Artikel ditulis oleh Bro.MuhammadKamal [http://muhammadkamal.wordpress.com/]
Meneladani Sikap Juang Tentera BADAR
Written by Xifu Xx
Sunday, 30 September 2007
Dunia hari ini berbeza dengan dunia yang lalu. Oleh sebab itulah, hari ini bila kita berbicara soal sejarah,belum tentu kita berminat untuk mendengarnya apatah lagi untuk menyelaminya. Lebih dahsyat lagi, bila sejarah Islam semakin dilupakan dari minda masyarakat kita hari ini. Buktinya, ada dikalangan pemimpin kerajaan yang memperkecilkan zaman-zaman kegemilangan Islam yang lampau, sehingga menyatakan pendapatnya bahawa kita tidak perlu lagi untuk menyingkap sejarah-sejarah orang terdahulu akan tetapi kita hendaklah mencipta sejarah yg baru.
Inilah dia contoh golongan orang-orang yang tidak mahu masyarakat mengetahui kebenaran. Maka, tidak hairanlah jika masyarakat hari ini lebih berminat meniru gaya-gaya dan tingkah laku orang barat yang telah lari daripada batasan syara'.Mungkin itulah yang mereka mahu. Mereka takut sekiranya masyarakat celik sejarah. Mereka juga takut jika masyarakat faham Islam. Hasilnya, usaha-usaha segelintir manusia yang iingin bercerita tentang kebenaran Islam hari ini mendapat tentangan dan sekatan. Bibit-bibit penentangan terhadap Islam itu sendiri telah kelihatan walhal mereka juga terdiri dikalangan orang yang menganut agama Islam.
0 thoughts from optimists:
Post a Comment