200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
  • suatu lakonan sementara

    waktu itu sentiasa dekat

  • Mencari jalan pulang

    "Wahai orang2 beriman, jagalah dirimu; kerana orang yang sesat itu tidak akan membahayakan dirimu apabila kamu telah mendapat petunjuk" (al-Maidah: 105)

  • Sabar

    (3 : 200 ) Sabar dan kuatkan kesabaranmu, dan bersiap siagalah

  • Jangan engkau marah

    La taghdob, be the strongest person on earth

  • Harta tak akan di bawa mati

    Sok sok Mungkar Nakir soal dalam kubur

Rebranding SOLAT?

Sunday, December 27, 2009


“Adik, pergilah berwudhuk.
Kemudian, renunglah biru langit untuk tahu sekecil mana dirimu.
Tarik nafas sedalamnya, hembus dan tiupkan jelaga hitam yang membelenggu kamu. Tinggalkan kenangan duka, kesemuanya di belakangmu.
Akhirnya, barulah menjulang takbir itu.”
- kredit dari Sang Pelangi.


Rebranding Solat?
"Sesungguhnya solat itu mencegah dari perkara keji dan mungkar..." - Al-Quran

5 kali sehari semalam,
sikapku masih jegil juga,
5 kali sehari semalam,
adakah sekadar berdiri, ruku', dan sujud,
Akhlakku, bagaimana engkau?
Niatku, ikhlaskan engkau?
Amalanku, solehkau engkau?
Peribadiku, mukminkah engkau?

Atau bercirikan munafik?
Na'uzubiLlah...
Antara salah satu ciri munafik,
janji tidak dikota...
Lupakah engkau pada janjimu pada-Nya?
Di alam roh dahulu kala, Dia berfirman,
Alastu birobbikum,
Adakah Aku Tuhan kamu,
dan kau menjawab,
YA,BAHKAN!!

Terkotakah janji kau?
Setiap hari, setiap jam, setiap minit..
Setiap ketika..

Wahai Tuhan,
Sia-siakah solat aku selama ini?
Ya ALLAH,
YA GHAFUR,
YA GHANIY,
ilhamkanlah...
perbaikkanlah...
peliharalah...
khusyukkanlah...
cahaya.....
datangilah aku!




Kewajipan Berkhusyu'
- (Petikan Kitab Rahsia Sembahyang dan keutamaannya)
Allah berfirman:

“Dan dirikanlah sembahyang itu kerana mengingatiku.” (Taahaa: 14)

Mematuhi perintah itu adalah wajib dan kelalaian dalam sembahyang bertentangan dengan maksud mengingati Allah. Bagaimana seseorang itu dikatakan mendirikan sembahyang untuk mengingati Tuhan, sedangkan ia lalai dan lena dalam sembahyangnya.



Allah berfirman lagi:
“Dan janganlah kamu termasuk golongan orang-orang yang lalai.” (al-A’raaf: 205)

“Sebenarnya telah menanglah orang-orang Mu’minin yang berkhusyu’ dalam sembahyang mereka.” (al-Mu’minun: 1-2)

Allah telah mengkategorikan khusyu’ dalam sembahyang itu sebagai tingkat yang paling tinggi sekali dari tingkat-tingkat kejayaan. Ini adalah sebagai suatu peringatan kepada orang-orang yang lena dan lalai dalam sembahyangnya, bahawa mereka itu adalah berada paling bawah sekali dari tingkat-tingkat kemenangan dari kejayaan yang dimaksudkan dalam ertikata “al-Falah”.



Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Sesungguhnya sembahyang itu adalah ketenangan hati dan kerendahan diri dan permohonan jiwa, dan anda mengangkat kedua belah tanganmu berkata: Ya Tuhanku! Ya Tuhanku! Barangsiapa tiada melakukan serupa itu, maka sembahyangnya tidak sempurna (kurang syarat-syaratnya).”

