200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

Al fatihah buat nenek..

Sunday, October 11, 2015
'Mohon sedekahkan Al-Fatihah kpd arwah nenek saya yg baru kembali ke rahmatullah dlm 8 malam jumaat lpas,9 Oktober 2015.. Alhamdulillah slamat dikebumikan kira2 1030 pg smalam..

Smg arwah bersama orang yg beriman dan soleh di sana.

Allahummaghfirlaha warhamha wa'aafiha wa'fu 'anha

Hampir 3 tahun nenek sakit dan tinggal dengan kami. 
Alhamdulillah Allah kurniakan anak2 n cucu2 nenek yang sangat mengambil berat dan menyayangi nenek.

Nenek yang baik.. Tersangat baik. 
Dan Allah mengambil dia semula dengan keadaan yang baik.
Ramai anak n cucunya pulang mendoa dan menyolatkan jenazahnya.
Dia kembali jam 8 malam di rumah kami bersama keluarga Pakde Makde.
Aku ayah mak di Kelantan.. Kami bergegas pulang dan tiba di Kuantan kira2 jam 2 pg.
Adik beradik ayah yang lain pun mengambil masa travel malam tersebut dan bermalam di rumah kami..
Sesampai di k.buaya,aku melihat sekujur tubuh nenek di atas katil.
Putih kulitnya, sejuk badannya...
Kelihatan dia seperti tidur..

Nenek pergi dengan keadaan yang baik..
Alhamdulillah nenek tiada apa2 sakit melainkan uzur tuanya..
Sejak beberapa tahun lepas, sedikit2 nikmat nenek ditarik..
Tapi nenek masih mahu makan.. Seleranya baik sekali..walaupun badannya lemah.
Sehinggalah kira2 rabu minggu lepas.. 
Badannya makin lemah.. Matanya susah nak dibuka...
Mulutnya sering katup tak mahu terbuka..
Namun kami usahakan bagi bubur yg mudah ditelan..

Aku menganggap ini sebagai tanda.. Lalu disebabkan sedikit panik dan beremosi,ak sampaikan berita kepada keluarga besar kami melalui whatsapp..

Isnin lepas ramai yg datang ziarah nenek.
Allah permudahkan semuanya.
3 keluarga dtg..
Mak Teh dr Shah Alam, Pak Long ng Fira, dan pakde sekeluarga datang dan bermalam sekali..

Nenek pergi dengan keadaan baik...
Semuanya berlaku atas perancangan Allah..
Pakde makde sumayyah berhasrat utk menemani nenek dan menjaga rumah kami sementara ak ayah dan mak ke kota bharu..
Allah permudahkan niat mak ayah utk ke Kota Bharu sebab pakde sekeluarga boleh tunggu di rumah.. 
Dalam rasa berat hati dan keliru kami tinggalkan nenek dengan keluarga pakde dan maktun...

Jumaat malam Sabtu..
Allah ambil semula nenek yang kami sayangi..
Nenek yg pernah tegur ak supaya pakai baju yang longgar, jangan pakai baju ketat...
Nenek yg selalu raikan kami dengan masakannya yg sedap..
Nenek yg kuat berusaha menyara keluarga satu ketika dulu..
Yg pandai memasak.. Banyak kuih tradisional yg ak tak sempat belajar dengan nenek..

Allah2..

Tiada dah nenek yang selalu ak agah2.. Nenek yg kusuapkan madu di pagi hari.
Nenek yg kadang2 ak tolong mandikan.. Mostly ayah yg buat..
Sedikit sangat baktimu padamu nenek...

Tapi smoga Allah mengira dan menerima bakti tersebut sbg amal soleh..

Tiada dah ruang utk kami berbakti dan peroleh pahala darimu nenek...
Aku mendoakan nenek diampunkan dosa dan bersama orang3 soleh di sana...

Ya Allah jadikan tempat tinggalnya di sana lebih baik drpd di dunia
jadikan keluarganya lebih baik daripada keluarga di dunia
Dan jadikan pasangannya lebih baik daripada pasangannya di dunia..

Selamatkanlah dia dari azab kubur.. Dan azab api neraka-Mu ya Allah...

Pengajaran yg ak belajar dari sebuah kematian orang yg rapat:
1. Ajal yang datang tidak cepat sesaat dan tidak lambat sesaat. 
2. Benarlah dunia itu untuk menguji kita siapa yg paling baik amalannya.
3. Always appreciate things n ppl around us, jadikan ujian dan kesusahan yangg kita hadapi utk jadikan diri kita SABAR dan REDHA atas apa yg berlaku..
4. Menjaga ibu bapa itu bukan SATU BEBANAN bahkan ia satu KEMULIAAN.. (Tapi benda yg kita sering lupa..) smg Allah bg kekuatan pd kita utk mnjaga mereka nanti

Terimakasih & jazakumullah kpd smua.. Sanak sdara pakcik makcik.. Yg banyak menjaga mendoakan dan slalu menziarah nenek swaktu hidup.. 

Jazakumullah n mg Allah memberkati semua..

0 thoughts from optimists:

Post a Comment