200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
  • suatu lakonan sementara

    waktu itu sentiasa dekat

  • Mencari jalan pulang

    "Wahai orang2 beriman, jagalah dirimu; kerana orang yang sesat itu tidak akan membahayakan dirimu apabila kamu telah mendapat petunjuk" (al-Maidah: 105)

  • Sabar

    (3 : 200 ) Sabar dan kuatkan kesabaranmu, dan bersiap siagalah

  • Jangan engkau marah

    La taghdob, be the strongest person on earth

  • Harta tak akan di bawa mati

    Sok sok Mungkar Nakir soal dalam kubur

Showing posts with label muhasabah. Show all posts
Showing posts with label muhasabah. Show all posts

Doa n amalan barang hilang.

Thursday, April 12, 2012
Alhamdulillah. Punya kawan2 yg sudi panjang2kan ilmu dari ustaz dan murabbi.
Berhajat buh sini untuk senang rujuk lepas2 ni..


1. Dari Us Muhadir
Mula2 solat hajat,selepas salam baca dengan yakin:
YAA ALLAHU YAA SHAAHID( Ya Allah Yang Maha Melihat) sebanyak 100kali.

Kemudian baca doa ini :
'' Ya Jaamia'an Naasi Li Yaumil Laa Raiba Fiih, Ijma' 'Alayya Dhoollatii (Ya ALLAH,Yang Mengumpulkan Manusia pada hari yang tidak ada keraguan padanya,kumpulkanlah apa2 yang hilang kepadaku semula''

2. Dari Akh Ikhwan.



Sedikit sebanyak kisah ttg doa ni.. ihsan blog sdr ikhwan
Doa ini diajarkan oleh Tuan Guru Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki hafizahullah semasa pengajian kilat kitab Bustanul Arifin di Alor Setar Kedah.

Berkaitan doa ini, pengarang kitab Bustanul Arifin (iaitu Imam Nawawi): Sebenarnya doa ini telah saya cuba maka saya mendapatinya sangat bermanfaat dan menjadi sebab untuk mendapatkan barang yang hilang dengan tidak lama mencarinya. Dan saya juga telah mendengar dariapda Syeikh al-Hafizh Abu Baqa' seperti perkataan ini dan beliau yang mengajarkannya kepadaku sejak dahulu lagi.

Penterjemah kitab ini, iaitu Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam sendiri mengakui bahawa insya Allah doa ini sangat mujarab kalau hilang barang. Ustaz Fahmi sendiri pernah kehilangan barang, dan berkat membaca doa ini, dikembalikan barang tersebut.


Doa ini diskan daripada kitab terjemahan Bustanul Arifin oleh Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam dan diedit.

"Beramallah dengan keyakinan, dan sedarlah diri kita sedang memohon daripada Pemilik segala perkara tiada berkecuali."

3. Dari seorang Ustaz
Doa yg lebih lengkap
Doa yang lengkap seperti yang tersebut dalam kitab Guru Mulia Habib Zein:
اَللَّهُمَّ إِنَّكَ تَعْلَمُ أَيْنَ ضَالَّتِيْ وَ أَيْنَ ضَلَّتْ اَللَّهُمَّ يَا رَادَّ الضَّالَّةِ وَيَا هَادِيًا مِنَ الضَّلاَلَةِ وَيَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اِجْمَعْ عَلَيَّ ضَالَّتِيْ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui dimana berada barangku yang hilang dan dimana ia hilang. Ya Allah, wahai Tuhan yang mengembalikan barang yang hilang, wahai yang memberi petunjuk dari kesesatan, wahai yang menghimpunkan manusia pada hari yang tidak ada keraguan padanya, himpunkanlah (kumpulkanlah) padaku barangku yang hilang, sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu

Petua lain
Ini sedikit petua cara untuk mengembalikan barangan yang hilang sebagaimana yang terdapat di dalam kitab Guru Mulia Habib Zein BinSumaith yangtelah beliau ijazahkan secara khusus kepada al-fagir. Ada dua cara
1 - baca surah adh-Dhuha di empat penjuru pada tempat barang tersebut hilang, setiap penjuru baca 1x, setelah itu bacakan doa di atas. InsyaAllah, barang yang hilang akan ditemui kembali.


Moga ni kali terakhir walletku hilang.. Serik dengan benda begini.
(Sila usaha keras utk tidak ulang lagi, kalau tak, sila tadah telinga dengar  brainwash dr ayah...)

Namun ku yakin, segala apa yg berlaku ada hikmah dan pengajaran.
Maha Suci Allah dr jadikan ssuatu yg sia2.
Ade beberapa ilmu baru dapat ku cedok.
Jangan cepat berserah bahawa barang kita boleh hilang begitu sahaja.
Guna akal untuk fikir.

Namun pada yg melihat, ambillah pengajaran banyak dr kejadian ini.
Biarlah bahuku seorang yg menanggung, 
kerana Dia tahu musibah bagaimana utk mtarbiyah ku..
Smoga kita semua dijauhkan dr musibah2 yg tak diingini.
Salam tulus ikhlas.

kredit tuk along fatimah, adik hidayah, saudara ikhwan dan ustaz2/murabbi mereka.


p.s. Satu benda yg takleh lupe masa kejadian, sorang kawan cakap.. "Huda,teringat name blog awak". Sbb nama blo dulu carefulness. (nampaknya usaha menjadi careful belum berjaya dengan kes kehilangan ini  =.= *mood down*) Duh. Macam kena hempap batu je. Haha... Adeh2, sempat lagi kenakan saya. Lepas ni nak tukar name blog la. Name blog lame ni ilham abang, sayang pulak nak tukar. *akhirnya dari carefulness dah tukar jadi chang* jom hijrah:)

dalam sekelip mata

Sunday, March 18, 2012
u will know the value of a second if u're in  emergency situation



semoga Allah mengampuni dosa-dosa kami.

اللهم أغفرلنا ذنوبنا

Menjadi lebih baik itu tiada titik noktah

Tuesday, January 17, 2012


Sekembalinya saya dari melawat mereka, seolah-olah mendapat suatu impak dan nafas baru. Saje saya mencari suatu yang boleh mencubit nafsu yang baru nak sedang meluaskan sarangnya dalam diri. Almaklumlah, pada awal-awal cuti ni, nafsu akan menuntut lebih-lebih haknya, sedaya upaya melalaikan iman. Menjadikan diri lebih teruk dari orang-orang yang jahil. Orang jahil mereka buat sesuatu maksiat sebab tak tahu, namun peringkat orang yang tahu tapi masih melakukan maksiat, lebih-lebih lagi memalukan sepatutnya. Muhasabah.