Sabda lain:
“Barangsiapa yang bersembahyang, padahal sembahyangnya itu tiada dapat mencegahnya dari perbuatan keji dan mungkar, maka orang itu tiada akan bertambah sesuatu dari Allah melainkan jauh daripadaNya.”

Diceritakan suatu peristiwa dari Muslim bin Yasar, bahawasanya pada suatu hari dia bersembahyang di Masjid Basrah, maka dengan tiba-tiba dinding masjid itu runtuh, sekalian orang-orang di pasar (yang berdekatan dengan masjid itu) merasa terkejut kerana kerasnya bunyi keruntuhan itu, akan tetapi Muslim yang sedang mengerjakan sembahyang itu tetap pada tempatnya, menoleh pun tidak. Sesudah sembahyang, apabila dilihatnya orang ramai mengucapkan selamat kepadanya, dia merasa hairan. Katanya: Saya tidak tahu atau rasa dinding itu runtuh.


Berkata Ibnu Abbas: Dua rakaat dalam tafakkur (mengingatkan kebesaran dan kekuasaan Allah Ta’ala) lebih baik daripada beribadat sepanjang malam sedang hatinya lalai.

sumber gambar

muassar,
1115,
kuantan

hati-hati

Saturday, December 26, 2009


bila hati menghadap Tuhan
baruku sedar banyak kelemahan
terasa kerdil berbanding YANG ESA
baruku terfikir betapa agungnya TUHAN


kenapa mudah menangis kerana manusia
kenapa terlampau sukar menangis kerana berdosa
dengan TUHAN
di manakah TUHAN di hati aku
di manakah TUHAN di hati aku
di manakah TUHAN di hati aku

kenapa mudah bersedih dek manusia
lupakah kamu manusia itu makhluk juga
kenapa terlampau sukar bersedih kerana buruk lakumu
dengan TUHAN

tidak malukah kamu
membuat pinjaman tak ternilai banyaknya dengan Tuhan,
nyawa kamu,
nafas kamu,
deria kamu,
immuniti kamu,
sihat kamu,
fikiran kamu,
sahabat kamu,
keluarga kamu,
masa kamu,
bahagia kamu,
makan kamu,
kenderaan kamu,
tempat berteduh kamu,
pengetahuan kamu,
tapi kamu masih tewas pada nafs sendiri.


hati ini perlu sensitif dengan-Nya
perlu sensitif
perlu sensitif
seandainya tiada,
kau perlu malu,
kerana kau memang manusia tidak berhati.



Kem Lepasan SPM - mulakan langkah baru

Sunday, December 13, 2009


...IN THE NAME OF ALLAH, MOST GRACIOUS, MOST MERCIFUL...

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH


Selaku urusetia yang menguruskan bahagian Publisiti dan Hebahan, sukacita saya mengajak pelajar-pelajar lepasan SPM/STPM dan STAM khususnya, ke program "Kem Remaja Unggul (KRISTAL '09)" yang dianjurkan oleh Yayasan Dar Al-Quran, Temerloh. Program ini bertujuan :
  • mendedahkan kepada peserta dunia kampus sebenar
  • sebagai persediaan kepada peserta menghadapi cabaran dan dugaan di universiti
  • membantu peserta memilih universiti yang sesuai dengan kursus pilihan mereka


Dengan bertemakan "MELANGKAH MENUJU MASA DEPAN DENGAN PASTI", program mengajak remaja Islam mengenal IPT ini akan diadakan sepertimana ketetapan berikut :


Tarikh : 18-20 Disember 2009
Tempat : Sekolah Islam Al-Irsyad, Kuantan
Yuran : RM30


Untuk pendaftaran boleh menghubungi


Nazrul, pengarah program ( 014-8403658)

Adibah, S/U program (019-9308783)

Asyraf, Publisiti (014-8408128)

InsyaALLAH, kem ini akan memberi manfaat bagi adik2 lepasan spm. Jadi.. saya sarankan jom ajak kawan2 atau junior join~! X jauh, dekat je tempatnya.

p.s : Iklan diambil copy dan paste dari blog sahabat2