200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
  • suatu lakonan sementara

    waktu itu sentiasa dekat

  • Mencari jalan pulang

    "Wahai orang2 beriman, jagalah dirimu; kerana orang yang sesat itu tidak akan membahayakan dirimu apabila kamu telah mendapat petunjuk" (al-Maidah: 105)

  • Sabar

    (3 : 200 ) Sabar dan kuatkan kesabaranmu, dan bersiap siagalah

  • Jangan engkau marah

    La taghdob, be the strongest person on earth

  • Harta tak akan di bawa mati

    Sok sok Mungkar Nakir soal dalam kubur

catatan ramadhan minggu 3

Saturday, August 11, 2012


1. Mendapat pggilan dr seseorang, yang menceritakan ttg kekejaman dan penindasan umat Islam di Rohingya. Ahli-ahli keluarganya menjadi pelarian Rohingya di Bangladesh. Serasa macam susah untuk percaya.. Namun, ini realiti.

2. Mendapat satu justifikasi dan jawapan mengapa masjid selalu lebih lapang di akhir ramadan...

"Manusia tidak mampu berlakon lama-lama. Minggu pertama, masih logik jika masjid melimpah, sebab semangat nak gi terawih. Minggu ketiga saff berkurang menjadi 2. Kerana manusia tidak mampu berlakon lama, akhirnya menonjol tabiat lama mereka. Di sinilah ibadah-ibadah ramadan mengajar kita MUJAHADAH... mujahadah utk istiqamah.."-UHD-

3. Masih memegang beberapa tabung sponsor & infaq. Rohingya, Educational Visit, dan pengajian sahabat utk ijazah sanad quran. Indahnya hulurkan sedikit harta untuk membantu meringankan beban manusia lain. Kita mungkin tahu tapi selalu lupa -Kesenangan di dunia ini sedikit, dan akhirat itu lebih baik. (annisa:77), ayat dan ingatan yang sering singgah padaku dalam bulan ni.

Jom saling mendoakan umat Islam semua. Semoga kita dalam ketetapan Islam dan Iman, insha Allah.



Ramadan yang terindah..... 1433H

Tuesday, August 7, 2012




Banyak lagi skill kena teroka nih..... Poster di atas ade yang buat, ade yang amik dari tenet.... 2 atas tu saja2 testing, 2 bawah tu poster amik dr google n fb... sangat bermakna. :)

Semoga Allah kuatkan hati untuk suburkan ruh semasa Ramadan... Walau macamane malaspun sebelum ni, kena juga usaha... Kadang2 kita kena berhijrah dan cari suasana di tempat yang lain... Tengok suasana orang lain yang sedang bertazkiyyantunnafs.... iAllah kita akan tergerak untuk buat ibadah.........
Jangan sampai petang ke 29 Ramadan baru tersedar dr mimpi...
Alangkah ruginya waktu tu ya.
Ingatan untuk diri sendiri...

Nasihat seorang teman ; "Rugilah kalau kita tak qiam dan baca quran malam ni"
Nasihat seorang ustazah ; "Tinggal nafsu je kena tekan"


p.s : Harini 17 Ramadan bersamaan dengan 6 Ogos.
Dan tarikh sebenar Nuzul Quran pada tahun masihi pun 6 Ogos.
Kebetulan.. [info MHI]

18 Ramadan

Monday, August 6, 2012
Selamat Berbuka untuk semua..
Kepada rakan2, ahli keluarga, dan semua yang mengenali,
Maafkan aku atas semua salah silap, zahir dan batin..
Semoga Ramadan kali ini benar-benar mendidik nafsu.

Aku bukanlah insan sempurna,
Dan sekarang terasa sangat susah untuk mendapatkan cahaya dan kasih sayang-Nya...
Semoga Allah memudahkan urusan kita semua,
Beramal kepada-Nya,
Untuk-Nya,
dan kerana-Nya..

Ya Allah, ingatkanlah aku Engkau tempat kembaliku..
Rendahkanlah hatiku untuk selalu memperbaiki kesilapan..
Ya Latif....... Lembutkan hati kami..
Ya Baits... Naikkan motivasi dan semangat kami selalu untuk menjadi hamba-MU yang terbaik, dan sentiasa melakukan yang terbaik...
Ya Wadud......Semaikan kasih sayang antara kami..
Jauhkan sifat dendam, dengki, dan iri hari hati sesama kami...

SubhanAllah... banyaknya task yang perlu diselesaikan....
Seringkali lelah..
Nafsu yang perlu lebih ditekan..
Lelah atau LiLlah??