200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
  • suatu lakonan sementara

    waktu itu sentiasa dekat

  • Mencari jalan pulang

    "Wahai orang2 beriman, jagalah dirimu; kerana orang yang sesat itu tidak akan membahayakan dirimu apabila kamu telah mendapat petunjuk" (al-Maidah: 105)

  • Sabar

    (3 : 200 ) Sabar dan kuatkan kesabaranmu, dan bersiap siagalah

  • Jangan engkau marah

    La taghdob, be the strongest person on earth

  • Harta tak akan di bawa mati

    Sok sok Mungkar Nakir soal dalam kubur

Doa untuk dikurniakan nuur...

Wednesday, June 6, 2012

Semoga bermanfaat..
Jika ada pembetulan, silakan maklum.
Maksud, boleh cari supaya akan mudah ingat :)


Selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak yang bakal menjelang tiba.

Doa untuk mudah bangun malam..

Monday, June 4, 2012
Ramadhan bakal menjelang,
selamat menyambut ramadan al mubarak!



Doa ketika mengandung


**dipetik dr wan thohiroh. mohon share=)

Khas untuk kakak saya dan kakak-kakak yang sedang mengandung nyawa-nyawa bakal mujahid dan mujahidah. Semoga sihat2 sokmo dan beroleh anak soleh & solehah... =)

Lega rasa menyempurnakan request seorang ibu mengandung =)

Pada mana2 kawan yang nak share tips2, silakan... =)
Sangat teruja untuk lihat bakal2 anak2 saudara nt... =)

Bismillahhirrahmaanirrahiim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Allahummahfazh waladaha maa daama fii bathnihaa
Ya Allah semoga Engkau lindungi bayi ini selama ada dalam kandungan ibunya

Washafihii ma’a ummihi antsysyaafii laa syifaa illaa syifaa uka syifaa an laa yuqoodiru saqoman
Dan semoga Engkau memberikan kepada bayi dan ibunya kesihatan. Engkau Tuhan yang memberi kesihatan. Tidak ada kesihatan selain kesihatan dariMu, kesihatan yang tidak diakhiri dengan penyakit lain

Allahumma shawwirhu fii bathnihaa shuurotanhasanatan
Ya Allah semoga Engkau ciptakan bayi ini dalam kandungan ibunya dengan rupa yang bagus

Watsabbit qolbahu iimaanan bika wabiraa suulika
Dan semoga Engkau tanamkan di dalam hati bayi ini iman kepadaMu ya Allah dan kepada Rasul Mu

Allahumma akhrijhu min bathni ummihi waqta walaada tihaa sahlan wasaliman
Ya Allah semoga Engkau mengeluarkan bayi ini dari dalam kandungan ibunya pada waktu yang telah ditetapkan dalam keadaan yang sihat dan selamat

Allahummaj’alhu shahiihan kaamilan wa’aaqilan haa dziqaan wa’aaliman aamilan
Ya Allah semoga Engkau jadikan bayi ini sihat, sempurna, berakal cerdas dan memahami dalam urusan agama

Allahumma’alhu thawwil umrahu washahhih jasadahu wahassin khuluqohu wafashshih lisaanaahu
Ya Allah semoga Engkau memberikan kepada bayi ini umur yang panjang, sihat jasmani dan rohani, bagus budi pekertinya, fasih lisannya

Wa ahsin shautahu li qiira atil hadiitsi wal qur’aan
Serta baguskan suaranya untuk membaca hadis dan Al Quran

Warfa ‘darojatuhu
Dan tinggikanlah darjatnya

Wawasi’ rizqahu
Dan luaskan rezekinya

Waj'alhu insaanan kaamilan saaliman fiddunya wal aakhirah
Dan jadikanlah dia manusia yang sempurna selamat di dunia dan akhirat

Allahumma ameen! 

Selamat ulangtahun sejarah


Hujung mei dan Awal Jun 2011...
Antara detik termanis dan paling kukenang dalam hidup...
Suatu kembara mendidik hati, membawa jiwa...
::Umrah & Ziarah:::



 
24 Mei-6 Jun. Sambut 1 Rejab kat sane. 1 Rejab terus ramai orang tawaf. 



 
Dapat peluang duk depan Multazam dengan Mak. 


Dah genap setahun, setelah aku pergi umrah.
Setahun yang mempunyai macam-macam kisah.
Nenek hilang. Accident teruk. Wallet hilang. Berselisih faham. Amanah. Peluang dengan Quran. Ukhwah. Diri. Keluarga. Jodoh. Mati. Madrasah. Ramadhan. Adik. Nisa'. Anak-anak d'nasti. Anak-anak buah. Dan segalanya yang tak tertulis.
Musibah.
Suka.
Duka.
Jauh Hati.
Peluang.
Merajuk.
Seronok.
Pengalaman.

Aku hitung, mungkinkah ini rancangan Dia selepas kembara itu?
Sudah tentu.
Redha, dan buat yang terbaik.
Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan dia mengubah nasib mereka sendiri.

Aku hitung, termakbulkah semua doa-doaku di sana?
Apapun, kena optimis, lambat atau cepat, itu kerja Tuhan.
Tiada siapa tahu.

