200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
  • suatu lakonan sementara

    waktu itu sentiasa dekat

  • Mencari jalan pulang

    "Wahai orang2 beriman, jagalah dirimu; kerana orang yang sesat itu tidak akan membahayakan dirimu apabila kamu telah mendapat petunjuk" (al-Maidah: 105)

  • Sabar

    (3 : 200 ) Sabar dan kuatkan kesabaranmu, dan bersiap siagalah

  • Jangan engkau marah

    La taghdob, be the strongest person on earth

  • Harta tak akan di bawa mati

    Sok sok Mungkar Nakir soal dalam kubur

Circle of Influence

Wednesday, May 27, 2009
Bismillah..

Ni ada satu cerita pasal bulatan-bulatan..

Petang itu.Padang hingar-bingar. Riuh dengan suara budak-budak bak burung dilepaskan dari sangkar. Bertambah bingit dengan bunyi 'ketang ketang' dari tapak pembinaan sebelah padang. Kelihatan ahli-ahli rumah biru, kuning, dan hijau di serata pelusuk padang. Tak susah nak kecam, sekadar lihat baju mereka, dah boleh tahu rumah mereka. Ahli-ahli rumah merah kumpul bersama dengan guru rumah mereka. Bagus betul. Ahli-ahli rumah biru juga yang tak terkawal. Haiz, camana nih.

circle of concern menjadi besar


padang itu

Idea
"Hei, awak rumah biru kan? Tolong panggil semua kawan-kawan awak," beritahuku pada seorang budak yang sedang bermain.
Budak-budak, lagi bangga apabila ditegur cikgu. Sungguh jujur dan mendengar kata. Sebahagiannya.


circle of influence membentuk.

Dalam masa 2 minit, terkumpullah ahli-ahli rumah biru di dalam bulatan... Tapi, bukan semua. Masih ada yang culas dan seronok bermain sendiri menolak untuk turut serta dalam bulatan. Aku dan cikgu-cikgu yang lain putuskan supaya kami teruskan sahaja dengan yang ada. Tak berdaya dah nak memanggil.

circle of influence terbentuk


Main
"okay, hari ni kita nak main.."
"main apa cikgu? main apa?? " mereka mula mengerumuni kami.
'er... game ape ek yg nak kasi budak-budak ni.. aku pun dah lupa dah game waktu aku kecik2..'
'bola beracun kena ada bola la pulak, musical chair tak boleh pulak..' bincang kami.
Lalu, untuk menamatkan penantian budak-budak itu, kami putuskan, " Ok, musang dan ayam.Boleh?"
"OKAYYYYYY!!!!" menjeritlah mereka kesukaan. Suka sangat.

Bulatan yang kecil terdiri daripada kebanyakan murid darjah 1, dan darjah 2, serta sedikit murid darjah 3. Setelah musang dan ayam dipilih, permainan bermula. Walaupun mereka riuh juga, sekurang-kurangnya mereka terkawal.

circle of influence yang kecil

Dan kami, membiarkan budak-budak itu meneruskan game dan sekadar memerhatikan dari jauh.

Bila game tamat, mereka meminta lagi untuk menyambung. Berebut-rebut yang nak jadi musangnya.

Dan,
suatu perkara yang menggembirakan kami, bulatan tadi yang tadinya kecil, kini bertukar menjadi besar. Semakin besar, sehingga bulatan itu selalu putus. Ada yang tarik ke sini, ada yang tarik ke sana. Kemudian, murid tahun 1 yang mudah 'fragile' mengadu sakit jari disebabkan regangan yang kuat. Takpe, bahagian ni tak berape penting sangat, kasi mereka rest sekejap dah boleh ilang sakit. Tapi, yang pentingnya, sedar tak sedar, semakin besar bulatan rumah biru ni, menandakan semakin sedikit budak-budak rumah biru yang berkeliaran tak tentu hala di padang. Sampaikan rumah lain pun nak main dengan rumah biru, tapi aku kata, Tak boleh! -buat sikap assabiah dan fanatik rumah sukan, tak boleh diamalkan pd situasi yang bukan competition spt sukan =P

circle of influence semakin besar lalu mengecilkan circle of concern


Ok. Cerita tamat. Syukur AlhamduliLlah harini belajar satu benda baru. Bukan harini, haritu. Belajar aplikasi konsep bulatan. Konsep yang dipetik dari buku 7th habits, -a concept that shows another excellent way to become more self aware regarding our own degree of proactivity (Covey, S. R.).

Bila kita ditimpa sesuatu masalah, atau tanggungjawab, secara automatik segalanya berada di bawah pemerhatian kita, iaitu Circle of Concern. Jika kita selalu mengeluh dan risau akan sst tanpa mengambil sebarang tindakan, this will automaticly expanding our circle of concern. Kita makin risau, makin tertekan.

Tetapi, bila inisiatif dicari, walaupun sedikit, Circle of Influence terbentuk di tengah-tengah bulatan Circle of Concern. Dan bila usaha ditumpukan kepada Circle of Influence ini, bulatan ini akan meluas dan meluas lalu mengecilkan circle of concern. whoa!
"Proactive people focus their efforts in the Circle of Influence. They work on the things they can do something about. The nature of their energ is positive, enlarging ang magnifying, causing their Circle of Influence to increase.

Reactive people, on the other hand, focus their efforts in the circle of concern. they focusses on weaknesses of other people, the problems n the environment, and circumstances which they have no control. Their focus results in blaming and accusing attitudes, reactive leanguage.The negative energy generated by that focus, combined with neglect in areas they could do something about, causes their Circle of Influence to shrink." -Stephen R. Covey
Mulakan dari apa yang kita ada. Kaji potensi diri, manfaatkannya. Dan anda akan berpuas hati setelah anda kenal diri anda.

