200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
  • suatu lakonan sementara

    waktu itu sentiasa dekat

  • Mencari jalan pulang

    "Wahai orang2 beriman, jagalah dirimu; kerana orang yang sesat itu tidak akan membahayakan dirimu apabila kamu telah mendapat petunjuk" (al-Maidah: 105)

  • Sabar

    (3 : 200 ) Sabar dan kuatkan kesabaranmu, dan bersiap siagalah

  • Jangan engkau marah

    La taghdob, be the strongest person on earth

  • Harta tak akan di bawa mati

    Sok sok Mungkar Nakir soal dalam kubur

wajah baru. satu hijrah.

Thursday, October 30, 2008
Bismillah walhamdulillah,

Assalamu'alaikum pembaca setia,
Hari ini malan blog ini berwajah baru. bukan dengan layoutnya, tetapi dengan tajuk dan url. Atas nasihat kakak dan pandangan peribadi, saya lebih selesa jika url lama ditukarkan dari luqmanhafizi kepada wwwikhlas. kurangnya kontroversi dan anggapan yang bukan-bukan walaupun pada hakikatnya hanya sekadar nama blog =).

uh.. semoga dengan nama baru,

akan terhasillah isi yang lebih bermanfaat,

lebih hidup,

dan lebih selalu diupdate.

jangan tinggalkan blog anda sampai berlumut...

Terima kasih kepada semua^^ segala komen cadangan dan sebagainya bolehla disalurkan ke kotak 'comments'. jangan salurkan kat lubang tandas pula. nanti dipam, entah hilang ke mana. heh.

2 peristiwa

Wednesday, October 29, 2008
::2 peristiwa yang ingin aku kongsikan ::

peristiwa 1 :



Tersebutlah al kisah, 2 orang beradik. Si Rajin abangnya dan Si Kuat Berusaha adiknya. Pada suatu malam, Si Kuat Berusaha tertidur dalam keadaan tidak bersolat Isyak. Si Kuat Berusaha tersedar apabila terdengar ayahnya mencari-cari kunci pintu. Keadaan sedikit kecoh di ruang tamu. Ditambah pula dengan bunyi kucing menderam di luar. Lalu, teringatlah Si Kuat Berusaha akan abangnya yang meninggalkan kunci tersebut di atas rak usang di luar rumah pada siang hari. Si Kuat Berusaha yang berkeadaan mamai bangun dan keluar dari bilik menemui abangnya, Si Rajin, untuk bertanyakan sesuatu. Keadaan di ruang tamu telah kembali sunyi, dan ayah telah masuk tidur.
"Abang, kunci yang abang ada letak kat rak luar tu dah ambil semula? "
" Dah."
"Kenapa kucing- kucing tu bising?"
"Bergaduh."
"Kucing-kucing tu ada dalam sangkar ke tak sekarang?"
"Dalam sangkar.."
"Eh, abang dah solat 'isyak belum?"
"Dah. Hish banyak tanya la awak ni. pergi la tidur"

Lalu Si Kuat Berusaha pun kembali ke biliknya untuk mengambil wudhuk dan bersolat 'Isya. Sambil memikirkan tentang perbualan dia dan abangnya. Bertanya tentang solat tetapi dia masih belum menyempurnakannya (dari sumber asal- 'aku bukan nak cakap bertanya itu salah')

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan " (Surah as-Saff : 2-3)


peristiwa 2 :

Tersebutlah alkisah, seorang manusia Si Teliti. Kisahnya hidupnya mudah. Dari kecil, sangat gigih berusaha. Mencapai kejayaan yang cemerlang dalam setiap peperiksaan(upsr, pmr, spm, stpm). Memperoleh '1st Class' dalam ijazah sarjana muda. Kejayaan demi kejayaan diraih (degree, master, dan PhD). Menceburi alam perniagaan. Menjadi kaya raya. Menderma kepada anak-anak yatim dan orang yang memerlukan. Pendek kata, hidupnya berjaya. Bak kata orang, menjadila. Seperti cita-cita yang diidamkan setiap insan, tak gitu?

"Katakanlah (Muhammad), " Apakah perlu kami beritahukan orang yang paling rugi perbuatannya?: (Yaitu) orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia, sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaik-baiknya."
(Surah Al-Kahf :103-104)

Langkah berjaga-jaga :
1. Nama watak-watak di atas hanya sekadar pada nama rekaan.
2. Cerita di atas tiada kena mengena dengan orang yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.


