200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

Hasanatul Abrar Wa Sayyiatul Muqarrabin

Tuesday, January 31, 2012
<...baru dipost setelah 2 minggu berada dalam draft>


Assalam 'alaik

Hasanatul Abrar Wa Sayyiatul Muqarrabin


term baru bagi ku. apakah ini?

ni antara jawapan2 yang saya terima

jawapan 1
hasanatul abrar wa sayyiatul muqarrabin ~ baik pada pandangan orang2 awam dan biasa, tapi buruk dan boleh jadi maksiat bagi orang2 yang mendekatkan diri dengan Allah (pendakwah , etc..)
Bagi org biasa, dlm banyak hal, termasuk dalam hal-hal makruh, dianggap biasa dan baik... tp bagi org yg dekat dan dilihat dekat dengan Allah (cth : org alim, org yg belajar agama, org yg dimuliakan kerana ilmu, pemimpin) ada antaranya tidak baik. - bro.

jawapan 2 
1. status dia di sisi Allah takleh sama dengan org biasa
2. pandangan org biasa terhadap golongan al-muqarrabin akan dinilai utk dijadikan border line dlm agama
kefahamannya adalah, perkara yg kelihatan baik2 shaja utk org biasa2, adalah prkra yg kelihatan buruk utk org2 yg sgt pious....cthnya kalu org biasa pakai baju tshirt ng sluar ng tudung biasa dah kira baik n tutup aurat....tp utk org yg lbh 'beriman' ia kleihatan jelek...gtu la lbh kurg...tp huraiannya kn tnya org lain yer... -kak NM


isu ini naik dengan kehadiran video "muslimat pas" semasa di hari pengumuman hukuman ke atas Anwar.
ramai orang terkejut tengok video tu.
ada yang kata, tak patutlah sebegitu.
timbullah pula isu akhlak
macam2 isu 
kemudiannya timbul

tak kurang juga
ada pula yang membela
lalu bagi link video wanita mesir di tahrir square
disifatnya mereka lebih "debe" 
berbanding video wanita malaysia 


tak kurang juga
ada yang memberi pendapat
sebegini
yang berbunyi
"hasanatul abrar wasayyiatul muqarrabin"
baik pada orang2 biasa, tp dilihat tidak baik pada golongan al-muqarrabin
pandangan ini kelihatan memberi suatu nilai
jika benar berjuang menjadi gol muqarrabin
maka tindakan ini tidak sesuai dilakukan
walaupun di pandangan mata umum
ianya biasa2

wallahu'alam
ambillah yang keruh, buanglah yang jernih
bertulkan persepsi
banyakkan husnudzon
mungkin kita tak faham kegembiraan mereka
yang pernah melalui kisah2 sejarah hitam mereka

mungkin ada yang mendiamkan kes kes ini
supaya tidak mahu menjatuhkan kredit suatu perjuangan islam

namun saya sekadar utarakan di sini
supaya kita sama2 dapat berfikir rasionalnya
fikir baik buruknya
untuk diambil iktibar
bukan menghentam dengan melulu
dan bukan juga menyokong tanpa tujuan
teringat kata2 seorang roomate, 
besederhanalah

wallahu'alam
pada yang pernah tengok video tu dan tahu video mana,
anda akan faham post ini
jika belum, bolehlah cari video tu,
tu pun kalau masih ada di youtube
sebab saya tak berminat nak postkan di sini .

terima kasih pada yang menjawab.
baru ku tahu, ada border line utk menjadi muqarrabin.
tak boleh nak samakan dengan yang biasa2.
sometimes mujahadah perlu utk menjadi yg luar biasa.
luar biasa itu bermakna yang muqarrabin.

lalu,
cukuplah berteori.
selamat menyemai praktikaliti ya
ojo kelalen, guyu guyu ^____^
dengan Bismillah, aku mula.



p.s 
pandangan peribadiku, sbg seorang perempuan video tu biasa2 shj, cuma kurang sedap bila ada adegan salam antara bukan muhrim. namun bila duk sembang dengan kawan2, katanya, dah jadi norm n lumrah bersalam dengan bukan mahram utk orang K.L. Mungkin ada ilmu yang kita tak tahu, ada situasi2 tertentu yg dikecualikan - Wallahu'alam.

0 thoughts from optimists:

Post a Comment