Kita gagal, bukan salah orang lain.

Kita accident (erk?), bukan salah kereta yang lagi satu.

Kita berpeluh sampai basah baju, bukan salah matahari yang memancar. Heh.

Kita culas beribadah, bukan salah tv atau internet. Manusia memang suka beralasan.

Kita mencari peluang. Bukan menunggu ruang.

Kita cemburu dengan orang lain, dan cuba untuk menjadi bukan diri kita. X jadi...

Itu bukan proaktif namanya.

Huh, pandainya aku berceloteh. Kalau markah periksa budak-budak lebih rendah dari peperiksaan pertama, apa pula cirlce of influence dia ye? Habislah apa aku nak jawab kalau guru besar tanya..

Mohon maaf ats sebarang salah silap... Mudahnya bercakap... Susahnya beramal...

"..when two doors opened for you, and one closed, then you looks so regretfully to the closed door, but you don't think the another one that has opened for you.."


Penutup
Selepas kepenatan, mereka membentuk kumpulan usrah pula. Agak-agaknya, kalau kita spice up skit dgn circle of influence ke atas kumpulan ini, sebesar mana halaqah ini nanti ye?

~Sekadar berkongsi! Wasssalam ;)
DaRul
Kuantan
12. 54 am
30 Mei

Perihal Masa part 2 - Sihat Sebelum Sakit

Sunday, May 24, 2009
Raihan - Demi Masa

Demi masa sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan yang beriman dan beramal sholeh
Demi masa sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan nasehat kepada kebenaran dan kesabaran

a a a.....

Gunakan kesempatan yang masih diberi moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan kerna ia takkan kembali

Ingat lima perkara sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati

(Ingat lima perkara sebelum lima perkara)
(Ingat lima perkara sebelum lima perkara)

Demi masa sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan yang beriman dan beramal sholeh
Gunakan kesempatan yang masih diberi moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan kerna ia takkan kembali

Ingat lima perkara sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati

(Ingat lima perkara sebelum lima perkara)
(sihat sebelum sakit)
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit

(Ingat lima perkara) Hidup sebelum mati
(sebelum lima perkara) Sihat sebelum sakit
(Ingat lima perkara sebelum lima perkara) Muda sebelum tua

(Ingat lima perkara) Kaya sebelum miskin

(sebelum lima perkara) Lapang sebelum sempit
(Ingat lima perkara sebelum lima perkara) Hidup sebelum mati
(Ingat lima perkara sebelum lima perkara) Hidup sebelum mati
(Ingat lima perkara sebelum lima perkara)

powered by lirik lagu indonesia


Bismillah...

SIHAT sebelum SAKIT... Ya Allah3...
Dua tiga menjak ni, banyak berita berkaitan tahap kesihatan yang kurang menggembirakan aku terima dari sahabat-sahabat, rakan sekerja, dan ahli keluarga. Betapa nikmat kesihatan yang aku dapat ini melalaikan diri. Cuba bayangkan jika diri berada dalam keadaan sedemikian, tertanggungkah engkau?... sesungguhnya Allah sangat sayang akan kalian lalu dipercikkan sedikit ujian kepada orang-orang yang mukmin agar sabar dalam mendekatkan diri kepadanya...

Buat sahabat seperjuangan, Fatimah, ku doakan agar enti sentiasa kuat menghadapi hidup, dan enti memang qudwah yg sangat baik kepadaku... Semoga adikmu Husna dikurniakan kesihatan yang berpanjangan insyaAllah.

Buat kakakku, semoga sentiasa di bawah jagaan Allah dan dikurniakan afiah yg berterusan..

Buat sahabat seperjuanganku juga, Maziah, semoga enti dikurniakan segenap kekuatan yang datang tanpa disangka-sangka.. Dan semoga ibumu cepat sembuh.

Buat Kak Che Wan Mariah, ustazah j-qaf, semoga cepat sembuh.

Buat Kak Laila, guru bahasa inggeris, semoga cepat sembuh juga.

Buat Pak Ngah, semoga dikurniakan kekuatan dan ketenangan.

Buat dua orang saudara seIslamku, semoga antum cepat sembuh.

Semoga dengan rimbunan doa-doa tulus ikhlas dari pembaca2, sedikit sebanyak sampai kepada mereka-mereka yang saya maksudkan...

Semoga Allah mengurniakan kita kemampuan untuk beristiqamah dengan kebaikan...

dia pengsan. ibunya sakit. adiknya sakit. dia migrain. dia baru selesai pembedahan apendiks. dan dia disahkan menghidap demam chikungunya. dia pula menghidap osteoarthritis. dan aku? masih lalai dan leka di sini...... adakah mungkin aku menghidap penyakit tidak pedulisma...... atau wahan......

Ampunilah dosa-dosa kami Ya ALLAH!

Ingat Huda, sihat anda untuk beribadah:)

Aku ingin kongsikan bersama beberapa entry yg digoogle.
Kafe Pak Andak - Ingat sebelum sakit
Sofiyyah - Sihat sebelum sakit

berita nasional

Saturday, May 23, 2009
Bismillah...

Dalam perjalanan ke sekolah, emak menceritakan berkenaan kisah kematian 3 orang hamba ALLAH yang berlaku dalam minggu ini..

Apa yang ingin dikongsi, kejadian ini mengingatkan aku bahawa kematian itu sungguh sangat dekat. Mangsa (ALLAHyarhamah) merupakan peniaga, yang telah dibunuh oleh lelaki ketika ingin mengambil semula telefon bimbitnya yang tertinggal di rumah. Sebelum tiba di rumah, mangsa(ALLAHyarhamah) singgah di bank untuk mengeluarkan sejumlah wang, dan dari situ dia diekori oleh si pembunuh yang dikenal pasti menghisap dadah... Lalu si pemuda ini menmbunuh mangsa, anak lelakinya, dan pembantu rumahnya.

