200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
  • suatu lakonan sementara

    waktu itu sentiasa dekat

  • Mencari jalan pulang

    "Wahai orang2 beriman, jagalah dirimu; kerana orang yang sesat itu tidak akan membahayakan dirimu apabila kamu telah mendapat petunjuk" (al-Maidah: 105)

  • Sabar

    (3 : 200 ) Sabar dan kuatkan kesabaranmu, dan bersiap siagalah

  • Jangan engkau marah

    La taghdob, be the strongest person on earth

  • Harta tak akan di bawa mati

    Sok sok Mungkar Nakir soal dalam kubur

cita-cita

Wednesday, May 22, 2013
Insya Allah suatu hari nanti, 2 perkara utama yang akan aku ajar anak-anakku :

1. Al-Quran dan makna
-Biar emosinya terdevelop dan ter"acu" dengan keindahan al-Quran

2. Common Sense
- Which sekarang sangat ramai bijak pandai hilang benda ni.

3. ABC blaja lambat2 pun takpa. Boleh antar tadika n sekolah je.


Ramai suka mementingkan IQ, tapi manusia sering lupa jiwa seorang manusia itu juga perlu dididik dengan SQ dan EQ juga. SQ manakah yang lebih hebat selain spiritual quotient daripada al-Quran, kalam Ilahi. dan berapa ramai orang yang belajar tinggi  dan berpangkat, tapi GAGAL bermesra dengan orang bawah, GAGAL develop dan didik keluarga, TAK RETI bergaul sesama manusia kerana rendah emotional quotient dan COMMON SENSE.

Kadang2 terfikir nak berkawan dengan budak-budak kampung yang lebih kaya dengan common sense.


Rabbana yassirlana.........~
#revision week
#the finale

kenangan

Monday, May 20, 2013
Dalam banyak perkara yang aku lalui,
aku sangat-sangat menghargai atas tunjuk ajar sahabat-sahabat mengajarku erti akhlak dan perilaku yang baik.

pernah suatu ketika.
kami naik kereta bersama2, dipandu olehku.

di simpang last sebelum masuk UIA dari bypass,
kelihatan seorang pakcik sedang mengutp sampah2 dan bahan kitar semula di jalanan.
compang camping pakaiannya.

kalau orang biasa, dah buat tutup mata.
atau mungkin pandang sambil kecikkan mata dan pandang jelek.

tapi tau apa yang terpacul dari mulut sahabat saya
"YA ALLAH, DIA NI DAH KONFEM AHLI SYURGA... KITA NI TAK TAHU LAGI CAMNE"

Tak perlu usrah yang formal. tak perlu majlis ilmu. namun hati dan peribadi yang baik membentuk akhlak dan mengeluarkan tutur kata yang baik.
Aku selalu rasa nak menangis bila bersama sahabat yang sorang ni.

Allahu. Aku bersyukur atas setiap saat nikmatmu.


#revision week starts. rabbana yassirlana