Seandainya kamu ingin belajar bersyukur dan muhasabah, lihatlah mereka yang lebih hebat dugaannya darimu. Seketika tadi, aku melawat adik2ku di madrasah darul ulum lilbanaat. Masuk saja pintu, aku didatangi adik2 yang mahu bersalam denganku. Melihat bekal makananku yang sedikit, aku bercadang membawa mereka keluar. Segan plak nak makan ber4 saja di hadapan ramai lagi pelajar madrasah. Sebelum keluar, sempat aku berbual dengan seorang pelajar, rupa2nya adik tu ketua pelajar di situ, dan dia juga orang yang paling tua.

Panjang bualan kami. Banyaknya berkisar tentang sistem pembelajaran di situ.

“Sehari ngulang berapa juz dik?”

“Saya mampu 2 je kak.”

Oooo ujarku dalam hati. Thoyyibah!! Setelah bertaaruf, aku meminta diri. Hajar, Syazmira, dan Nurul pun dah bersiap lengkap berjubah.

Dalam perjalanan ke pantai, aku mewujudkan suasana. Banyak soalan yang aku Tanya, hanya Nurul yang banyak menjawab, selaku yang lebih tua di kalangan mereka. Adik2 ini tak serupa dengan Syikin dan Hawa nampaknya, mereka lebih suka bercakap dan bertanya. Hajar dan Syazmira lebih suka mendiamkan diri di seat belakang.

Ada beberapa perkara yang kami bualkan. Antaranya yang mencuit nafsuku,

“Kak nak pergi mane? Nurul nak berbuka kat sini sekejap lagi.”
“Ramai orang berpuasa harini.”
Aku jawab.., “Yup, terlupa akak, harini Isnin.. “ sambil tersenyum..

Tanyaku lagi,”Camne jadual nurul kat sini?”
Jawabnya..”Bangun 4.30, solat2, lepas subuh ada kelas sampai tengahari..lepas zohor sambung zikir dan muzakarah sampai petang..”
‘SubhanAllah...’ desisku.

Quran + Puasa + Qiam
3 ibadah sunat yang perlu menjadi kelaziman. Namun setelah keluar dari suasana dan system yang menyokong, istiqamah itu seringkali teruji. Hanya dengan mujahadah, sabar, dan kekuatan, diri mampu bertahan. Tak kurang juga kuatnya asakan syaitan dan konco2nya. Cukup sekadar seminit 2 dia lekakan kita, kesannya untuk berjam-berjam lamanya.

Ok. Cukuplah sampai sini. Selamat buat diriku!! Bayangkan jika usiamu tidak panjang. Terima kasih pada yang hadir sebagai inzar buat diri.

Menjadi lebih baik itu tiada titik noktah.

Becoming better never has an end, Huda.



Salam’alaik.

Syariat dan Hakikat Cinta, oleh Tokku Hj Ibrahim As-Syathari

Saturday, May 7, 2011
Bismillah.

Sebahagian catatan kuliah untuk renungan dan koreksi sendiri, semoga manfaatnya dapat di kongsi.
Antara pengisian Tuan Guru Ibrahim asy-Syathari di Kuliah Tasawuf sebentar tadi... 06/05/2011

1. Kita tak punya apa-apa, kudrat dan iradat hanyalah Allah. Bukan kita yang melihat dan mendengar, melainkan semuanya Allah s.w.t. Istilah yang betul adalah, Allah perdengarkan kita, Allah perlihatkan kita, dan Allah perkuasakan kita. Jadi inilah yg kita sebut, la haw lawala quwwata illa biLlah (tiada daya upaya melainkan Allah s.w.t)

2. Setiap yang berlaku adalah dengan iradat Allah. Iradat Allah yang membenarkan iradat manusia akan menyebabkan sesuatu perkara berlaku. Jika hanya ada kehendak manusia tanpa iradat Allah (tanpa keizinan Allah) perkara itu tak berlaku.

Contoh; kalau nak bangun malam, tapi Allah x izinkan dan x bagi iradat, maka kita sbg makhluknya x dapat bangun malam.

3. "Kenapa Allah tak bagi iradah-Nya pada kita? Kerana, - dosa-dosa kamu, kerana kamu tak bertaubat dengan dosa-dosa kamu. - makan dari benda yang haram" a.fadhil ustaz

4. Membezakan syariat dan hakikat dalam membuat sesuatu, syariat adalah membuat kerana ilmu, pengetahuan, serta dengan lafaz. Tapi hakikat adalah rasa. Rasa bagaimana? Rasa ihsan - menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, dan kalau x boleh, seolah2 Allah melihatmu.

5. Peringkat nafsu yang terbaik adalah nafsu mutmainnah. Allah menerima jiwa mutmainnah. (Rujuk Quran; juzuk 'amma, al fajr : 27-30)

6. 4 subjek untuk meluluskan untuk Tuhan terima kita,
- hakikat (rasa 'abd)
- solat yg khusyu
- nafsu mutmainnah
- akhlak mulia sesama insan

7. Hati perlu selalu diproses. (Supaya bertemu Tuhan dengan cara yang baik). Selepas mati, hati akan menuju ke salah satu dari dua tempat;
- Sijjin - terbahagi kepada haiwani(jiwa yang penuh dengan hal dunia) dan shaibani (jiwa
penuh sumah, ujub, takbabur, khianat dan sifat2 mazmumah).
- 'Illiyyin - hasil dari jiwa yang diproses dengan proses mutmainnah dan proses rabbani.Ustaz
sambung lagi, proses mutmainnah dilambangkan dengan lazat dalam munajat, jiwa malaikat.
Manakala proses rabbani dilambangkan dengan ma'rifah dengan Allah..

8. Cara mencapai nafsu mutmainnah
- Aqidah, akhlak
- Membina diri kita (manusia) dari hati
- Menyebut Allah dari batinmu
- Solat yg khusyuk

9. Ustaz kait dengan zikrullah. Lepas kita boleh sampai tahap ihsan (membesarkan Allah secara hakikat iaitu dengan perasaan, bukan semata2 syariat iaitu dengan ilmu), kita akan boleh mengingati Allah dengan hati (Ustaz ulas, zikrullah itu, bukan semata2 zikir di mulut) lalu menjad perawat hati nurani dan merawat dari gangguan Iblis dsb. Dalil.. Mereka yang mengingati Allah dalam keadaan berdiri, duduk..

10. Hati yang hidup dengan zikrullah tidak tertutup (janabah).

11. Zikir itu nur. Nur datang dari Allah. Semuanya perlukan cahaya, untuk menglihat perlukan cahaya, jadi orang yang banyak berzikir, akan memperoleh nur. Dalam pendidikan tasawuf, awak tak boleh berpisah dengan Allah. Dalil.. Surah an-Nur (Allahu nuurussamaawati wal ardh.. ila akhir ayah)

12. Allah tidak boleh dicapai dengan akal, penglihatan, dan pendengaran, tapi Allah boleh dicapai dengan rasa, qalbi. [ rasa, musyahadah, muraqabah]. Zikrullah lah sekiranya kita kekurangan rasa, musyadah, muraqabah. Dalil.. 'Wahuwa ma'akum aina ma kuntum'

13. Jika Allah boleh dicapai dengan rasa, di mana kamu menghadap, di situ adanya Allah.. Ada dalil, tapi ana tidak sempat menyalin kata2 ustaz.