Tanpa disangka-sangka.

Berita lanjut di sini

Huda,
Walaupun engkau merasakan dinner pada malam ini dekat,
ketahuilah bahawa mati itu lagi dekat,
Carilah kekuatan setiap saat,
Tingkatkan kualiti ibadah kamu,
Kurangkan pembaziran masa kamu,
Tambahkan amalan nawafil kamu.
Semoga kita tergolong dalam golongan kanan.
Amin.

Bertuah Award

Ketika diri tiada semangat dan kekuatan untuk menulis blog, tiba-tiba saya menerima bertuah award dari rakan sekelas, cik Sarah. Terima kasih ye buat cik Sarah Zarawi kita
Award ni tanpa segan silunya saya nak bagi kat lagi 10 orang.
Kenapa kita bertuah?
Sebab kita masih bernafas di saat ini... Oh!

1. Siti Nor Aisyah
2. Izzati Azhar
3. Hafizza
(smoga award ini menceriakan hidupmu sebelum masuk UIA...huhuhu)
4. Atikah Dawam
5. Kak Nik Zuliani Nik Abd Kadir
( saja letak nama penuh, supaya tak timbul kontroversi nik yang mana satu, heh5 => )
6. Kak Hidayah Samsuddin
7. Umairah Shafie
(kenalan IRKHS)
8. Sarah Shah
( i wonder sarah shah has changed her field of study to pharmacy or still not)
9. Hanis Anati
(inipun kalau Hanis ada menjenguk blog saya)

10. Pembaca-pembaca setia dan senyap blog ini...

"hm..blog ni ada ke pembaca setia ..?
"perasan lebih ada pembaca setia. hahahaha"

..Semoga ilmu yang sedikit itu bermanfaat..

yuran

Tuesday, May 19, 2009
Kepada siapa yang lupa nak amik booklet di cfs tempohari, di sini ada sedikit butiran bagaimana nak bayar yuran. Untuk Kak Nik, nak tolong saya bayar yuran pun boleh je =)



Bank : Bank Mualamat
Num akaun: 1407-0000005-719
RM: ikut surat tawaran masing2

Payment of Entrance Fees
• Payment of RM310.00 can be made at any BANK MUAMALAT
branches at the following account number :
1407- 0000005-719
• Please make payment at the bank-counter only
(do not make payment using cash-machine-deposit )
• Key-in the bank in slip number in the financial declaration form at
http://www.iiu.edu.my/anr
• Keep the bank in slip for future reference
• All students are required to pay entrance fees within the stipulated
date, otherwise, you may not be allowed to register for mahallah



Semoga sentiasa dirahmati Allah. peace.

pasar malam

~pasar malam di kuantan~


ISNIN -
1) Taman LKNP, Bukit Setongkol
2) Jaya Gading
3) Beserah

SELASA -
1) Kampung Padang, Jalan Sungai Lembing
2) Taman Tas

RABU -
1) Cenderawasih
2) Batu 11, Jalan Gambang
3) Balok

KHAMIS -
1) Inderapura, Jalan Kuantan-Pekan
2) Batu 16, Dekat simpang ke Segamat dan LPT


JUMAAT -
1) Indera Mahkota 1, Bandar Indera Mahkota

SABTU -
1) Jalan Gambut, di tengah2 bandar Kuantan
2) Taman Bukit Rangin By Pass, Permatang Badak
3) Sungai Isap
4) Balok

AHAD - 1) Taman Gelora
2) Simpang ke Bukit Goh, Jalan Sungai Lembing
3) Taman Seri Mahkota, Batu 12, Jalan Gambang

.diambil dr blog org kuantan.

-info berguna buat mereka yg akan bermastautin di kuantan, meh la ramai2 dtg kuantan ~ (sehinggakan loghat kuantan pure pn dah jarang aku denga kt sini, adamix kelantan terengganu..oh)

an email that attracts me

Sunday, May 17, 2009
~a forwarded email... from doctor-to-be(insyaAllah), Fathimah Akmal Ahmad Firdaus with the title - Islam ditafsir mengikut persepsi yang agak sempit dan tidak menyeluruh. Sama-sama kita fikirkan. Baca, Fikir, Tapis, Terima. 4 step then, heh.

DR ISMAIL IBRAHIM

ANAK-ANAK muda Islam sering menjadi sasaran pihak yang tertentu, terutamanya atas nama perjuangan untuk menegakkan Islam di atas muka bumi ini. Maka saya rasa bahawa apa yang berlaku kepada para pelajar kita yang disyaki terlibat dengan gerakan militan semasa menyambung pelajaran mereka di Pakistan baru-baru ini, adalah merupakan satu jebak yang dipasangkan kepada mereka oleh pihak yang ingin mengeksploitasi kedudukan mereka sebagai pelajar agama, dan mereka terjerat dengan gerakan itu.

Oleh yang demikian, saya berasa agak tenteram apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan bahawa penahanan mereka di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah semata-mata untuk memudahkan penyiasatan lanjut dari kerajaan untuk mengetahui kedudukan sebenarnya. Maka dengan itu beliau meminta supaya ibu bapa dan keluarga para pelajar yang terbabit bersabar menunggu hasil penyiasatan yang dijalankan itu. Hal ini menunjukkan sifat bijaksana dan hikmah yang terdapat pada pimpinan negara kita, yang saya percaya akan memberikan pertimbangan yang amat wajar kepada kes ini, kerana dalam keadaan bagaimana sekalipun, para pelajar ini adalah rakyat negara kita, dan mereka perlu dipandu dan dibimbing untuk menjadi manusia yang baik sekiranya mereka telah menyeleweng atau tersalah arah dalam perjuangan.

