200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
  • suatu lakonan sementara

    waktu itu sentiasa dekat

  • Mencari jalan pulang

    "Wahai orang2 beriman, jagalah dirimu; kerana orang yang sesat itu tidak akan membahayakan dirimu apabila kamu telah mendapat petunjuk" (al-Maidah: 105)

  • Sabar

    (3 : 200 ) Sabar dan kuatkan kesabaranmu, dan bersiap siagalah

  • Jangan engkau marah

    La taghdob, be the strongest person on earth

  • Harta tak akan di bawa mati

    Sok sok Mungkar Nakir soal dalam kubur

Analisis isu semasa:: Intifadhah Palestin::

Thursday, January 15, 2009
Dari palestinkini,

Terkini : Tanah perkuburan rakyat Palestin pula jadi sasaran rejim Zionis.

Written by admin from on January 15th, 2009 | 0 Comments

Khamis ,15/01/2009 - Tentera udaraIsrael hari ini telah membedil kawasan tanah perkuburan rakyat Palestin di Sheikh Radwan,utara Gaza menyebabkan kemusnahan yang teruk.

Kawasan perkuburan tersebut menempatkan mayat-mayat mangsa serangan Israel di semenanjung Gaza yang terdahulu dan terkini.Menurut saksi, mayat-mayat yang telah disemadikan bergelimpangan di sekitar kawasan akibat kesan letupan bom yang dahsyat.

Sikap kurang ajar penjenayah Israel berterusan dengan rakus memusnahkan sekolah, masjid,kemudahan-kemudahan awam dan temasuk tanah perkuburan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : Abu Ukaysah



SELAMATKAN PALESTIN_sekitar KL dan PJ_





Hasil analisis ringkas dari diskusi, pembacaan, pemerhatian saya dan rakan-rakan "kenapa umat Islam layu leka lalai lemah longlai dan bermacam2 L lagi",

ialah kerana.
1. kurangnya ilmu pengetahuan dan thaqafah.
2. jati diri Muslim sejati yang rapuh ranap diselaputi dan dimomokkan budaya-budaya kuning, hitam dsb oleh Barat.
3. ekonomi yang maha bergantung kepada Barat.

Analisis akhbar Utusan Malaysia semalam, 14 Januari 2009, mukasurat 6 dalam negeri ada menyebutkan perbandingan antara Muslim dan Yahudi di dalam artikel yang bertajuk Siapa Yahudi? Siapa Orang Islam?
Di mana bilangan orang Islam terhadap Yahudi boleh dinisbahkan kepada 1 Yahudi : 100 Muslim, tetapi jika dicampur semua sekali, Yahudi 100x lebih berkuasa daripada orang islam. Antara kesimpulan dari artikel tersebut ialah dunia
Islam kurang keupayaan menghasilkan ilmu pengetahuan di mana di UK, jumlah buku per juta orang adalah 2000 sementara di Mesir hanyalah 20 buku per juta orang.
Dunia Islam turut gagal menyalurkan ilmu pengetahuan di mana sekitar 40% penduduk di negara maju masuk universiti, sementara hanya 2% sahaja di negara majoriti islam. Negara2 majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains per sejuta penduduk, namun AS mempunyai 4000 persejuta, jepun 5000 persejuta. Negara Islam membelanjakan 0.2 % dari hasil KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D), namun di negara maju sebanyak 5%.


untuk analisis yang seterusnya, bolehlah pinjam surat khabar Utusan Malaysia hari rabu yang lepas, 14.1.09 di 'circulation counter library' kampus masing2.. jangan lupa bawak kad matrik.

oh. dah azan. wassalam.

"Selamat Berusaha Memperbaharui yang lama.." pesan akal kepada hati.

APA YANG PENTING?

Sunday, January 4, 2009
Bismillah..