14. Jika Allah di hati, sambil ustaz merujuk kepada jantung sebagai organ yg mengepam darah, di tengah2 kita jantung, dan dari jantung tempat darah beredar, maka.. jika kita suk berzikir, zikir akan masuk ke dalam darah.



subhanAllah. semoga Allah memberkati ustaz dan mengganjari ustaz dengan sebaik2 ganjaran.
Hampir 90% insyaALlah dari tazkirah di atas adalah apa yang diucapkan ustaz.
Ustaz membenarkan ana lebih memahami tentang cahaya dan hidayah Allah.
Syukran ustaz.

p.s : Ubat hati, ada 5 perkara.. Salah satunya berkumpul dengan orang-orang soleh.

sindrom pelik

Tuesday, May 3, 2011
Astaghfirullah...3x

sindrom yang pelik

masa yang banyak

tapi kerja tak luak

cukuplah mengadu di sini

mengapa x mengadu saja pada-Nya?

jangan lupa pesan dr helal,

the line is clear

u can online with HIM 24 hours

ok, stop mumbling

let's pray.

selamat beraksi

selamat berjuang

selamat muqarabah

Pesan Imam Al-Ghazali

Saturday, April 23, 2011
Pesan imam al-Ghazali;


“Carilah hatimu di tiga tempat… Temui hatimu sewaktu
bangun membaca Al Quran. Tetapi jika tidak kau temui,
carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau
temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur
mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka
berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana
hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!”



warming up cuti

Sunday, April 17, 2011
CUTI=JIHAD?


Salam 'alaik warahmatullah..

suka saya mulakan entri blog pada pengawal cuti yang sangat bahagia ni..dengan entri dari kak afzan.. maaflah lame x brainstorm wat entri.. saya kekeringan banyak benda.. mungkin lepas ni saya akan bayar hutang saya entri2 saya.. khas untuk diri saya juga..





Saya catatkan skrip kuliah (yang berjaya didengari dengan baik) di bawah ini untuk lebih memudahkan kita semua...Barakallahu fiikum!

Soalan;

Pada pandangan ust, bagaimanakah seorang hafiz dapat seimbangkan masa untuk tadabbur dan ibadah, dalam suasana sebagai pelajar yang sibuk dengan pelajaran dan aktiviti di kampus?

Jawapan Ustaz Muhadir;

Nasihat kepada ntum, huffaz dengan hafizat...Ntum sudah memiliki sesuatu yang orang lain tidak miliki...Kerana itu jangan dibuang ia begitu sahaja.

Al Quran ini seperti kekasih...
Kalau kita tidak hubungi dia sehari...dia ok lagi...
Kalau 2 hari...dia sudah merajuk...
Kalau 3 hari...dia sudah mula jauh-jauh...
Yang ke-4, ke-5...
Seminggu kita tidak baca, dia akan panggil ataupun dia kata kat kita ni,
"You're fired!"

Jadi dia akan tinggalkan kita. Kerana itu, berjinak-jinak dengan al Quran, insyaAllah nescaya ntum akan mendapat fadhilat yang besar daripadanya.

Kalau ntum menjadi imam orang lain, bacalah yang kuat juga pendek-pendek nanti dah sudah bacalah panjang- panjang...

Ataupun hafiz dan hafizah ni mesti ada quran kecil dalam poket ntum...Sementara tunggu ust lambat 15 minit...kita sudah boleh membaca beberapa muka surat...Jadi demikian...

Hafiz dan hafizah ni...ntum punya cabaran lagi kuat...kerana menghafal itu senang...tetapi mengekalkan hafalan itu tidak senang dan tidak mudah...

Pengalaman, kawan ust orang Nigeria...dia keluar, dia daripada Mesir...Orang Mesir dia mesti hafal berapa juzu'? 8 juzu'. Satu tahun 2 juzu'...Dia keluar, kemudian, alhamdulillah, belajar di UIA. Satu ketika, bila ana bertanya,
"Ya akhi, kaifa hifzul Quran.. (bagaimana hafazan al Quran)?"

Dia kata, "Ya, Ustaz..ana hatta juzu' pertama ana tak boleh habiskan sekarang... "

Mana pergi 7 juzu' yang lain...mana?

Kerana itu berjaga-jaga dengan al Quran itu sebab al Quran ni dia mudah cemburu...Tapi bila ntum dah merasai kelazatannya ya Allah...ntum payah nak lepas daripadanya..."

****

Entri memuhasabah hafazan. Bersyukur dikurniakan murabbi quran yang tegas sem ni, banyak kali kepala ni kena hit dengan tazkirah segar dari ustaz.

"Macamana kalau mati kamu bawa dosa-dosa tak ingat hafalan?"
"Suka lah saya berpesan bahawa Nabi bersabda dalam hadisnya... Tiada dosa yang lebih besar melainkan melupakan hafazan al-Quran.."

Untuk awal-awal cuti ni, tiadalah saya nak listkan benda-benda yang perlu disetelkan dan dihabiskan untuk menjadikan cuti saya bermakna (ayat x leh tahan...), since blog saya ni dah jadi tatapan umum, namun sekelumit harapan agar diri sendiri lebih matang dalam menguruskan masa. Menguruskan masa bermakna menguruskan HIDUP! HIDUP=MASA. Tiada masa tanpa hidup. Semoga dakwah makin lebar, hafazan makin lekat, ukhuwah makin rapat, iman makin meningkat. Dan selebihnya, semoga diri ini menjadi lebih benar dalam hati, tindakan dan kata-kata, bertekadkan kepada Yang Maha Esa. I don't want mouth wth too much words, legs with so much walk, but the product is nothing inside the heart. Allah knows the best, and He knows everything. Mohon doa sahabat2.

Harapan last : Nak kurangkan menceritakan keburukan sendiri dan express kesalahan sendiri kat blog... Ambil pengajaran dari nasihat seseorang, kesalahan sendiri jangan didedahkan umum, lagi susah nak dapat keampunan Ilahi.. sama juga dengan pengaduan kita kepada Ilahi.. jika benar betul kita mengadu kepada Dia, biarlah hanya Dia yang menjadi telinga... tapi segalanya ikut fleksibiliti dan kesesuaian masing2.

Mencari ikhlas dan istiqamah dalam masa umur yang makin sikit berbaki.


Salam sayang dan sayang jihad.
waktu itu semakin dekat..
Nh_Idris


p.s : hari ni ade orang panggil saya tuan idris... hu~

misi hayat : lebih matang-benar-ikhlas

ibadah yang berkesan....