Banyak para sarjana Islam, seperti Allahyarham Shaikh Muhammad Al-Ghazali umpamanya menyatakan pandangan mereka bahawa sifat jahil dan kurang ilmu pengetahuan sering mendorong anak-anak muda kita mentafsirkan Islam mengikut persepsi yang agak sempit dan tidak menyeluruh. Beliau memberikan contoh bahawa ketika Islam mengalami era kebangkitannya di sekitar tahun 70-an, iaitu ketika ahli-ahli pertubuhan belia Islam meniupkan semangat kembali kepada Islam dan menyusun agenda kebangkitan Islam atau Islamic revivalism, maka fokus mereka sering kali tersasar dari tujuan yang sebenar.

Beliau memberi contoh bagaimana para belia Islam mentafsirkan semangat kembali kepada Islam dengan memberi penekanan keseluruhannya kepada sifat lahir orang Islam seperti berpakaian ala Arab atau India, dan penampilan wajah dengan gaya janggut atau potongan rambut yang tertentu. Menurut beliau segala sesuatu yang mereka lakukan ini tanpa menumpukan kepada agenda lain yang lebih bersifat ilmu pengetahuan dan berorientasikan pemikiran dan intelektual menunjukkan sikap dan kefahaman mereka tentang Islam yang agak cetek.

Saya tidak berhasrat untuk mengulas pandangan beliau secara menyeluruh. Tetapi sekiranya kita menerima pandangan yang menyatakan bahawa kebangkitan Islam sejak beberapa dekad yang lalu tidak menampakkan kemajuannya yang tinggi kepada umat Islam, maka pandangan itu mungkin dapat kita kaji, terutamanya tentang alasan yang menyatakan bahawa kekecewaan kebangkitan Islam ialah kerana kekurangan ilmu pengetahuan dan melesetnya cara berfikir umat Islam dalam menghadapi kemajuan dunia baru ini.

Maka dalam konteks inilah saya merasakan bahawa para pelajar kita juga telah dipengaruhi oleh beberapa elemen yang tertentu sekiranya benar bahawa para pelajar kita di Pakistan itu telah dibawa menyertai gerakan militan dan keganasan. Hal ini berkemungkinan berlaku demikian kerana pada masa-masa yang terakhir ini tekanan dan penindasan ke atas umat Islam adalah terlalu tinggi dan kejam. Maka dalam situasi ini, emosi manusia amat mudah dikuasai dan dipengaruhi, dan ketika inilah anak-anak muda Islam akan diajak berjihad dalam erti kata berjuang dengan menggunakan kekerasan untuk menghapuskan unsur-unsur jahat yang menganiayai umat Islam.

Apabila emosi anak-anak muda kita telah dibangkitkan sebegitu rupa dengan menjustifikasikan pula gerakan yang berlandaskan kekerasan, maka mereka yang berdarah muda dan panas tentulah amat mudah dipengaruhi dan diseret ke dalam satu bentuk perjuangan secara ganas. Maka mungkin di sinilah terbukti kebenaran pandangan Shaikh Muhammad Al-Ghazali bahawa para belia dan anak muda Islam amat mudah mengambil sesuatu keputusan dalam mencorakkan agenda perjuangan mereka sekiranya mereka tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup dan tidak sebenar-benarnya memahami ajaran dan hikmah syariat Islam yang sejati dalam merangka perjuangan yang berasaskan agama dan al-Quran.

Oleh itu sekiranya pada tahun-tahun 70-an, anak-anak muda kita mempunyai cara mereka yang tertentu dalam mengisi semangat kebangkitan Islam ketika itu, maka pada era baru ini, terutamanya ketika pihak imperialis Amerika dan Eropah serta gerakan Zionisme antarabangsa mengenakan tekanan dan penindasan yang kejam ke atas masyarakat Islam, maka agenda perjuangan dan tindak balas orang Islam juga mengalami perubahan, dan ketika inilah semangat jihad yang diselewengkan itu telah ditiupkan dengan begitu rupa ke dalam hati sanubari anak muda kita. Akibatnya anak-anak muda kita sering terperangkap ke dalam agenda pihak tertentu yang ingin menegakkan perjuangan mereka di atas landasan kekerasan.

Sentimen melampau

Maka apabila perjuangan itu didasarkan kepada kekerasan melulu, ruang untuk pemikiran dan hikmah seperti yang diajarkan oleh agama kita akan menjadi terlalu sempit, atau ada kalanya akan tertutup sama sekali kerana pada ketika itu keseluruhan tindakan akan hanya berasaskan emosi dan sentimen melampau.

Al-Quran sebenarnya mengajar kita supaya menggunakan semua potensi kita untuk menjadi hamba Allah yang baik dan berjaya di dunia dan akhirat. Allah subhanahu wataala berfirman: Dan Allah melahirkan kamu dari perut para ibu kamu sedangkan kamu tidak mengetahui sesuatu apa pun. Dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran, dan penglihatan, serta hati (akal fikiran) supaya kamu bersyukur - (Surah al-Nahl, ayat 78).

Ayat ini menjelaskan bahawa ketika manusia dilahirkan ke dunia, iaitu ketika masih bayi, maka ia tidak mengetahui sesuatu apa pun. Sebab itulah Allah menjadikan pendengaran, penglihatan dan akal fikiran supaya manusia itu mampu belajar dan berfikir, seterusnya menjadi manusia yang sempurna bagi mencapai kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Bayi yang baru dilahirkan akan hanya mampu mendengar melalui deria pendengaran. Sebab itulah agama kita meminta supaya diazan atau disuarakan iqamat di telinganya, supaya ungkapan pertama yang didengarnya di celah-celah tangisannya, ialah kalimah yang menyatakan kebesaran Allah dan rasul-Nya.