Aku hitung, bagaimana selepas balik dari sana?
Aku hamba masih banyak khilaf dan dosa... dan sedikit-sedikit Allah uji dengan ujian-ujian dunia, ujian jiwa..untuk mengingatkan bahawa kita adalah hamba, dan sebaik-baik tempat bergantung adalah DIA..

Tak kisah turning point kita di mana2..paling penting stp pengajaran dari apa yang kita lalui.. supaya makin matang dalam mengenal hidup................


Kalau rajin, aq update entri pengalaman umrah 2 dan 3.... waaah. Tak sangka rating tinggi untuk cerita umrah ni, sebab semua pun ada cita-cita nak kesana...

Kalau boleh, aku nak ke sana lagi!

Masjid Nabawi... Ziarah wida sebelum ke Mekah.

 
 Beli susu unta dengan ayah... segar dari ladang.
Ade rupa ayah tak? ;p

Saie


Rombongan Turki tengah berkumpul.  Makcik2 Turki peramah orangnya... 
dengan dialek turki, susah nak paham..qiraat dorang lain..lidah pun lain.. teringat Auntie Rayyan:)
Kalau Huda, sebut hudae..



p.s :
Dalam setahun ni, aku minta maaf sangat-sangat pada hati-hati yang tersinggung, pada yang menanti clarification aku untuk certain2 perkara namun kecewa setelah menunggu........ bersangka baiklah bahawa aku sedang memperbaiki. Mungkin aku susah difahami, mungkin ramai memerlukan jawapan kenapa aku buat begini dan begitu, Aku tidak suka untuk memperbesar sesuatu isu, dan aku tahu diam bukanlah cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah...... namun aku percaya diam akan menyelamatkan dari prasangka, cerita buruk dan sebagainya tersebar......... aku lebih suka diam dari duk meluahkan, kerana diam punya hikmah yang tersimpan. Maaf sangat kepada jiwa yang tidak aku sempurnakan haknya, jiwa yang tidak cukup ku beri perhatian secukupnya, jiwa yang merasa jauh denganku. Kerana aku bukan insan sempurna. Walah. puitis gitu. 


Cuma mintaku, kalau terasa ade masalah direct denganku, sila berjumpa/smsku =) spaces for improvement is always there. Aku tahu aku banyak bersalah, dan sentiasa membiarkan masa merubah segalanya. Aku mati kata2..   (ape yang dah huda membebel ni? ops. ) 


Bantu aku untuk jaga hubungan sesama manusia.. HablumminaAllah, hablumminnaas.. =) senyum

Ukhwah itu....

Sunday, June 3, 2012


Tiada yang lebih manis selepas nikmat islam, dan iman melainkan suatu ukhwah yang manis.
Alhamdulillah, Allah mengizinkan kami untuk wat jamuan makan sedikit...


Didoakan kakak-kakak, selamat bekerja dengan terbaik...
Dan adik-adik mendapat doa dan ucapan dari kakak-kakak agar terus cemerlang...
InsyaAllah, kerana Islam...

Teruja pula 2 insan yang diraikan pada majlis tu.
Teruja dengan kek, n paling teruja dengan hadiah yang diterima.
Hee.




Tak lupa juga, satu pesanan hikmah dari kak Wani semalam, cepat-cepat setelkan *teet*
InsyaAllah, doakan kami semua =)

Balik bilik, rupanya terlepas sambut birthday seorang sweet friend,
Nur Atikah Huda.

May Allah bless you Tikah, jodoh yang baik, rezeki yang berkat, hidup yang bahagia=)

Ops, Nani dah mai bilik teguq dari tadi dok online jer...
Hehe. Bukan senang nak ade mood ng blog nih ;p
Lepas ni insyaAllah akan berkongsi 2 entri lain.

Ok, jom buke nota :)

motivasi separuh masa kedua



Masa,
Berdetik takkan kembali.
Masih ada beberapa kertas berbaki.


Semangat ini ada naik turunnya.
Titipan motivasi dan semangat
Insan-insan yang diutuskan
Tanda kasih sayang Tuhan

Pesan abang suatu ketika dulu,


Walah. Padu kot.

Kak pula,
"Wat exam seolah-olah kamu sedang BERJIHAD"
"Kamu masih banyak paper lagi tu... usaha sungguh2"

Walah Kak Long. satu lagi hentakan padu.
Mengejutkan gergasi yang sedang tidur dalam diri.
There goes me... come back to uia with a new spirit.
Prior to that, my passion was fleeting due to undescribable MCQ.

Masanya hanya sekali,
apa salahnya kalau buat yang terbaik sekali?

Demi diri, keluarga, dan agama.
Usaha + Doa + Tawakkal=)

Walaupun ilmunya fardu kifayah,
Namun usaha menentukan kesungguhan dan sikap kita.

Nasihat itu, walau hanya angin lalu,
Mampu menebus earwax cerumen dan auditory canal,
Tiba di cereberum utk diproses
Menghasilkan dopamine untuk potentiate arousal,
Dan mencuit hati rohani utk dibuat pedoman...

Ya Allah, tiada alasan untukku tidak berbuat baik dan bersungguh, kerana Engkau sering berbuat baik padaku
Jom.
Oxford, tempat orang2 terpilih. Saje tengok gambar, mane tau rezeki baik dapat sampai sane... hee (mimpi siang hari)