peristiwa 1 :
Tersebutlah al kisah, 2 orang beradik. Si Rajin abangnya dan Si Kuat Berusaha adiknya. Pada suatu malam, Si Kuat Berusaha tertidur dalam keadaan tidak bersolat Isyak. Si Kuat Berusaha tersedar apabila terdengar ayahnya mencari-cari kunci pintu. Keadaan sedikit kecoh di ruang tamu. Ditambah pula dengan bunyi kucing menderam di luar. Lalu, teringatlah Si Kuat Berusaha akan abangnya yang meninggalkan kunci tersebut di atas rak usang di luar rumah pada siang hari. Si Kuat Berusaha yang berkeadaan mamai bangun dan keluar dari bilik menemui abangnya, Si Rajin, untuk bertanyakan sesuatu. Keadaan di ruang tamu telah kembali sunyi, dan ayah telah masuk tidur.
"Abang, kunci yang abang ada letak kat rak luar tu dah ambil semula? "
" Dah."
"Kenapa kucing- kucing tu bising?"
"Bergaduh."
"Kucing-kucing tu ada dalam sangkar ke tak sekarang?"
"Dalam sangkar.."
"Eh, abang dah solat 'isyak belum?"
"Dah. Hish banyak tanya la awak ni. pergi la tidur"
Lalu Si Kuat Berusaha pun kembali ke biliknya untuk mengambil wudhuk dan bersolat 'Isya. Sambil memikirkan tentang perbualan dia dan abangnya. Bertanya tentang solat tetapi dia masih belum menyempurnakannya (dari sumber asal- 'aku bukan nak cakap bertanya itu salah')
"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan " (Surah as-Saff : 2-3)
peristiwa 2 :
Tersebutlah alkisah, seorang manusia Si Teliti. Kisahnya hidupnya mudah. Dari kecil, sangat gigih berusaha. Mencapai kejayaan yang cemerlang dalam setiap peperiksaan(upsr, pmr, spm, stpm). Memperoleh '1st Class' dalam ijazah sarjana muda. Kejayaan demi kejayaan diraih (degree, master, dan PhD). Menceburi alam perniagaan. Menjadi kaya raya. Menderma kepada anak-anak yatim dan orang yang memerlukan. Pendek kata, hidupnya berjaya. Bak kata orang, menjadila. Seperti cita-cita yang diidamkan setiap insan, tak gitu?
"Katakanlah (Muhammad), " Apakah perlu kami beritahukan orang yang paling rugi perbuatannya?: (Yaitu) orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia, sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaik-baiknya."
(Surah Al-Kahf :103-104)
Langkah berjaga-jaga :
1. Nama watak-watak di atas hanya sekadar pada nama rekaan.
2. Cerita di atas tiada kena mengena dengan orang yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.
Sekadar renungan kita bersama.
Dapat disimpulkan,
peristiwa 1~ Dalam hidup seharian, terlalu banyak kata-kata mendahului perbuatan. Omong kosong. Cakap berapi, p*ngg*ng berasap. Atau boleh diibaratkan sebagai 'KEBAHAK' seperti kata abang mior yang bermaksud-kerja banyak, habuk tak dak. heh. Dan Allah juga telah mengingatkan kita di dalam firman-Nya seperti di atas.
peristiwa 2~ ayat ni aku temui ketika bedah Quran semasa 10 hari terakhir bulan Ramadan lepas, di Masjid Kolej Islam Malaya yang suasanya sangat permai untuk ber'ibadah. Ayat yang memberi kesan di hati. Dalam hidup seharian(mengulang kata-kata di atas.heh) , sudah tentu pelbagai benda baik telah dilakukan pada zahirnya, namun begitu, Allah telah memberi peringatan yang tidak mungkin tidak amalan-amalan kita itu akan menjadi sia-sia. Dan pada saat itu, RUGInya kita. Bersamalah muhasabah. Mungkin ramuan ikhlas, tawadhuk, khusyuk, dan sebagainya tidak diletakkan bersama. Atau mungkin ramuan-ramuan tersebut 'tenggelam' dek ramuan riak, takabbur, 'ujub, dengki dan sebagainya yang lebih 'merajai' hati. Segalanya soal hati... Allah...
Aku yang membaca berteleku dia atas sejadah, menyesal dan bimbang memikirkan, amalan apa yang aku akan bawa bersama apabila aku berpindah alam, sambil berdoa "Allahumma taqabal minna dua'ana, wa solatana, wa a'malana..ameen"
fikir......dan zikir. Allah.....
0 thoughts from optimists:
Post a Comment