Pada tahap yang kedua, bayi akan dapat melihat melalui matanya, dan selepas beberapa tahap pembesarannya, bayi itu akan menjadi manusia yang dapat berfikir dengan akal fikirannya. Maka semuanya ini merupakan tahap-tahap kurniaan Allah kepada manusia supaya manusia akan dapat belajar melalui pendengaran dan penglihatan, dan seterusnya dapat menggunakan potensi minda dan akal fikirannya ke tahap yang paling maksimum.

Hakikat inilah sebenarnya yang dapat kita saksikan dalam perkembangan ilmu teknologi ciptaan Barat sebagai alat pembelajaran bagi manusia dalam mendapatkan ilmu pengetahuannya. Teknologi maklumat umpamanya dimulai dengan alat ciptaan yang berasaskan pendengaran atau audio. Pada tahap itu manusia mencipta radio, telefon dan sebagainya yang berasaskan pendengaran. Setelah sekian lama masa berlalu, manusia mulai mencipta alat yang berasaskan penglihatan seperti filem bergerak yang dapat disaksikan dengan mata, dan kemudiannya alat ini berkembang menjadi filem yang ditayangkan dengan segala kecanggihannya, peti televisyen dan sebagainya.

Maka pada masa ini kemajuan ilmu teknologi dan komunikasi atau ICT telah mencapai satu tahap kemajuan yang amat tinggi dengan ciptaan komputer yang mampu menguasai keseluruhan potensi manusia dalam mencari dan menyumbang ilmu pengetahuannya yang luas kepada dunia umumnya. Asas ilmu ini ialah pendengaran, penglihatan, pengamatan, kajian, eksperimen, dan seterusnya penggunaan akal fikiran yang sememangnya amat luas dan dalam.

Segala kemajuan ilmu teknologi maklumat dan komunikasi yang canggih dalam alam kita pada hari ini, adalah merupakan pengisian dan terjemahan bagi ayat al-Quran yang pendek yang saya sebutkan di atas, iaitu bagaimanakah manusia ini sepatutnya mempergunakan segala nikmat dan potensi kurniaan Allah kepada mereka untuk menjadi manusia yang sempurna, iaitu dimulai dengan pendengaran dan diikuti dengan penglihatan, kemudian semuanya itu akan dicernakan oleh akal fikiran mereka yang tinggi seperti yang dikehendaki Allah.

Persoalannya apakah kita umat Islam benar-benar memahami ayat ini, atau benar-benar telah mengkajinya untuk menentukan bahawa kehidupan kita di atas muka bumi ini telah berjalan di atas sunah dan undang-undang yang ditentukan oleh Allah sendiri? Jawapannya mungkin tidak, iaitu kita mungkin merupakan umat yang amat ketinggalan jauh dalam menggunakan segala kurniaan Allah kepada kita, sebaliknya umat lain yang memanfaatkan kurniaan Allah itu, maka kerana itulah kita menjadi umat yang tidak berilmu, dan amat lumpuh dalam berfikir, lalu akibatnya kita sering menjadi umat yang gopoh, emosional, taksub dan sebagainya. Dengan itu umat Islam akan mudah dipermain-mainkan, dieksploitasi dan diperangkap dalam berbagai-bagai perangkap yang amat merugikan kita.

Maka atas dasar inilah Allah subhanahu wataala amat murka kepada makhluk-Nya yang tidak mahu menggunakan nikmat kurniaan-Nya kepada mereka seperti firman-Nya: Sesungguhnya telah Kami (sediakan) neraka jahanam kepada ramai daripada (kalangan) jin dan manusia, iaitu mereka yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya, dan yang mempunyai mata, (tetapi) tidak mahu melihat dengannya, dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya. Mereka itu adalah seperti haiwan ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi, mereka itulah orang-orang yang lalai - (Surah al-A'raf, ayat 179)

Maksudnya manusia yang tidak mahu belajar, mengkaji dan memahami hakikat segala ilmu yang disediakan Allah di atas muka bumi ini adalah lebih buruk kedudukannya daripada haiwan ternakan, dan lebih sesat lagi. Saya amat ragu, apakah hal ini kita memahaminya, dan apakah hal ini telah kita terjemahkan di dalam kehidupan kita.

Dengan itu masanya telah tiba untuk orang Islam menyusun agenda pemikirannya yang baru, dan meningkatkan tahap pemikiran serta mentalitinya sesuai dengan penegasan al-Quran tentang mutu pendengaran, penglihatan dan akal fikiran manusia yang begitu tinggi.

Hakikat inilah yang telah saya tegaskan dalam tulisan saya yang lalu, bahawa kita perlu meninjau dan mengkaji semula cara kita mendidik anak-anak dalam memahami agama dari segala sudut falsafah, hikmah, nilai dan kefahamannya, agar kita benar-benar mendapat ilmu dan hikmah dari pendidikan agama yang mantap itu.

Kini, kita sendiri telah dapat melihat bagaimana ajaran agama yang tidak berasaskan ilmu dan hikmahnya, telah berjaya menyelewengkan akal fikiran dan kefahaman para pelajar dan anak muda kita sendiri, satu hal yang menuntut dan mendesak kita bagi melakukan sesuatu.

16th of May

Bismillah...

This entry a bit personal and u may not gain any benefit, if u think so u may skip this...

16 Mei Hari Guru. I remember this phrase since I was in primary school. a piece of poem in my text book if i'm not mistaken.



A deepest gratitude and a very warm 'SELAMAT HARI GURU' wishes especially to my mother, father, and all my teachers as well as lecturers, who put their full effort to educate and teach me the best. May Allah bless them all and bountifully reward them all continuously in this world and hereafter.

