200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

Sunnatullah VS Syariatullah

Friday, February 20, 2009
Bismillah.

Sampai ke saat ni, dah 3x aku diingatkan pasal sunnatullah vs syariatullah. kesimpulannya, di samping mengejar nikmat-nikmat dunia mengikut sunnatullah yang betul, syariatullah jangan sekali-kali dilupakan.

Dalam skop yang kecil, sunnatullah menggariskan kepada sesiapa yang nak cemerlang dalam pelajaran btq, fizik2, kimia3, eap, lab fizik, dan lab chem perlu kepada usaha yang sangat gigih, setiap inci nota diteliti, latihan demi latihan, dan 'consultation' yang berterusan dengan madam hatta madam maybe jenuh tgk muka kita. heh. dalam erti kata yang pendek, siapa yang nak berjaya perlu berusaha. Usaha jaya.

Manakala, syariatullah pula menetapkan kejayaan akan datang dengan pergantungan kepada-Nya yakni tawakkal dan yakin dengan pertolongan-Nya setelah berusaha. Syariatullah yang abstrak ini sering dilupakan dan tidak diberi perhatian sebagaimana sunnatullah. Kenapa yea? Jawapannya mudah je. Mungkin kerana kurang yakin dan bendanya abstrak. Susah nak wat.

Silap
Pada exam mid term math2 sem lepas, ana perhatikan suatu keadaan di mana syariatullah dibelakangi. Kebanyakan student yakin sebelum masuk ke dalam dewan periksa kerana masing-masing berjaya menyiapkan 'compilation', namun begitu, pabile keputusan diumumkan, jangan terkejut kerana majoriti pelajar2 tersebut gagal. Mungkin sunnatullah yang telah disetkan di dalam minda menenggelamkan rasa kepentingan syariatullah itu sendiri.

"Di samping buat kerja2 berasaskan sunnatullah, jangan ditinggalkan syariatullah.. Pergantungan kepada-Nya perlu di tahap yang tinggi.. supaya datangnya keberkatan dalam beramal.. Berharaplah kepada-Nya dalam qiyamullail kamu, doa kamu.." pesan seorang sahabat.

Oh. Aku mencari perasaan khauf (takut), raja'(penuh pengharapan), khusyuk, dan tawadhuk jauh di dasar hati agar biar sunnatullah bisa seiring dengan syariatullah... Semoga rasa-rasa tersebut dapat menumpaskan noda-noda hitam yang menghijab dari rasa kehambaan yg berterusan kepada-Nya..... Amin!

0 thoughts from optimists:

Post a Comment