200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
  • suatu lakonan sementara

    waktu itu sentiasa dekat

  • Mencari jalan pulang

    "Wahai orang2 beriman, jagalah dirimu; kerana orang yang sesat itu tidak akan membahayakan dirimu apabila kamu telah mendapat petunjuk" (al-Maidah: 105)

  • Sabar

    (3 : 200 ) Sabar dan kuatkan kesabaranmu, dan bersiap siagalah

  • Jangan engkau marah

    La taghdob, be the strongest person on earth

  • Harta tak akan di bawa mati

    Sok sok Mungkar Nakir soal dalam kubur

Bila rindu datang bertamu....

Friday, February 20, 2009
" I love u more than anything else. Once u msging me, my love towards is 999x greater than b4!"

Tersentak Ain bila dapat mesej ni. Tersirap darah muda. Sungguh perasaan rindu itu menyelubungi. Oh....

Antara layan atau tak dilayan. Kalau dilayan parah. Tak dilayan akan terngiang-ngiang pula.

Ok. Full stop. Cerita pendek ni berhenti di sini. Pandai-pandaila sambung. Cerita ini berkenaan hubungan dua orang kawan baik sejak dari sekolah, tak lebih dari itu. Sama jantina okei.. don't ever predict any repugnant thing.

Yg Abstraknya

Sehari-harian kita jarang sedar yang diri ini memang sentiasa disayangi oleh Allah yang Maha Penyayang. Apa buktinya? Tak cukupkah kesihatan yang berpanjangan, dengan nikmat mata, tangan, kaki, dan akal sebagai bukti? Allah..

Mencari Cinta,
Kita..
Sering cuai dalam memilih,
Tak sabar untuk berkasih,
Kita..
bukan sedar,
banyak peluang yang habis
banyak masa muda dikikis
Dek ketaktentuan cinta yang ditagih

Cinta hakiki,
abdi kepada al-Khaliq,
mendidik jiwa merindu Sang Pencipta,
Yang Mencipta Cinta,
Adakah selama ini..
aku melebihkan cinta biasa
dari cintaku kepada Sang Pencipta Cinta???


"Ya Allah, kurniakanlah aku cinta kepada-Mu dan juga cinta orang-orang yang merindui-Mu.."

Lafazkan kalimah cintamu kepada-Nya dalam kesegaran tahajjud.. wallahu'alam.

Sunnatullah VS Syariatullah

Bismillah.

Sampai ke saat ni, dah 3x aku diingatkan pasal sunnatullah vs syariatullah. kesimpulannya, di samping mengejar nikmat-nikmat dunia mengikut sunnatullah yang betul, syariatullah jangan sekali-kali dilupakan.

Dalam skop yang kecil, sunnatullah menggariskan kepada sesiapa yang nak cemerlang dalam pelajaran btq, fizik2, kimia3, eap, lab fizik, dan lab chem perlu kepada usaha yang sangat gigih, setiap inci nota diteliti, latihan demi latihan, dan 'consultation' yang berterusan dengan madam hatta madam maybe jenuh tgk muka kita. heh. dalam erti kata yang pendek, siapa yang nak berjaya perlu berusaha. Usaha jaya.

Manakala, syariatullah pula menetapkan kejayaan akan datang dengan pergantungan kepada-Nya yakni tawakkal dan yakin dengan pertolongan-Nya setelah berusaha. Syariatullah yang abstrak ini sering dilupakan dan tidak diberi perhatian sebagaimana sunnatullah. Kenapa yea? Jawapannya mudah je. Mungkin kerana kurang yakin dan bendanya abstrak. Susah nak wat.

Silap
Pada exam mid term math2 sem lepas, ana perhatikan suatu keadaan di mana syariatullah dibelakangi. Kebanyakan student yakin sebelum masuk ke dalam dewan periksa kerana masing-masing berjaya menyiapkan 'compilation', namun begitu, pabile keputusan diumumkan, jangan terkejut kerana majoriti pelajar2 tersebut gagal. Mungkin sunnatullah yang telah disetkan di dalam minda menenggelamkan rasa kepentingan syariatullah itu sendiri.

"Di samping buat kerja2 berasaskan sunnatullah, jangan ditinggalkan syariatullah.. Pergantungan kepada-Nya perlu di tahap yang tinggi.. supaya datangnya keberkatan dalam beramal.. Berharaplah kepada-Nya dalam qiyamullail kamu, doa kamu.." pesan seorang sahabat.

Oh. Aku mencari perasaan khauf (takut), raja'(penuh pengharapan), khusyuk, dan tawadhuk jauh di dasar hati agar biar sunnatullah bisa seiring dengan syariatullah... Semoga rasa-rasa tersebut dapat menumpaskan noda-noda hitam yang menghijab dari rasa kehambaan yg berterusan kepada-Nya..... Amin!