Yet, HAPPY MOTHERS DAY for my beloved mother, Pn Zainab bt Dayan. Represent my lovely sisters and brothers, please forgive all our mistakes and do pray for our good future... Love u much3.

And today, i received 3 sms and 1 instant message for teacher's day, hehe, thanks to Nani, Aisyah, Dinie (Moscow) and my another friend. Aisyah may know how was a feeling as teacher as she had been together with those good kids after SPM. And me? Heh, I'm still here thinking the best how i want to win the children, at the same time my lesson always be somewhat effective. I miss the kids so much, they remind me who i am, they urges me to think creatively, they made problems for me to solve, and they spoilt things to attract me. Mentioning here, some of the year 2 kids name, Norman al-Hafidz, Akmal, Fazley, Fazley Izwan, Sholihin al-Hafiz, Danial Mustaqim, al-Mustaqeem, Ahmad Mustaqim, Fakrul, Hanis Imran, Aiman, Amirul, Izzat, Faiz, Nazwan, Danial Aima, Anis Natasha, Intan, Fatihah, Athirah, Ashiqin Rafiah, Zahirah, Zuriani, Ainul, Husna, and other smarties from 2 UPM.

Not forgetting 2 UUM boys and girls, the hottest class in year 2, even so teachers are really attentive to this class (pls get it right) . Okay, here you may meet : Hamzah Fansuri, Amiruldin, Farid, Iman Nur Soleh, Mukhsin and Mukhlis (the twins), Aidil Fitri, Mustakim, Shasha, Azwina, Shazwina, Ikmal Hakim, Iqmal Haiqqal, and another Ikmal, Shahrul Ikmal, also the other smarties. ( I cannot remember their names as I managed for 2 UPM, i accept it is my mistake).

May all of u growing up under Allah's supervision, and may He grant you the best way in your life, and also may all of you will become the worthiest assets for ummah as well for the nation. Peace :)

Bad TEACHER complains, Good TEACHER explains, Better TEACHER demonstrates, Best TEACHER motivates, and GREAT TEACHER inspire.

And I want to be one of the great teacher. I feel fortunate to have this chance, even it is for a while. Alhamdulillah.

And for all my friend that will become a teacher one day, may your wishes come true! It's an advance to become teacher sooner than u all. hehe. [ for Izzati, Dayah, Hanum, Adibah, Ashraaf Raiez, n others ]




a pile of their books


a flock of their birds. nice colouring eh?

Sejenak perihal MATI

Sunday, May 10, 2009
Bismillah pembuka kata...

Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Apabila aku diingatkan dengan ayat itu tadi, aku teringat seorang sahabatku, yang ada menampal ayat itu di dinding belajarnya. Dia pernah bertanya kepadaku, mengapa orang perlu terlebih bersimpati akan waris si mati, lupakah mereka mati itu lumrah dan mereka juga pasti akan disinggahi mati? Sepatutnya masing-masing bersedia.. Terkedu aku mendengar telahan sahabatku itu...

Aku mengimbau semula kenangan lampau di sekolah menengah, sementara tengah berjalan bergegas ke kelas prep malam, aku tidak ingat gurauan apa yang aku berikan kepada rakanku, tetapi sedang kami berjalan sambil menambah kebisingan, kami disampuk dengan kata-kata seorang kakak yang sangat kami hormati tanpa disangka-sangka, sambil tersenyum dia mengucapkan “Orang yang paling cerdik ialah orang yang banyak mengingati mati.” Tertelan air liur aku di situ juga sambil memahami teguran berhikmah kakak itu disebabkan kami sedang berbual kosong. Rakanku di sebelah dah menjelingku tanda terkena dan kami mempercepatkan langkah menuju ke kelas, meninggalkan kakak itu berseorangan di belakang.

Dan pada hari ini, di dalam aku mencari erti kekuatan dan keupayaan untuk hati dan diri aku, AlhamduliLah, aku dihidangkan dengan makanan hati yang sangat memuhasabahkan diri... perihal mengenai MATI.

Moh kite ingat mati sebentar...

Ustaz sebentar tadi ada menyebutkan, ‘Perbanyakkanlah mengingati sesuatu yang memutuskan kelazatan’ yakni MATI.

Syaitan telah bertugas untuk mewujudkan dunia ini segala-galanya kepada manusia, sehingga HILANGNYA ghairah manusia akan akhirat.

Oleh itu, manusia boleh merancang hal duniawi dengan panjang berjela, sebagai contoh, nak prepare lepas graduate boleh kahwin, buka business, anak-anak nanti nak hantar sekolah cina, nak beli kereta Beetle warna hitam, pergi Old Trafford tengok bola, and the list go on(contoh je) hinggakan kita seringkali lupa untuk buat perkiraan akan perkara yang PALING DEKAT dengan kita, iaitu MATI - bilakah kita akan mati, mungkin sesaat lagi, mungkin esok, lusa, minggu depan... tiada siapa tahu melainkan ALLAH yang Maha Mengetahui...

Confirm-confirm dah kita antuk raya pada bulan September ini, justeru tempahan baju dah dibuat walaupun hakikatnya bulan Rejab pun tak datang lagi, walaupun hakikatnya raya itu BELUM PASTI untuk kita, tetapi MATI yang PASTI itu tidak kita ingat... Kerana apa? Kerana manusia itu selalu dimomokkan dengan material dan hal-hal dunia..

Lapangkanlah dada kita dengan ghairah memburu akhirat, sebelum jiwa menjadi sempit dengan dunia semata-mata...

Ustaz turut menyampaikan, ‘ Tiada kesenangan berbanding akhirat melainkan dunia ini sedikit..”