Sekadar renungan kita bersama.
Dapat disimpulkan,
peristiwa 1~ Dalam hidup seharian, terlalu banyak kata-kata mendahului perbuatan. Omong kosong. Cakap berapi, p*ngg*ng berasap. Atau boleh diibaratkan sebagai 'KEBAHAK' seperti kata abang mior yang bermaksud-kerja banyak, habuk tak dak. heh. Dan Allah juga telah mengingatkan kita di dalam firman-Nya seperti di atas.

peristiwa 2~ ayat ni aku temui ketika bedah Quran semasa 10 hari terakhir bulan Ramadan lepas, di Masjid Kolej Islam Malaya yang suasanya sangat permai untuk ber'ibadah. Ayat yang memberi kesan di hati. Dalam hidup seharian(mengulang kata-kata di atas.heh) , sudah tentu pelbagai benda baik telah dilakukan pada zahirnya, namun begitu, Allah telah memberi peringatan yang tidak mungkin tidak amalan-amalan kita itu akan menjadi sia-sia. Dan pada saat itu, RUGInya kita. Bersamalah muhasabah. Mungkin ramuan ikhlas, tawadhuk, khusyuk, dan sebagainya tidak diletakkan bersama. Atau mungkin ramuan-ramuan tersebut 'tenggelam' dek ramuan riak, takabbur, 'ujub, dengki dan sebagainya yang lebih 'merajai' hati. Segalanya soal hati... Allah...

Aku yang membaca berteleku dia atas sejadah, menyesal dan bimbang memikirkan, amalan apa yang aku akan bawa bersama apabila aku berpindah alam, sambil berdoa "Allahumma taqabal minna dua'ana, wa solatana, wa a'malana..ameen"



fikir......dan zikir. Allah.....








ujian

Wednesday, October 22, 2008
Bismillah..

Berita yang sy dapat pagi tadi mmg mengejutkan. Panggilan telefon dr Liyana Mustafa mmg mengejutkan. Mata yang mengantuk terus terbuka segar ikut sama terkejut. Astagfirullah! Aisyah accident?? Mmg x disangka. Sapa yang sangka, malang memang tak berbau. Kalau berbau, sapa yang nak menempuh malang. Sapa yang sangka, kawan yang kite slalu bergurau hari-hari, berjumpa hari-hari, berbual hari-hari(dalam bahasa pasarnya, kawan yg kite dok galok ngan ye hari2) tiba-tiba terlantar di hospital. Menimpa kemalangan yang tidak diingini. Aisyah cedera di muka, dan bahu. Kecederaan yang macam mana, tak perlulah saya sebut di sini.

Aisyah, dugaan yang awak terima benar-benar menguji kekuatan. Bersyukurlah, kerana Dia sangat menyayangi awak, dan pilih awak untuk mendekati-Nya dengan kejadian ini. Sudah pasti hati akan sering mendambakan kasih dan simpati dari-Nya, dalam diam ataupun tidak, dalam tidur ataupun sedar. Awak insan bertuah yang sangat kuat untuk terima dugaan ini. 'La tukallifullahu nafsan wus'aha' Tatapilah firman Allah ini. Firman ini akan memberi kekuatan kepada awak. Janganlah mengeluh dengan dugaan yang bertimpa-timpa, tetapi bersyukurlah kerana Dia sangat sayangkan awak. Saya teringat kejadian petang itu,beberapa hari sebelum kita sama-sama menduduki ujian akhir maths. Kita sama-sama berkongsi kesedihan, sehingga saya kelu ketika awak menitiskan air mata. Bersabarlah, Yakinlah. Sesungguhnya awak mmg kuat di antara kami.

Ramai sahabat2 meninggalkan pesan kepada saya, tak kurang juga yang telefon bertanyakan khabar, dan yang meninggalkan doa2 agar aisyah cepat sembuh. Kami semua sayang awak! Syafakillah ye Aisyah..! La Tahzan! Allah merinduimu~! Kami doakan juaga agar ibu dan family awak sentiasa si bawah lembayung rahmat-Nya..

Ujian dalam sedar, ialah ujian yang dialami sahabat saya, Aisyah. Namun, ujian di luar sedar yang berupa ketengan, kebebasan, kelapangan, dan sebagainya, lebih bahaya. Kita yang sihat dan duk goyang kaki senang lenang kat rumah ni pun tengah ditimpa ujian. Ujian adakah kita mengingati-Nya, secara khusyuk dan tawadhuk di dalam kesenangan? Waduh, lagi payah untuk kita hadapi! Tepuk dada tanyalah iman. Seperti nasihat seorang sahabat yang slalu mengiringi sebelum peperiksaan, kuatkan mujahadah! insyaAllah... (^_^)