200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

cuti dan Auku

Thursday, April 10, 2008
salam, sekian lama tidak menulis blog.
minggu ni minggu terakhir cuti aku.
seronok2..antara yang seronok sbb dapat berdamping ngan ayah n korek2 idea-idea bernas ayah di sebalik kaca mata tebalnya itu.(boley pakai ke ayt nei??)

ape yang terjadi waktu cuti ni? aku melibatkan isu semasa je lah, isu yang bukan semasa hanya perlu aku simpan dalam almari aku(buat ape korang na tau..hehe)

1. AUKU
aku sgt tertarik isu AUKU ni. AUKU ni ialah singkatan untuk Akta Kolej dan Universiti yang mana tidak membenarkan pelajar-pelajar universiti terlibat dengan mana-mana badan bukan kerajaan atau dikenali sbg NGO dalam mengadakan demonstrasi dsb. (sebenarnya byk lagi kalo dilihat scr terperinci, dan ini adalah sebahgian dari rentetan intipatinya secara kasar) Kesan daripada AUKU 1971 yang dikuatkuasakan oleh Perdana Menteri Malaysia pertama, mahasiswa tidak dibenarkan aktif dalam menyuarakan pendapat kepada kerajaan, atau dalam erti kata yang sama, mahasiswa mahasiswi ni kene duk je stadi diam-diam kat u masing2. Camne Auku ni boleh diwartakan? Segalanya bermula dengan gerakan Mahasiswa, di mana terdapat segolongan mahasiswa yang bersuara lantang kepada kerajaan untuk terus membela nasib-nasib petani di Baling, Kedah. Dan juga apabila mahasiswa bertindak menyokong parti pembangkang pada pilihanraya 1969 akhirnya melahirkan AUKU.
Baru-baru ni, rentetan daripada pilihanraya umum ke 12,(ayat ni femes kat dalam berita wat mase skrang), terdapat pihak yang menyuarakan agar AUKU dipinda semula. Hasil undian sms orang ramai kepada buletin utama tv3 menunjukkan bahawa lebih 90% orang menyokong agar AUKU dipinda. (nape x mansuh je terus?)
kesannya... para mahasiswa dilihat tidak langsung dan kurang mengambil cakna terhadap masalah-masalah yang berlaku dalam negara. apa yang difikirkan seharian hanyalah lulus periksa, ijazah, kereta, rumah, dan(last but not least), kawen. ini adalah hasil2 suntikan undang2 yang tidak memberikan kebebasan bergerak dan kesempatan minda untuk berfikir kepada mahasiswa/mahasiswi di unversiti2 tempatan. Maka, tidak hairanlah jika seorang blogger dan penulis terkemuka menyifatkan begini,

"Saya kira cukup-cukuplah sistem pendidikan yang telah menjadikan generasi lahir tahun 80 dan 90 an sebahagian besarnya ignorant. Kalau tuan-tuan tidak percaya cuba uji pelajar-pelajar universiti sekarang. Mereka sifar pengetahuan, apatah lagi ilmu."

Terkedu aku membacanya. seolah2 mencabar diri yang tak tahu mende2 ni. tersiarap darah pun ade.

"oleh itu, mari kite pakak amik cakne ttg isu semase pahni." ucapan seorg rais yang biase kedengaran di majlis2 ilmu di mana2. 'insyaAllah' sahut hati2 para pendengar :)

my comment : who else if not us, when it is if not now. power in our hands. nak ke tak nak. huuu..
(adeh, baru no 1 dah panjang lebar entry ni. nampaknye, no 2 akan disambung kemudian, insyaAllah)..sampai bertemu lagi...

any feedback? u're almost welcome to share ur opinion >:D<

sumber: ceramah, laman web pkp, blog ft, dan blog yang telah hilang sumber alamatnya.

0 thoughts from optimists:

Post a Comment