Friday, December 10, 2010

Bismillah

Salam:)

Sori lame x update. Ade orang kate die asyik datang blog ni tapi x update2. heh. 'Asif jiddan (so sorry). Sebenarnya dah ade beberape drafts dh, tp separuh jalan wat entri, gara-gara hati hilang rasa untuk mempublishkan post2 ni. Hilang rasa sebab macam2. harini ana nak kongsi satu part hasil perbincangan usrah dengan jiwa-jiwa yang mencintai kebenaran... (bahasa nak power saje..)

Ciri-ciri ibadah yang berkesan.
1. al hubbu war redho (CINTA DAN BERSERAH DIRI)
....korang pernah rasa i'm in love x? tak kisah la pernah ke tak, tapi bagi sesiapa yang pernah rasa, alahai seronoknya kan. bila 2 orang manusia tu "in love" dalam pekerjaan "coupling"nya, maka kita akan kata sweet coupling (sweet ni nak menandakan hubungan tu berkesan la hasil ada 'in love' tu). Uhu maaf kepada sesiapa yang geli. Tidak berniat langsung nak menggelikan mana-mana insan. Sangat indah seandainya perasaan cinta yang asyik itu juga turut hadir dalam kita beribadah kepada Tuhan kita. Hati akan merasa betapa luasnya nikmat asyiknya cinta kerana cinta itu cinta yang hakiki dan benar, bukan sebuah cinta palsu. InsyaAllah.

2. al-Khaufu war raja' (RASA TAKUT DAN MENGHARAP)
... mengharap umpama bayi kecil yang kehilangan susu, tangisan tidak henti sehingga dia puas

3. al-Ihsan wal Muraqabah (IKHLAS DAN BERHATI2)
.... Ihsan itu beribadahlah kamu seolah2 kamu melihat Allah, namun jika tidak sampai pada upaya itu, seolah2 Allah melihat kamu.

4. As-Sakinah wal Mutmainnah
... ibadah yang berkesan boleh memberikan kita penuh ketenangan. Bukan tingkatan sakinah sahaja, mutmainnah bahkan. Seperti di dalam al quran, Allah menurunkan ketenangan pada orang-orang berimah dan menambah iman mereka (al- fath :4)



selamat beribadah..di musim2 kenaikan ni... minyak naik, elektrik pn denga macam nak naik, emas pn naik.. :)

Wassalam.

Taujihat Cuti Sem

Thursday, November 18, 2010


"Jangan dipendekkan cuti yang panjangnya sebulan dengan membuang masa, sebaliknya gunakanlah untuk memberi manfaat kepada orang sekeliling."

Antara dua... 2 S

Thursday, October 28, 2010
Bismillahi walhamdulillah.

Maha Suci Allah yang mengilhamkan aku apa yang aku tulis,
Maha Suci Allah yang memberikan aku daya di atas keizinan-Nya,
Maha Suci Allah yang setiap urusanku di dalam pengetahuan-Nya :)

antara dua... menulis atau tak?
terlampau lama aku berkira-kira untuk mencoret beberapa perkara, bahkan banyak barangkali. Namun, bila ditimbang-timbangkan, antara dua...
Perlu atau tak?
Bermanfaat atau tak?
Dapat pahala atau dosa?
Riya' atau tak?
Setiap yang dilontarkan akan dikira dan dinatijahkan dengan dua akibat... pahala atau dosa.
Setiap yang dilontarkan itu akan kembali diuji pada diri... amali atau sekadar teori.
Allahu Allah.

Antara dua... Episod-episod kehidupan yang berlaku banyak memaparkan antara dua pilihan.
Antara sunnatullah dan syariatullah,
Antara negara dan agama,
Antara rela dan terpaksa,
Antara beban atau tanggungjawab,
Antara ilmu atau peperiksaan...
Antara cepat atau penghayatan...

Semuanya diizinkan Allah untuk menjadi halwa bagiku berfikir, berkira-kira, dan mengambil keputusan. Andai diizinkan, akan ku kongsi satu persatu di saat masa yang direzekikan oleh-Nya.

Antara sunnatuLlah dan syari'atuLlah...

Aku pernah mencoret tentang dua S ini suatu ketika dahulu. Dan aku suka membangkitnya semula. SunnatuLlah dan syari'atuLlah ketika sedang peperiksaan. Sunnatullah iaitu hukum alam menggariskan manjadda wajada. Siapa berusaha, dia akan dapat hasilnya. Siapa yang berjaya mengekang nafsu tidur, makan, lagho, dia akan dapat jawab dengan baik, cemerlang dan yakin.

Dan syaria'tuLlah menunjukkan siapa yang memelihara hukum-hukum Allah tetapkan, contohnya meningkatkan ibadah seharian, turut akan berjaya. Namun, bagaimana kalau hanya doa sahaja tanpa ada usaha? Bolehke tunggu buah naga muncul dari pokoknya dengan sekadar berdoa dan menunggu sehingga buah naga muncul?

SunnatuLlah yang membenarkan syari'atuLlah
Sekiranya kita berusaha bersungguh-sungguh di samping meningkatkan doa, ibadah dan tawakkal kepada Allah, kejayaan yang dicapai akan lebih berkat kerana melaksanakan syari'atullah selari dengan hukum alam, man jadda wajada.

Aku teringat satu kejadian semasa di matriks, di mana kebanyakan pelajar yang aku nampak, berjaya menghabiskan compilation mid sem semasa menjawab soalan maths 2. Namun, dengan keyakinan hanya berasaskan sunnatuLlah, tanpa disangka-sangka, ramai juga yang sangkut semasa periksa tu. Wallahu'alam, perancangan Allah adalah yang terbaik.

Syariatullah tidak boleh dikesamping di samping berusaha keras mematuhi SunnatuLlah.
Itu yang terbaik, kualiti seorang Muslim.

Lalu, jika aku sering bermalas-malasan, harus selalu beringat bahawa kejayaan tidak akan datang tanpa sinergi 2 S ini. Terima kasih pada kawan-kawan sekeliling yang banyak beri aura dan galakan secara tak langsung untukku mencabar diri sendiri memperhebatkan 2 S ni.
"The toughest rival is our self", bak kata Yana.

Pernah seorang sahabatku berpesan, " Study-study gak, tapi bergantung pada-Nya perlu pada tahap tertinggi..."
Tak kurang juga yang menyuntik semangat "Study study study sampai habis...Berjuang sampai ke titisan terakhir.. jangan menyerah sebelum habis berjuang"

Akhirnya, buat diri sendiri dan semua, selamat melakar sejarah. Selamat berperang. Kita masih punya masa, sebab kita mampu mengubahnya :)

Doa seorang ni pulak, si A memang akan selalu buatku tersenyum dan tercabar, "ya Allah, permudahkanlah urusan sahabatku ini. Semoga dia cemerlang demi Islam!"
Amin sahabatku A . Amin Amin.

