. Antara misi mereka ialah membina masjid yang belum siap, ber'budget'kan RM 30 000 (tak termasuk kos untuk masjid). Kepada sesiapa yang murah hati untuk beramal jariah, boleh emelkan kepada cahaya_solehah@yahoo.com. Bak kata penganjur, Rm 10(sedikit) pun takpe... Mereka terbuka menerima.

Sama-sama doakan, insyaAllah.

Siiru 'ala barakatiLlah...

0 thoughts from optimists:

Post a Comment