begitulah sedikit sebanyak coretan diari ulya mek kelate semalam. berita ttg si Y yang hangat di akhbar mahupun di internet ternyata menarik minat banyak pihak.
anti klimaks?
Apakah yang dimaksudkan dengan anti klimaks?" fikirnya. Setahu 'ulya, anti klimaks ini ialah sesuatu perkara yang dilakukan melawan gelombang dan tradisi lama yang normal yang sedang diterima, dialami atau diguna pakai semua pihak. Maksudnya, anti klimaks ni adalah suatu perkara yang luar biasa yang berlaku. Dan sudah tentu perkara yang dikatakan anti klimaks ini mencuit perhatian pelbagai pihak. Samada pihak yang ditujukan mahupun pihak-pihak pemerhati di sekeliling.
mencari info
Si 'ulya ade terbaca ttg artikel yang mengisahkan ttg parti mahasiswa negara. matanya mula memerhati, kanta matanya mule memfokus, otaknya mula mnganalisis akan berita itu. adakah ini adalah salah satu jenis anti klimaks? hm...boleh diterima pakai juga..
kenapa boleh diterima pakai?
Sangat jarang sekali terdapat persatuan yang bertindak untuk bertanding dalam pilihanraya. Dan ini nampaknya tidak menjadi masalah untuk PMN kali ini. Nampaknya, persatuan ini telah mengambil langkah untuk mencuba sesuatu yang baru, bersedia untuk menanggung risiko, baik mahupun buruk.
Marilah kita kaji berita ini.... apakah kita sependapat dgn 'ulya atau x...
***********************************
PMN bertegas mahu bertanding di Parlimen Kepala Batas |
Intan Abdullah | Foto Nasir Sudin Tue | Feb 19, 08 | 2:52:56 pm MYT | |
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Hrkh) - Parti Mahasiswa Negara (PMN) yang bertegas mahu bertanding melawan Presiden Umno-BN, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi masih lagi berunding dengan parti-parti pembangkang untuk membenarkan mereka bertanding di kawasan tersebut. Presiden PMN, Azlan Zainal berkata, setakat ini tiada keputusan muktamad dibuat oleh parti-parti pembangkang untuk memberikan laluan kepada PMN untuk bertanding di parlimen Kepala Batas. "Walaupun bertembung tiga penjuru, kami tetap akan bertanding di kawasan tersebut. "Bertanding melawan Abdullah Badawi tidak bermaksud berdendam atau membenci tetapi sebagai menunjukkan kematangan, keberanian dan kesedaran yang tinggi di kalangan mahasiswa dalam mengamalkan demokrasi," ujarnya. Sementara itu, Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub mengesahkan bahawa hal tersebut masih berada di peringkat perundingan bersama PMN. "Sama ada hendak memberikan laluan ataupun tidak, PAS masih lagi berbincang mengenainya. Kita akan tunggu selepas ini," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily. Dalam Sidang Akhbar yang diadakan PMN di Kampung Berembang pagi tadi, Azlan menegaskan bahawa PMN akan bertanding atas tiket bebas sekiranya pihak Suruhanjaya Pendaftaran Persatuan tidak meluluskan pendaftaran parti tersebut. Ketika ditanya mengenai manifesto dan peluang mereka untuk menang di kawasan tersebut, beliau menekankan bahawa tujuan utama PMN meletakkan calon di Kepala Batas adalah untuk mendekati dan bersemuka secara terus bersama mantan Perdana Menteri itu setelah suara mahasiswa sering kali dipinggirkan serta dilihat kecil dan tidak penting sebelum ini. "Ia adalah supaya suara kami dapat didengari oleh orang nombor satu negara. Kami juga akan mengumumkan calon dan manifesto yakni tawaran PMN untuk masyarakat dalam jangka masa terdekat," katanya sambil menjelaskan moto PMN iaitu Generasi Baru Ke Arah Malaysia Baru'. "Menang kalah bukanlah ukurannya, sebaliknya yang menjadi fokus utama adalah melaksanakan apa yang