Sebenarnya Ust Hasrizal yang mula-mula ajar berkenaan 2 S ni. Aku hanya ringkaskan mengikut keadaanku dan panjang-panjangkan.

Wallahu'alam Wassalam.


nurulh,
500+ am,
bilik kasih sayang,
Talhah 3

madah periksa empat

Tuesday, October 26, 2010
Rahsia Zainab Al-Ghazali,

"..HasbiyAllahu wani'mal wakil,wala haulawala quwwata illa biLlah.."
.

'Cukuplah Allah sebagai penolong, dan tiada daya upaya melainkan dengan pertolongan Allah.'




Mutiara Usrah 8 bersaudara,

221010.

muhasabah jumaat : surah al kahfi

Saturday, October 16, 2010
Bismillah.
Allahumma Solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad.

Yes!!! Jumaat datang lagi. Apa yang ada pada hari Jumaat? Kelas ungs? Definitely. Heh. Entah kenapa hari jumaat ni seolah-olah memberikan ketenangan sedikit berbanding hari-hari lain. Mungkin sebab hari jumaat lengang sikit. Ramai orang balik rumah. Jarang kelas petang. N part yang paling best, sebab boleh balik rumah jugak. Hehe sorry pada yang jarang-jarang balik. Nanti korang kerja puas-puas kat kampung halaman eh.

Ada lagi satu yang menariknya jumaat ni. Bukan pada fizikalnya, bukan pada persekitarannya. Tapi pada amalan yang disunatkan membuatnya. Satu yang aku nak kongsi, tentang surah al-kahfi.

Lepas tanya Haji google, dapat beberapa rujukan hadis daripada sumber ini (klik utk ke blog nya)

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa membaca tiga ayat daripada surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal." (HR Tirmizi)

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal. Dalam riwayat yang lain dinyatakan daripada akhir surah al-Kahfi." (HR Muslim)

Dari Sauban r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir daripada surah al-Kahfi, maka sesungguhnya pembacaannya itu menghindarkannya daripada fitnah dajjal. (HR Nasai)

Dari Abu Said al-Khudri r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi (dengan huruf dan pembacaan yang betul) sebagaimana ia diturunkan, maka surah itu akan menjadi cahaya pada hari kiamat daripada tempat tinggalnya sehingga ke Mekah dan barangsiapa membaca sepuluh ayat yang akhir daripadanya, kemudian dajjal keluar, dajjal tidak dapat menguasainya." (HR Mustadrak Hakim)



Bukanlah aku nak huraikan hadith ni. Sungguh dengan ilmu yang tak sampai tahap sedikit ni, maknanya lebih sikit dari sikit ni, tak layak aku nak memanjangkan perkara yang bukan aku ahlinya. Cumanya, aku nak berkongsi beberapa nilai-nilai tarbiah dan akhlak dalam surah ni... iaitu tabiat mengucapkan insya-Allah dan merendahkan diri apabila dipuji dengan mengembalikan kepada Allah s.w.t....


1. Mengucapkan insyaAllah untuk sesuatu perkara

وَلَا تَقُولَنَّ لِشَاْىۡءٍ إِنِّى فَاعِلٌ۬ ذَٲلِكَ غَدًا (٢٣)
إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُ‌ۚ وَٱذۡكُر رَّبَّكَ إِذَا نَسِيتَ وَقُلۡ عَسَىٰٓ أَن يَهۡدِيَنِ رَبِّى لِأَقۡرَبَ مِنۡ هَـٰذَا رَشَدً۬ا
(٢٤)

Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti". Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya Allah". Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini". (al-kahfi ayat 23-24)

2. Mengembalikan pujian kepada Allah atas kelebihan (merendah diri)
.
قَالَ هَـٰذَا رَحۡمَةٌ۬ مِّن رَّبِّى‌ۖ فَإِذَا جَآءَ وَعۡدُ رَبِّى جَعَلَهُ ۥ دَكَّآءَ‌ۖ وَكَانَ وَعۡدُ رَبِّى حَقًّ۬ا

(Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: "Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar". (Al-Kahfi :98)


Tarbiyyah akhlakiyyah (pendidikan akhlak) yang direct dari Al-Quran.
Mengucapkan insyaAllah dan merendah diri.

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" (Ar-Rahman :13 )

Selamat mentadabbur...

nurulh,
usrati kaybee,
mencari kekuatan rohani.


...kerana Allah sayang kita RX 8!

Saturday, September 4, 2010
...kerana Allah sayang kita RX 8! Sedikit coretan utk aku renung-renungkan. Refleksi daripada pelbagai ujian yang menimpa kita (termasuk kuiz hehe) dan meeting tergempar, semuanya berlaku di bulan Ramadhan penuh berkat...


Dia mengakhiri ucapannya, dan aku berjaya menangkap beberapa bait terakhir...

“ Kesimpulannya... Saya boleh buat 2 kesimpulan.
1. Setiap pemimpin bertanggunjawab atas pimpinannya.
2. ................................ (dah tak ingat point no 2 ni)

... Sekian dari saya, Wassalamua’alaikum. “

Dan dia berundur diri setelah memberi ucapan hikmah menjernihkan kekeliruan hamba-hamba yang diuji Tuannya.

Tersedak aku. Terasa kot. Ibarat dipulang buah paku keras. Haha. Alhamdulillah, peringatan. Macam pernah kena tegur dengan Dr Shogar dulu, Fazakkir Innazzikra tanfa’ul mukminin. Tapi, untuk meredakan diri sendiri, aku teringat sepotong hadis, kullukum ra’in wa kullu ra’in mas’uulun ‘an ra’iyyatihi. Jadi, aku buat kesimpulan:

- Premis 1 : Pemimpin kena bertanggungjawab atas pimpinannya.
- Premis 2 : Setiap orang adalah pemimpin.
- Kesimpulan : Setiap orang kena bertanggungjawab.

Ha, adil tak dengan kesimpulan macam ni? Jadi, aku tenang skitlah sebab bukan kerja aku sorang. (haha, ni ayat nak lari). Takdelah, just joking. But indeed i do mean it. Tanggungjawab bersama, batch leader and assistant, Class rep and assistant, Head and Assistant Head Com, dan yang paling penting sekali SUBCOM. Yes, u’re the most important.

Semua orang perlu rasa bertanggungjawab atas apa yang berlaku, kongsi portion-portion dosa2 kita yang menyumbang atas apa yang berlaku, dan muhasabah setiap perkara dari diri sendiri sebagai penyelesaian dari apa yang berlaku.