Kesenangan dunia yang sedikit, cukup mengaburkan mata kita, cukup menjadikan kita jauh dari mengingati Allah... Akhirat perkara ghaib yang kita tidak nampak dan kita mungkin tak terliur dengan balasan syurganya, tapi jika kita menjadi manusia yang mengimani hari akhirat, nescaya kita akan luaskan sasaran amalan kita, dan tenanglah hati kita dari segala macam godaan dunia.

Cadangan ustaz, biar hal-hal mengenai alam akhirat, mati, syurga dan yang berkenaan ini jadi bahan mulut kita sehari-harian, tak kira dalam perbualan ataupun gurauan, supaya kita nanti akan menjadi obsess dengan akhirat, dengan syurga, justeru meningkatkan kualiti amalan hidup kita, sebelum kita dipanggil untuk mendiami banglo bawah tanah berseorangan... Astagfirullah

Nasihat ustaz juga, kuasailah ilmu akhirat, ulang-ulanglah ilmu tersebut, supaya nanti bila kita menziarah orang nazak dan sebagainya, kita dapat mengambil iktibar buat diri kita. Kita akan tahu bagaimana rohnya dicabut, dan dihantar ke langit, jika roh orang itu baik, maka malaikat di langit akan gembira menyambutnya, dan dihantar semula ke alam barzakh dan melihat jasadnya dimandikan. Tetapi, andaikata kita tidak punya ilmu, mampukah kita mengetahui apa yang berlaku dan tidak mungkin tidak, kita boleh lagi bergurau senda dan bergelak ketawa dengan saudara mara dan sebagainya ketika melawat orang meninggal dunia... mohon dijauhkan Allah...

Semoga kita menjadi orang yang hidup di dunia dengan ingatan dan hati kita tak dipisahkan dengan perihal MATI dan Akhirat... berjiwa akhirat... insyaAllah.. Amin..

Aku menulis ini sebagai pedoman khas untuk mengingatkan diri aku terutamanya dan sedikit sebanyak berkongsi dengan orang lain... Baru sebentar tadi menonton drama suara dari kubur yang mengisahkan kematian, dan mengikuti tazkirah dari seorang yang berpengalaman dalam mengendalikan jenazah...ya Allah...

Di sini, aku mencadangkan kamu semua menonton drama bersiri Ihsan ini dalam melembapkan jiwa kita berkenaan kematian, suatu drama yang dapat memberi kesan yang mendalam, kepada jiwa-jiwa yang memerlukan suatu suntikan baru... bukan suntikan BCG,H5N1, mahupun H1N1, tetapi suntikan agar kita obses mencari akhirat dan meletakkan batasan tertentu dalam mengekang hawa nafsu duniawi insya Allah...

sesiapa yang mempunyai masa lapang @ sedang bercuti, sila ambil masa untuk menonton klip ini, ada 8 episod semuanya.. tonton jangan tak tonton..

Juga turut mencadangka entri berikut (perihal mengenai kematian) dari blog sahabat2:

Latih tubi kehidupan

Al Fatihah buat datukku tersayang

Mohon maaf atas sebarang salah dan silap, sebaran g kesilapan ejaan/info/dalil dimohon tegur,juga sebarang perkongsian ilmu sangat dialu-alukan. Mohon maaf, aku tidak sempat menyalin butiran mengenai dalil yang ustaz berikan tadi, oleh itu aku tidak sebutkan hadis atau sebagainya

Sekian, sekadar berkogsi. Wassalam.

Mereka yang berjiwa besar

Dedikasi khas buat mereka yang berjiwa besar

Orang kata,

Kau tak mampu.

Kau tak layak.

Kau takut.

Dan, aku turut terasa sama.

Kau tanya kenapa?

Bukankah sahabat itu cerminan kepada sahabatnya?

Jika begitu kau, begitulah aku.

Tiada kau pengecut, aku berani.

Kita kan sama?

Sama-sama perempuan, sama-sama menuntut ilmu Allah,

sama-sama bergurau senda dan ketawa, sama-sama mencari redha-Nya...


Orang kata,

Kau tak mampu.

Justeru, kau menjadi lemah.

Kau boleh lemah dengan kata-kata orang?

Kau yang kukenali bukan selemah ini.


Orang kata,

Kau tak layak,

Kau penakut.

Andai itulah yang kau terima, kau memang penakut.

Tahu engkau takut dengan siapa?

Dengan bayang-bayang sendiri.


Kau sahabatku, penyeri hidupku,

Lupakah kau kepada Khaulah Azwar, Sumaiyah, dan Zainab al-Ghazali?

Khaulah sangat berani bertopengkan lelaki,

Sumaiyah tidak gentar walau nyawa taruhannya,

Dan Zainab cekal bertemankan anjing-anjing di penjara,

Bukankah kita sangat mengagumi wirawati ini?


Kau sahabatku, teman seperjuanganku,

Hayatilah kalam cinta dari Allah,

“Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian”,

Kita dicipta dengan ahsan taqwim,

Hembuskan segala igauan ngeri yang membelenggumu,

Tiupkan kekuatan baru dalam dirimu,

Aku tahu kau punya kekuatan sendiri,

Yang akan melonjakkan kelebihanmu,

Yang akan mengkuburkan kelemahanmu,

Dan yang akan melahirkan,

Kau yang baru.


Dan kini,

Aku berjumpa dengan kau yang baru,

Yang berjiwa besar,

Dengan nafas baru,

Juga tekad baru,

Dan aku berjumpa aku yang baru,

Dari diri kau itu.

-Nurulhuda Idris-

p.s : Salam tulus ikhlas kepada semua rakan dan sahabat. Dan segunung penghargaan buat kalian yang melengkapkan hari-hariku. Semoga kalian diredhai Allah sentiasa.

