Salam. Sempena Ramadan nak datang dalam beberapa hari lagi, aku terlintas nak share di sini.
Bagi yang pernah belajar UIA, dia pasti rindu dengan suasana yang UIA yang sangat meriah sambutan Ramadannya. Meriah dengan tazkirahnya, iftarnya, dan macam2 lagi. Boleh kata kalau ambang Ramadan tu terasa auranya. Tapi untuk yang dah kerja dan tak berapa rajin, dia akan rasa kosong dan lesu kalau tak cari benda-benda ni. Ha macam aku lah tu.
Semalam aku cakap kat diri sendiri, awat sejuk & lesu je nak sambut Ramadan kalini. Lama dah tak dengar ceramah, tak macam dulu-dulu.
Tapi Allah tu maha mendengar..
Harini kebetulan Allah ringankan kaki nak ikut parents gi masjid. (Selalunya ak malas dan prefer solat sendiri).
Masa solat tadi, imam baca surah ar-Rahman dengan syahdu.. Dengan suaranya yang sedikit serak, bacaan yg skit laju macam org muda, terlintas dalam hati, imam ni imam baru. Sedap & khusyuk sungguh baca.
Then, lepas solat ada kuliah subuh ttg Ramadan. Oleh ustaz yang sama jadi imam. Pelik pula sebab selalunya kuliah subuh hari lain. Bila selak tirai,
rupa-rupanya, beliau adalah Ust Tuan Ibrahim Tuan Man.. Patutla sedap bagi ceramoh. Kuliahnya ringkas, tapi padat dan padu Allahuakbar.
Antara isi-isinya:
1. Amalkan doa Allahumma Baariklana fi Syaaban wa Ballighna Ramadan. Gunakan kata ganti diri -na(kami) walaupun untuk diri sendiri, sebab bukan semua orang Allah bagi jumpa Ramadan.. jadi doakan untuk 'kita'.
2. Ramadan itu Allah bagi puasa sebab nak bagi masa yang panjang untuk beribadah. Jimat dah masa kita kat situ. Kalau ikutkan masa nak masak, nak makan, masa basuh tangan, lama jugak.
3. Banyakkan mohon keampunan, sebab dosa akan menjadi penghalang kita. Amalan sikit takpe, kalau kumpul dah mendekatkan kita dengan syurga. Tapi kalau ada dosa, dosalah menjadi penghalangnya. Mohon jauh.
Bapak ak pesan, Ramadan ni kalau kita tak mentally ready, memang macam mimpi, sedar-sedar Ramadan dah berlalu tanpa kita dapat sebarang benefit. Rugila kita sedangkan Ramadan ni merupakan bonus & hadiah Allah untuk kita semua.
Ada jugak yg pesan, orang kita asyik sedia untuk Raya je. Cuba praktis sambut Ramadan sekali sekala. Mana baju baru Ramadan kita nak wat terawih? Mana rida' Ramadan kita? Mana telekung baru utk trawih kita?
Ada jugak yg pesan lagi, minggu terakhir ni manfaatkan dengan banyak pegang dan baca quran. Supaya senang kita nak praktis 4 minggu depan ni. Kalau malas sangat, pandang je Quran sambil fikir apa la dosa ak sampai aku susah sangat nak ngaji ni.. Haha aku la selalu wat gitu. Mohon nangis berjemaah. Kua3.
Bulan Ramadan bulan mulia. Bulan Quran. Bulan yg sama, natijah yg berbeza. Bulan untuk latih kita internally, roh kita, emosi kita, peribadi kita, solat kita, sedekah kita supaya menjadikan diri kita lebih baik 11 bulan mendatang. The race is within us ourselves, not among anybody else.
Jom niatkan awal-awal untuk manfaatkan bulan berkah ini. Ojo kelalen, guyu-guyu...(Jangan lupa yaa..)
Ramadan yang sama, natijah yang berbeza.
Semoga terus bersemangat & goodluck untuk diri sendiri terutamanya.
-cikda