Mungkin sebab tidur dalam kelas, datang untuk kuiz sahaja, bercakap dalam kelas, baca nota sewaktu lecturer mengajar, ponteng kelas, saja datang lewat, suka pergi tandas, mengumpat lecturer, main sudoku, sms, makan minum tak ajak lecturer, edar-edar kertas yang menganggu lecturer, xde orang usher lecturer, dan lain-lain yang sewaktu dengannya menyebabkan Allah sampaikan 'message'nya kepada kita?

Ya, biasalah perkara-perkara ni sebab kita sume nakal-nakal. Aku ngaku aku nakal juga. Mana mungkin tak pernah mengantuk kalau tak buat kerja lain. Malaikat kot sapa yang tak pernah buat salah. He.

Tapi kan, mungkin Allah sangat sayang kat kita. Dia nak minta kita berhati-hati sangat dengan perkara-perkara remeh macam ni. Mungkin? Who knows? Kan kita pernah berniat nak jadi tokoh macam assigment kita tahun lepas, Muslim Pharmacist? Al-Razi, Jabir Ibn Hayyan, dan lain-lain. Common la, walaupun macam retorik gila gila, tapi kalau tak ke arah yang lebih baik, tak kan kita nak ke arah yang lebih buruk? Muslim Pharmacists. InsyaAllah. Muslim Pharmacist RX8. Sedap jugak bunyinya. Niat perlu ada, tinggal sikap yang mencorakkannya.

Being perfect may be impossible, but being better is always worth the try. Terngiang-ngiang pulak persembahan rx6 time iftar tadi. Tajuk ape nasyid tu eh, tak ingat. Ukhuwah yang terbina persis sekuntum bunga ini meskipun kini kita berpisah demi kasih-Nya~. Semoga ukhwah kita yang dah terbina ni, walaupun ada yang longgar, ada yang erat sedikit sebanyak membantu kita dalam mencari erti kejayaan sebenar... dunia akhirat. Allahumma Amin.

Kesimpulan? Boleh buat sendiri berdasarkan situasi masing-masing. Ujian itu rahmat, teguran itu rahmat, kasih sayang dan keamanan itu rahmat, ukhuwah dengan korang semua pun satu rahmat besar. Selamat beribadah dan jangan lupa doakan sahabat-sahabat RX 8 kita semua.. dan umat Islam lainnya.. Allahumma Amin.

Semuanya... kerana Allah sayangkan kita RX 8!




p.s : Selamat berpuasa, selamat hari raya, dan ampun maaf zahir dan batin atas semuuaa salah silapku..



Nurulh,
Usrati KB,
25 Ramadhan.
Siap menulis pada 1 september.

Mengetuk pintu hati yang tidur...

Monday, June 21, 2010
Mengutuk pintu hati yang tidur...

(Entri ini lebih bertujuan supaya pintu hati sendiri diketuk...harap maklum ya...)

Tazkirah pertama oleh Us Zuridan, di mana dia huraikan 5 dugaan orang mukmin..

1. Orang mukmin yang dengki,
- Hasad dengki memakan kebaikan, sepertimana kayu dimakan api..
- Boleh merosakkan amalan dan perjuangan
2. Orang munafiq
3. Orang kafir
4. Syaitan
-Menyesatkan manusia
5. Nafsu

Tazkirah kedua berbentuk semangat oleh Us Yusof, yang berkisar mengenai Rijalut Taghyir..

Rijalut Taghyir - Pemuda Ejen Perubahan

Pemuda merupakan tenaga dan masa hadapan kepada perjuangan, dan pemuda perlu melengkapkan diri dengan beberapa perkara.. Ilmu, aqidah perjuangan yang mantap, ‘amal jama’ie, ‘amal siyasi, kebajikan, dan dakwah... Jati diri muslim dalam soal pembinaan akhlaq yang mulia dan tarbiah yang berksan akan membantu melahirkan ‘amilin dan ‘amilat yang mempunyai modal dari segi ilmu, iman, dan akhlak... Pemuda, tenaga harapan dan masa hadapan, perlu ada kesinambungan bekerja dengan orang-orang yang lebih lama.


Tekan ustaz lagi, sebagai seorang pemuda yang masih lagi belajar, perlu ada beberapa tujuan dan matlamat iaitu menjadi pelajar yang terbaik akademik, di samping keutamaan - menjadi hamba Allah yang terbaik, dan menggabungkan diri ke dalam jemaah. Dalam apa-apa perkara yang kita lakukan, perlu bermatlamatkan u‘budiyyah kepada Allah. (iaitu setiap yang dilakukan perlu mengikut batasan yang Allah tetapkan), dan wala’(taat) kepada Allah dan Rasul-Nya.

Menurut ustaz, perlaksaan kerja dakwah ketika di IPT hanya merangkumi 25% sahaja dari seumur hidup, dan lebihan tersebut dibahagikan kepada masa kerja 25%, anak 25%, dan kahwin 25%.

Ustaz ada membentangkan statistik anak luar nikah yang sangat tinggi kini (saya tidak membuat catatan), tapi jika dirujuk majalah milenia muslim keluaran jun 2010, statistik anak luar nikah pada setiap hari ialah seramai 47 orang! Dan ustaz turut menyuntik kesedaran ambil peduli dengan membentangkan bahawa kira-kira 2.2 juta warga Malaysia tidak turun mengundi.


Satu muhasabah dan suntikan semangat dari ustaz buat para pendengar tazkirah. Syukran ustaz. Semoga Allah mengurniakan kekuatan buat ustaz dalam meneruskan gerak kerja Islam dan dakwah.

Satu perkongsian terutama untuk diri ini khasnya. Yang selalu tidur dan lena dalan jaga. Benar hidayah itu milik Allah, namun kita perlu dan mampu berusaha untuk mendapatkannya. :)

Salam sayang.

facebook versi Islam

Sunday, May 30, 2010



BismiLlah..

Hajat di hati nak post pasal entri lain, tapi tertarik kat entri Kak Chik berkenaan millat facebook, dikatakan facebook versi Muslim.

Millatfacebook dibuat hasil penentangan Pakistan dari Hari Melukis Nabi s.a.w. pada 20 mei lalu. Tak pasti sama ada FB yg banned Pakistan dulu atau Pakistan yang sekat FB dulu dari liputan dalam negaranya. Dalam youtube ade berita yang pakistan banned fb. Tp dalam entri kakchik, cakap fb banned pakistan. Mana-manalah.

Salute la pakistan. Mmg sebijik macam fb. Tapi macamane nak cek ni orang Pakistan-Muslim punya ye? Pakistan xde guna APCO kan? he, sinis.





InsyaALLAH, harap2nya millatfacebook ni dapat ganti fb yang penuh kontroversi tu.

Akhir-akhir ni pun, banyak dapat peringatan dari group n emel tentang fb. Last-last, decide nak deactivate dulu fb. Takut main fb amik banyak cuti yang tinggal sebulan je lagi. Lepas ni, kalau ade keperluan lain, baru nak reactivate semula.