dirancang," tegasnya. Menjawab soalan pemberita mengenai keperluan rakyat untuk bersyukur dengan keadaan negara yang ada sekarang ini, salah seorang wakil PMN, Mior Isfandy berkata kerajaan yang dipilih sebelum ini hanya menjalankan pembangunan tetapi tidak merancang mengenai pembinaan generasi akan datang. "Kerajaan asyik menjalankan proses pembangunan negara, walaupun mencanangkan agenda membina modal insan tetapi kita tidak pasti generasi akan datang dapat menggunakan segala pembangunan yang dibuat seperti yang diharapkan, apatah lagi dengan kebejatan gejalan sosial dan masalah jenayah kian berleluasa," ujarnya lagi. Tegasnya, pembinaan generasi adalah lebih penting daripada pembangunan material. "Generasi baru terdiri daripada golongan belia muda, yang merupakan pelapis kepada kepimpinan negara untuk 50 tahun akan datang. Malangnya bagaimana mereka mahu memimpin negara sedangkan pendidikan politik tidak diberikan?" katanya lagi. Kata Azlan lagi, mahasiswa bukanlah boneka yang boleh dibeli dengan wang, janji-janji manis dan dimandomkan dengan akta-akta yang tidak berperikemanusiaan. "Mahasiswa merupakan aset, suara, jasad, ruh dan nyawa untuk menyumbang serta mengimbangi pembangunan negara," jelasnya lagi. Pada masa sama, sempena sidang akhbar itu, PMN turut mengadakan program kemasyarakatan bersama penduduk Kampung Berembang Menurut Pengerusi Jawatankuasa Penyelesaian dan Rayuan Kampung Berembang, Nor Alizan Mohd Ali berkata, beliau yang mewakili penduduk kampung itu sangat menggalakkan program kemasyarakatan yang dibuat oleh pihak PMN ini sebagai suatu usaha murni golongan muda. "Saya merasakan tindakan PMN mengadakan program di sini bukanlah semata-mata menjelang pilihan raya, bahkan saya berpendapat anak-anak muda ini perlu didedahkan dengan politik lebih awal sejak bergelar mahasiswa," katanya. Pada penghujung program tersebut, PMN turut melancarkan Tabung Mahasiswa serta mengedarkan beberapa jenis barangan makanan seperti tepung, gula dan susu kepada penduduk kampung tersebut bagi membantu meringankan beban yang ditanggung sejak penempatan mereka dirobohkan pihak berkuasa tempatan. "Ini bukanlah kali pertama kami turun ke sini, kerana kami pernah menjalankan program bertemu mereka sebelum ini," kata Syuhadah Ismail, wakil jawatankuasa PMN. Jelasnya, pemilihan Kampung Berembang adalah untuk memperlihatkan natijah kemerdekaan 50 tahun negara, mash terdapat rakyat yang hidup melarat dan menderita. "Seolah-olah tidak ada perikemanusiaan daripada pihak yang bertanggungjawab," katanya yang turut menjalankan aktiviti penduduk kampung Berembang bersama lebih 50 ahli PMN tengah hari tadi. - mns |
******************************
akhirnya?
Di akhir pemerhatian, 'ulya berpendapat anti klimaks ini adalah peristiwa yang boleh menimbulkan pelbagai situasi. Kekecohan, keghairahan, ketakjuban, kekaguman, pemikiran, dan sebagainya. Namun begitu, tindakan yang menghasilkan peristiwa 'anti klimaks' ini dilihat sebagai sesuatu perkara yang proaktif. Proaktif dari segi mencari cabaran untuk mencipta perkara baru dan bukan hanya duduk di takuk lama. Dan sudah semestinya sikap proaktif ini lahir dari minda yang kreatif yang selalu diasak-asak dengan kemahuan berfikir.
berfikirlah
Berfikirlah selagi nyawa dikandung badan. Berfikir sesaat itu lebih baik dari beribadah seriu tahun. Hanya dgn akal fikiran yang tiada tolok bandingnya inilah yang membezakan kita dengan haiwan.
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." surah al-A'raf :ayat 179
:::komen saya::: jom kita berfikir!