Di saat dunia digemparkan dengan perang dan serangan bertubi-tubi tanpa sebab oleh Israel ke atas Gaza dan Palestin, setelah berjuta-berjuta mahupun seinfiniti kekejaman yang telah dilancarkan kepadanya antaranya mendirikan Tembok Pemisah, membakar masjid, menyekat laluan keluar, menguasai al-Quds, mendakwa tanah jajahan adalah tanah sendiri, penjajahan mental dan fizikal, pencabulan hak-hak asasi spt tempat tinggal, hak pendidikan dsb, dan bermacam2 lagi, menyebabkan satu soalan timbul kat benak pemikiran aku...

Sekarang, apa yang penting sebenarnya?

Apa yang penting?

APA YANG PENTING...?

Kalau tanya kat sesiapa yang jadi penonton setia 'wonderpet' tv9 setiap isnin sampai jumaat pukul 2.30 petang, dah tentu mereka menjawab.. KERJASAMA,,

tp bg aku, perkara yg penting sekarang.. apa yang penting adalah Kuasa. KUASA.

Kenapa Israel menyerang Palestin?
Dari pandangan dangkal aku, sebab dia berkuasa. Juga disebabkan dia tidak dihalang oleh kuasa-kuasa lain..

Amerika yang dilihat sbg kuasa besar, memberi laluan terbuka kepada anaknya, Israel.

PBB yang telah didesak oleh negara Arab agar menghentikan serangan ke atas Gaza, boleh berkeputusan untuk adakan rundingan dahulu dalam memenuhi Delegasi Barat. Tidak rasa bersalahkah sedang masa-masa yang terbuang itu dipergunakan Israel untuk menjadikan nyawa-nyawa di Gaza sebagai mainan murahan?

OIC pula baru nak tarik kerusi berbincang setelah Palestin bertubi-tubi diserang.

Kesatuan Eropah EU tak wat apa-apa.

Cadangan Perancis supaya genjatan senjata selama 48 jam dilakukan di Israel ditolak.

"Media “as Safir” mengungkapkan bahawa pihak berkuasa Ramallah telah memindahkan seramai 400 kakitangan yang dipimpin tokoh gerakan Fatah, Muhammad Dahlan, ke Kaherah 36 jam selepas serangan Zionis Israel ke Gaza" -Palestinkini

Allah... cukupkah kita sekadar kasihan... Perjuangan ini adalah perjuangan aqidah, seperti yang dinyatakan seorang kawan. Kalau kita sayang mereka, saudara-saudara di sana, berusahalah... tegakkan Islam dalam diri.. supaya umat Islam mampu bangkit kembali! supaya ISLAM kembali BERKUASA.

Seperti nasihat Hasan al-Hudhaibi, "Tegakkan Islam dalam diri, nescaya akan tegak di Bumi..."


Sama2lah berjuang dalam menegakkan Islam, dalam diri, masyarakat, negara, dan dunia. Kuasa merupakan 'kuasa yang terhebat'. Sama2lah membantu saudara2 kita di Palestin. Semoga doa Qunut Nazilah tersebut sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka di sana. Ya Allah, muliakanlah ISLAM dan ORANG-ORANG ISLAM...

Semoga kita berjaya menjadi muslim atau muslimah yang mempunyai kesejahteraan akidah (salimul aqidah), ibadah yang berkualiti (sahihul ‘ibadah), akhlak yang membekas (matinul khuluq), kesihatan dan kekuatan tubuh badan (qawiyyul jism), pemikiran yang meluas (muthaqqaful fikr), kemampuan mengekang kehendak hawa nafsu (mujahadatun linafsihi), kesungguhan menjaga waktu (harisun ‘ala waqtihi), kehidupan yang tersusun (munazzamun fi syu’nihi), berdikari dan bersedia untuk memberikan manfaat kepada orang lain (nafi’un lighairihi)...AMIN, dan bukan hanya bercakap kosong..


Sekadar perkongsian rasa dari seorang hamba yang bakal menjadi mayat juga... dan yang akan dipersoalkan di sana kelak.. Wallahu'alam.