Semoga iman kita dalam peliharaan ALLAH selalu. Wassalam.

Dakwah dan Orang Manja

Monday, May 10, 2010
sumber : Dakwah tidak boleh dipikul oleh orang manja

Perjalanan dakwah yang kita lalui ini bukanlah perjalanan yang banyak ditaburi dengan hamparan permaidani merah dan kesenangan. Ia merupakan perjalanan panjang yang penuh rintangan, mehnah dan tribulasi. Telah banyak sejarah orang-orang terdahulu yang merasa pahit getirnya perjalanan dakwah ini. Ada yang diseksa, ada yang harus berpisah dengan sanak-saudara, ada pula yang diusir dari kampung halamannya dan berderetan lagi kisah perjuangan manusia lain yang telah mengukir bakti dari pengorbanannya dalam jalan dakwah ini. Mereka telah merasakan dan sekaligus membuktikan cinta dan kesetiaan terhadap jalan dakwah yang suci ini.

Cuba kita renungkan kisah peperangan Dzatur Riqa’ yang dialami oleh sahabat Abu Musa Al Asy’ari dan para sahabat lainnya. Mereka telah merasakannya hingga kaki-kaki mereka robek dan kuku tercungkil. Namun mereka tetap mengharungi perjalanan itu tanpa mengeluh sedikitpun. Bahkan, mereka malu untuk menceritakannya kerana keikhlasan mereka dalam perjuangan. Keikhlasan membuatkan mereka gigih dalam pengorbanan dan menjadi tinta emas sejarah umat dakwah ini. Buat selamanya…

Pengorbanan yang telah mereka berikan dalam perjalanan dakwah ini menjadi suri teladan bagi kita sekalian. Kerana sumbangan yang telah mereka berikan, dakwah ini tumbuh bersemi dan kita pun dapat menikmati hasilnya dengan gemilang. Kawasan Islam telah tersebar ke seluruh pelusuk dunia dan umat Islam telah mengembangkan populasi dalam jumlah besar. Semua itu kurnia yang Allah swt. berikan melalui kesungguhan dan kesetiaan para as-Sabiqun al-Awwalun dalam medan dakwah ini. Semoga Allah meredhai mereka. Renungkanlah pengalaman mereka sebagaimana yang difirmankan Allah dalam surat At-Taubah: 42.

لَوْ كَانَ عَرَضاً قَرِيباً وَسَفَراً قَاصِداً لاَّتَّبَعُوكَ وَلَـكِن بَعُدَتْ عَلَيْهِمُ الشُّقَّةُ وَسَيَحْلِفُونَ بِاللّهِ لَوِ اسْتَطَعْنَا لَخَرَجْنَا مَعَكُمْ يُهْلِكُونَ أَنفُسَهُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُون) التوبة : 42)

"Kalaulah apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang mudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu adalah jauh bagi mereka. dan mereka akan bersumpah Dengan nama Allah dengan berkata: “Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu”. (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu)."

Mereka juga telah melihat pengajaran daripada orang yang dapat bertahan dalam mengharungi perjalanan yang berat itu, hanya kesetiaanlah yang dapat mengukuhkan perjalanan dakwah ini. Kesetiaan yang menjadikan pemiliknya sabar dalam menghadapi cubaan dan pancaroba perjuangan. Ia menjadikan mereka optimis dalam menghadapi kesulitan dan siap berkorban untuk meraih kejayaan. Kesetiaanlah yang menghantarkan jiwa-jiwa patriotik ini untuk berada pada barisan paling depan dalam perjuangan. Kesetiaan jualah yang membuat pelakunya berbahagia dan sangat menikmati beban hidupnya serta setia dalam kesempitan dan kesukaran mahupun kelapangan dan kemudahan.

Sebaliknya orang-orang yang manja jiwanya dalam perjuangan ini tidak akan dapat bertahan lama. Mereka selalu mengeluh atas beratnya perjalanan yang mereka tempuh. Mereka pun menolak untuk menunaikan dakwah dengan pelbagai macam alasan agar mereka diizinkan untuk tidak berjuang. Mereka pun berat hati berada dalam perjuangan ini dan akhirnya berguguran satu persatu sebelum mereka sampai pada tujuan perjuangan. Penyakit wahan telah menyerang jiwa-jiwa mereka yang rapuh sehingga mereka tidak dapat menerima kenyataan bahawa kepahitan adalah sebahagian risiko dan sunnah dakwah ini. Malah kesanggupan dalam dakwah mereka tergugat lantaran anggapan mereka bahawa perjuangan dakwah tidak harus mengalami kesulitan.

إِنَّمَا يَسْتَأْذِنُكَ الَّذِينَ لاَ يُؤْمِنُونَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَارْتَابَتْ قُلُوبُهُمْ فَهُمْ فِي رَيْبِهِمْ يَتَرَدَّدُونَ* وَلَوْ أَرَادُواْ الْخُرُوجَ لأَعَدُّواْ لَهُ عُدَّةً وَلَـكِن كَرِهَ اللّهُ انبِعَاثَهُمْ فَثَبَّطَهُمْ وَقِيلَ اقْعُدُواْ مَعَ الْقَاعِدِينَ ) التوبة : 45-46)

“Sesungguhnya yang akan meminta izin kepadamu hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan yang hati mereka (sangat) ragu-ragu. Oleh itu mereka sentiasa bingung teragak-agak dalam keraguannya. Dan kalaulah mereka mahu keluar (untuk turut berperang), tentulah mereka menyediakan persiapan untuknya; tetapi Allah tidak suka pemergian mereka, lalu dilemahkanNya semangat mereka, dan dikatakan (oleh Syaitan): “Tinggalah kamu bersama-sama orang-orang yang tinggal”. (At-Taubah ; 45-46)

Kesetiaan yang ada pada mereka merupakan kayu ukur ampuh untuk menilai daya ketahanannya dalam misi dakwah. Sikap ini membuatkan mereka sentiasa bersiap-siaga untuk menjalankan tugas yang terpikul di pundaknya. Mereka pun dapat menunaikan tugas dengan sebaik-baiknya. Bila ditugaskan sebagai perajurit paling hadapan dengan segala akibat yang akan dihadapinya, ia sentiasa berada pada posisinya tanpa ingin meninggalkannya sekejap pun. Atau apabila mereka ditempatkan pada bahagian belakang, ia akan berada pada tempatnya tanpa berpindah-pindah dan terliur dengan apa yang diperolehi oleh barisan depan sebagaimana yang disebutkan Rasulullah saw. dalam beberapa riwayat tentang pejuang yang baik.