Aku Seorang Penulis

Saturday, May 2, 2009
Entri ini merupakan kesinambungan entri menulis di blog. Anda dinasihatkan untuk membaca entri menulis di blog terlebih dahulu sebelum membaca entri ini. Semoga beroleh manfaat. Salam penulisan.

Aku tersembam. Dan aku kini dikelilingi sekumpulan mat rempit bersenjatakan kayu besbol dan kayu papan berpaku yang seakan-akan dicuri.

"Blog untuk dakwah??? Mengarutlah kau! Kalau kami yang tak buka internet macamana?"
tengking salah seorang dari mereka. Berpakaian hitam, bertindik di hidung, ala-ala gangstar nombor 5.

Kata-katanya diikuti dengan hilaian tawa. "HAHAHAHA."

"Guna emosi konon. Untuk orang perempuan bolehlah. Kau ingat, kami lelaki ni reti nak guna-guna emosi dalam menulis? Aku tahulah kau orang hawa ada 9 emosi 1 akal, kami adam ada 9 akal dan rasional dan 1 emosi.. haa explain skit." sambung lagi seorang kawan mereka yang kelihatan agak skima dengan berjacket biru gelap.

Tertelan air liur aku. "Macam la 1 bahagian emosi kau tu tak boleh dimanfaatkan langsung... Kalau dimanfaatkan, tak mustahil lagi hebat dari kaum hawa.." dengusku dalam hati.. Tak tahan dan tak berdaya melawan.

"Apa dakwah-dakwah ni? Aku tak paham la. Sekarang ni zaman berhibur kau tahu tak. Semua boleh dapat. Lepas boring korean dramas, games pula, habis dota, sambung warcraft, halflife, need for speed... Boring indoor, outdoor bukan susah pun.. Rokok mudah, dadah senang, hidu gam, arak best, seks bebas, dating, lumba haram, dan ape lagi.. takde orang nak halang. Bukan susahkan kau pun. Boring la kau ni...Nah, ambik sekali!"

Ditumbuknya tepat ke muka aku. Bersembur darah keluar dari hidung. Sempat lagi teman wanitanya di seat belakang motor RXZnya mengenyit mata ke arahku, sambil berkata,
"I have my boys to give me love. No need any other people. No need you!"

Aku meringkuk menahan perit dibasahi air mata. "Apa dosaku ya Allah... Aku kasihan sangat kpd mereka.. Di saat orang berlumba-lumba dapatkan tempat di akhirat, mengapa mereka tertinggal dari jalan fastabiqul khairat ni... Salah akukah, salah merekakah, salah ibu bapa yang mendidikkah, salah sistem pendidikan kah.. Di saat orang berlumba-lumba mendaulatkan Islam dan menjauhi produk kafir, mereka menjadi fanatik terhadapnya.. Di saat orang menyibukkan diri mencari ilmu agama bersanad, mereka mencari glamour murahan.. dan hiburan dunia.. Malaysian Idolnya, Akademi Fantasianya.. Di saat orang bersedia untuk mati, mereka seakan-akan tidak serik mencari mati.. Gejala sosial yang membunuh, bermula dari sekecil-kecil perbuatan, pergaulan tak terkawal, zina hati, zina kecil, sehingga ke sebesar-besar maksiat.. Kenapa Islam kini terasa sangat asing? Aku kira, Nabi Muhammad s.a.w. sudah cukup sebagai qudwah terbaik.. tapi kenapa sehingga ajaran Nabi Muhammad kini tidak melekat dan sebati di jiwa insan yang bergelar ISLAM? Bukankah setiap yang berjiwa Islam itu sepatutnya menjadi tentera aqidah yang patut berada dan bertanggungjawab di atas setiap satu lubang yang dapat dimasuki musuh? Kita dahpun tewas dengan penjajahan pemikiran musuh, walaupun hakikatnya kita belum lagi berjihad menentang mereka terang-terangan! Ada suatu khabar yg aku baca, mungkin agak sulit untuk dihebahkan, bahawa musuh-musuh Islam di Barat sana kini serba salah kerana keadaan perang yang tidak menyebelahi mereka akibat berlawan dengan pejuang Islam yang mencari syahid? Di saat pejuang Islam di Afghanistan, Pakistan dan Iraq melakar bibit-bibit kemenangan berasaskan jihad, iman, dan taqwa yang tidak difahami tentera NATO dan sekutunya, kita masih terkandas di dunia khayalan ciptaan Yahudi... pemikiran yang jumud... individualistik.. tertinggal... semakin ketinggalan.. Akhirat mereka luput.. Dunia mereka tercicir..”

Dalam kesakitan diiringi darah yang membuak-buak, hatiku mengulang-ulang bait-bait puisi nukilan Syed Naquib al-Attas sambil tanganku menguis-nguis mencari cermin mata yang terpelanting...

“Akhirat mereka luput.. Dunia mereka tercicir..”

Aku tak mampu menahan, andai masaku telah tiba untuk bertemu dengan-Mu ya Allah...

PANG!!!!!

Meja dihentak kuat. Rohku segera mengambil tempat ke dalam jasad.

“Hoi Huda, kau tidur lag? Mana second draft karya kau? Due time 5 petang ni tahu tak?”

“Er... maaf bos. Sungguh penat sangat.”

“Saya tak kira. Asalkan kau hantar tepat pada masanya.”

“InsyaAllah bos. Sempat insyaAllah.”

Aku bangun dari kerusi lalu pergi membasuh muka di sinki berhampiran, dan aku mula menyedari sesuatu yang ganjil...

Eh, sejak bila aku jadi penulis ni?

" Demi jiwa serta penyempurnaan (ciptaan)nya, maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaannya, sungguh beruntung orang yang menyucikannya(jiwa itu),dan sungguh rugi orang yang mengotorinya" (Asy-Syams , 91 : 7-10)