200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
  • suatu lakonan sementara

    waktu itu sentiasa dekat

  • Mencari jalan pulang

    "Wahai orang2 beriman, jagalah dirimu; kerana orang yang sesat itu tidak akan membahayakan dirimu apabila kamu telah mendapat petunjuk" (al-Maidah: 105)

  • Sabar

    (3 : 200 ) Sabar dan kuatkan kesabaranmu, dan bersiap siagalah

  • Jangan engkau marah

    La taghdob, be the strongest person on earth

  • Harta tak akan di bawa mati

    Sok sok Mungkar Nakir soal dalam kubur

terkesan

Saturday, November 12, 2011
Sekali selak, terpana dengan nasihat2 di dalamnya. Nasihat utk seorang anak supaya berbudi pekerti mulia.


‎'Anak mestilah dilarang dari tabiat suka tidur pada siang hari, sebab yang demikian akan menghidupkan tabiat malas dalam dirinya. Tetapi jangan ditahan anak tidur pada malam hari, hanya biarlah tempat tidurnya dari tilam yang kasar, supaya anggota badannya menjadi keras dan kuat, dan tubuhnya tidak gemuk, akhirnya ia menjadi manja dengan keadaan bersenang lenang.'


-petikan dari bab Melatih diri mendidik budi pekerti, Bimbingan Mu'minin 2 (Imam Ghazali)


Banyak lagi nasihat2 berguna, pasal bab makan, bab bergaul dan sebagainya...
La taghdob masih menjadi mantera dan renungan hikmah buatku.
Sibukkan betulkan diri ya. jangan sibuk memandang salah orang.
Semoga ALlah mudahkan urusan kita semua.


Plan after this : update about liquid crystal.

road to success

Tuesday, November 1, 2011



"Anak-anakku, ilmu bagai nur, sinar. Dan sinar tidak dapat datang dan ada di tempat yang gelap. Kerana itu, bersihkan hati dan kepalamu supaya sinar itu dapat datang, menyentuh dan menerangi kalbu kalian semua" - Kiai Rais


"Kerahkan semua kemampuan kalian belajar! Berikan yang terbaik. Selepas segala usaha disempurnakan, barulah berdoa dan bertwakal. Tugas kita hanya sampai usaha dan doa, serahkan kepada Tuhan selebihnya, ikhlaskan keputusan kepadaNYA, sehingga kita tidak akan pernah stres dalam hidup ini"

"...Stres hanya bagi orang yang belum berusaha dan tawakal.
Ma'annajah, good luck!"

"Ingat selalu, selama kalian ikhlas, maka selamanya Allah akan menjadi penolong kita.
Innallah Ma'ana"

" Pasang niat kuat, berusaha keras dan berdoa khusyuk, lambat laun apa yang kalian perjuangkan akan berhasil. Ini sunnatullah, hukum Tuhan"

"... selamat berjuang. Hidup sekali, hiduplah yang bererti.." -Kiai Rais

"Man shabara zhafira. Siapa yang bersabar akan beruntung. Jangan risaukan penderitaan hari ini, jalani sahaja dan lihatlah apa yang akan terjadi pada masa hadapan. Sebab yang kita tuju bukan sekarang, tetapi ada yang lebih besar dan asas, iaitu menjadi manusia yang menemukan misinya dalam hidup"

"....ada dua hal yang paling penting dalam mempersiapkan diri untuk sukses iaitu going the extra miles"

"...pilihlah suasana hati kalian, dalam situasi paling kacau sekalipun. Kerana kalianlah tuan dan penguasa hati kalian. Dan hati yang selalu dapat dikuasai pemiliknya, adalah hati orang sukses" - Ustaz Salman

"Tuhan itu dapat mendatangkan rezeki kepada manusia dari jalan yang tidak pernah kita sangka-sangka"

"...Allah itu dekat dan Maha Mendengar. Dia bahkan lebih dekat daripada urat leher kami. Dia pasti tahu apa yang kami fikirkan dan mimpikan. Semoga Tuhan berkenan mengabulkan mimpi-mimpi kami.."

"...jangan pernah remehkan impian, walau setinggi apa pun. Tuhan sungguh Maha Mendengar"

Man jadda wa jada. Siapa bersungguh-sungguh akan berjaya~


~pesanan ikhlas kakak nurul khairani,


-mahu jadi orang berilmu-