Aku jalan2 dalam internet. Ada orang gambar berdua.Berdua berlainan jantina la. Mungkin, nak menunjukkan yang dia dah berpunya. Atau sebagai amaran - Jangan nak masuk line daa. Syukur, minda warasku masih tak berperasaan untuk cemburu. Tapak emosi otak tidak terasa langsung. Tapi, itu aku. Bagaimana jika yang lihat itu sahabatku? Dan dia cemburu? Lagi2 jika salah seorang daripada orang dalam gambar itu pernah sama-sama mengikat janji setia menggunung tinggi suatu ketika dahulu? Tapi akhirnya manisan mulut janji setia itu dimungkiri? Sakit hati? Sudah tentu, kita sebagai orang yang memandang geram, apatah lagi bahu yang memikul. Aku, ditimpa bermacam2 perasaan jika melihat kawan-kawanku turut sama berpasangan.
Rasa bimbang, kerana mereka berjanji atas sesuatu yang tidak pasti.
Sedih, kerana mereka mungkin tidak menyedari kasih sayang yang lebih banyak dicurahkan dari yang Maha Agung.
Buntu nak buat apa, kerana mereka sahabat dan kawan kita. Bila mereka bahagia, kita pun gembira. Hanya mendoakan agar masjid mereka cepat dibina supaya tamat segala kekecelaruan di kepala.
Takut, dengan tanggungjawab dan amanah sebagai seorang kawan yang duduk saja, tanpa tindakan atau nasihat.
Hairan, kerana dia berpasangan tapi aku masih belum. Sedangkan kita duduk bersama2 menuntut ilmu agama suatu ketika dulu.
Buat biasa, selepas habis idea. Nasihat dan doa sebagai pengingat buat diri sendiri dan mereka.
Andaikata kau lari dari berpasangan selepas suatu pengalaman pahit, mari sama-sama belajar bersabar dan belajar dari hikmah Tuhan. Ada sesuatu yang Dia tunjukkan. Terutamanya, kasih sayang-Nya kepada dikau yang tidak terhingga, menyelamatkan dikau dari kancah yang merugikan. Aku tahu menghadapinya tak semudah apa yang aku kata, tetapi kekuatan ada pada dirimu. Carilah di dasar hati yang tulus jalan yang dikau ingin tuju. Orang sekeliling hanya boleh memberi galakan, tetapi yang merealisasikannya adalah dirimu yang kuat itu.
Andaikata kau lari dari berpasangan selepas beroleh keinsafan, mari sama-sama menadah tangan mengucapkan kesyukuran. Dikau mungkin insan paling bertuah di dunia kerana menikmati kasih sayang Tuhan. Dia yang menguji, Dia yang Maha Mengetahui. Bukan mudah untuk kau meninggalkan madu, menikmati hempedu. Tapi akhirnya, kau akan sedar, hempedu itu bukan selama-selamanya kau rasai. Di sebaliknya, kau akan bersyukur dengan nikmat lidah dan deria rasa yang tak terhingga. Sehingga aku turut insaf, dapat belajar dari kau. Dari pengalaman dikau.
Ya Allah, andai aku ini tidak memberi manfaat untuk kawan-kawanku, Engkau ampunkanlah dosaku. Permudahkan urusan kami memperoleh rahmat dan keampunan-Mu dalam pelbagai cara. Jauhkan diri kami dari tipu daya dunia, tipu daya syaitan, tipu daya lelaki, dan hambatan nafsu yang menekan. Amin Ya ALLAH.
Aku mohon ampun maaf zahir dan batin atas sebarang salah silap bicara dari entri ni. Maaf bagi yang terguris hati, tapi sebenarnya tulisan ni tak ku tuju pada sesiapa yang khusus. Sekadar refleksi diri dari pemerhatian yang menginsafi atas kejadian yang berlaku ke atas orang sekeliling. Aku khuatir nanti, jalan bahagia yang kita pilih, tak sampai ke penghujung. Tapi aku doakan yang baik2 sahaja. Madah dari seorang sahabat yang bimbang. Bukan apa, sebab... saya sayang kawan-kawan saya... Malu lah plak cakap sayang2 kat tempat terbuka ni. Nasib baik sayang yang halal, Hehe. ^.^ Sayang kawan2. Sayang sahabat2.
Couple centred to God centred
Kami mendamba kasih-Mu yang luas
Kami Sayang ALLAH
Mengucap panjang....
1201am,
Kuantan Bumi Dia.
0 thoughts from optimists:
Post a Comment