Marilah kita menyelusuri perjalanan dakwah Abdul Fattah Abu Ismail, salah seorang murid Hasan Al Banna yang selalu menjalankan tugas dakwahnya tanpa keluhan sedikitpun. Beliaulah yang disebutkan Hasan Al Banna sebagai orang yang sebaik sahaja pulang dari bekerja, beliau sudah berada di kota lain untuk memberikan ceramah dan kemudian berpindah tempat lagi untuk mengisi pengajian dari detik ke detik secara ‘maraton’. Beliau selalu berpindah-pindah dari satu kota ke kota lain untuk menunaikan amanah dakwah. Akan tetapi, sesudah menunaikan tugas dakwah dengan sebaik-baiknya, beliau merupakan orang yang pertama sekali datang ke tempat kerjanya. Malah, beliaulah yang membukakan pintu gerbang pejabatnya.

Pernah beliau mengalami keletihan hingga tertidur di sofa rumah Zainab Al-Ghazali. Melihat kondisi tubuhnya yang lelah dan penat itu, tuan rumah membiarkan tamunya itu tertidur sampai bangun. Setelah menyampaikan amanah untuk Zainab Al-Ghazali, Abdul Fattah Abu Ismail meminta izin untuk ke kota lainnya. Kerana keletihan yang dialaminya, Zainab Al Ghazali memberikan duit untuk beliau menaiki taksi. Abdul Fattah mengembalikannya sambil mengatakan, “Dakwah ini tidak akan dapat dipikul oleh orang-orang yang manja.” Zainab pun menjawab, “Aku sering ke mana-mana dengan teksi dan kereta-kereta mewah, tapi aku tetap dapat memikul dakwah ini dan aku pun tidak menjadi orang yang manja terhadap dakwah. Karana itu, pakailah duit ini, tubuhmu letih dan engkau memerlukan istirehat sejenak.” Beliau pun menjawab, “Berbahagialah ibu. Ibu telah berhasil menghadapi ujian Allah swt. berupa kenikmatan-kenikmatan itu. Namun, saya khuatir saya tidak dapat menghadapinya sebagaimana sikap ibu. Terima kasih atas kebaikan ibu. Biarlah saya naik kenderaan awam sahaja.” :nangis:

Itulah contoh orang yang telah membuktikan kesetiaannya pada dakwah lantaran keyakinannya terhadap janji-janji Allah swt. Janji yang tidak akan pernah dimungkiri sedikit pun. Allah swt. telah banyak memberikan janji-Nya pada orang-orang yang beriman yang setia pada jalan dakwah berupa berbagai anugerah-Nya. Sebagaimana yang terdapat dalam Al-Quran.

يِا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إن تَتَّقُواْ اللّهَ يَجْعَل لَّكُمْ فُرْقَاناً وَيُكَفِّرْ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ وَاللّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ] الأنفال : 29]

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya ia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar.” (al-Anfal ; 29)

Dengan janji Allah swt. tersebut, orang-orang beriman tetap bertahan mengharungi jalan dakwah ini. Dan mereka pun tahu bahawa perjuangan yang berat itu sebagai kunci untuk mendapatkannya. Semakin berat perjuangan ini semakin besar janji yang diberikan Allah swt. kepadanya. Kesetiaan yang bersemayam dalam diri mereka itulah yang membuat mereka tidak akan pernah menyalahi janji-Nya. Dan, mereka pun tidak akan pernah mau merubah janji kepada-Nya.

مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُم مَّن قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلاً] الأحزاب : 23]

“Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar, menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.” (Al-Ahzab ; 23)

Pernah seorang pejuang Palestin yang telah lama meninggalkan kampung halaman dan keluarganya untuk membuat mencari dukungan dunia dan dana ditemubual; “Apakah yang membuat anda dapat meninggalkan keluarga dan kampung halaman sebegini lama?” Jawabnya, “Kerana perjuangan. Dan, dengan perjuangan itu kemuliaan hidup mereka lebih bererti untuk masa depan bangsa dan tanah airnya. Kalau bukan karena dakwah dan perjuangan, kami pun mungkin tidak akan dapat bertahan,” ungkapnya lirih.

Aktivis dakwah sangat menyakini bahawa kesabaran yang ada pada dirinyalah yang membuat mereka kuat menghadapi pelbagai rintangan dakwah. Jika dibandingkan apa yang kita sumbangkan serta apa yang kita harungi dalam jerit perih perjuangan di hari ini dengan keadaan orang-orang terdahulu dalam perjalanan dakwah ini, belumlah seberapa. Pengorbanan kita di hari ini hanyalah secebis pengorbanan waktu untuk dakwah, secubit pengorbanan tenaga dalam amal khairiyah untuk kepentingan dakwah dan sekelumit pengorbanan harta dari keseluruhan harta kita yang banyak. Cubalah bandingkan dengan pengorbanan orang-orang terdahulu, ada yang disisir dengan sisir besi, ada yang digergaji, ada yang diikat dengan empat ekor kuda yang berlawanan arah, lalu kuda itu dipukul untuk lari sekencang-kencangnya hingga robeklah orang itu. Ada pula yang dibakar dengan tungku yang berisi minyak panas. Mereka dapat mengharungi kegetiran ini kerana kesabaran yang ada pada dirinya. :nangis:

Kesabaran adalah kubu pertahanan orang-orang beriman dalam meniti perjalanan ini. Bekal kesabaran mereka tidak pernah berkurang sedikit pun kerana keikhlasan dan kesetiaan mereka pada Allah swt.Bila kita memandang kehidupan generasi pilihan, kita akan temukan kisah-kisah rang yang menakjubkan yang telah menyuburkan dakwah ini. Muncullah pertanyaan besar yang harus kita tujukan pada diri kita saat ini, “Apakah kita dapat menyemai dakwah ini menjadi subur dengan perjuangan yang kita lakukan sekarang ini atau kita akan menjadi generasi yang hilang dalam sejarah dakwah ini?”

Ingat, dakwah ini tidak akan pernah dapat dipikul oleh orang-orang yang manja. Ketabahan, keseriusan dan kesungguhan aktivis dakwah merupakan kenderaan yang akan menghantarkannya kepada kejayaan dan kegemilangan. Semoga Allah menghimpunkan kita dalam kebaikan. Wallahu’alam.

Adaptasi dari tulisan : Drs. DH Al Yusni
Baitul_Irfan yahoogroups :)

warming up fasa pertama

Sunday, May 9, 2010
BismilLahir ar-rahman ar-rahim.

selawat Fatih. sumber.

Situasi 1

“Suami makcik, garang dengan hukum. Dan makcik ajar anak-anak pun begitulah. Nak ajar, perlu dengan ilmu. Bab-bab hukum memang perlu bertegas, sampaikan suami makcik pernah ugut anak makcik bila dia buat salah, kalau ada hukum boleh bunuh anak, aku bunuh dah kalau buat begini. Haaa, macamtu garang suami makcik. Hukum ni awak, tak boleh buat main.”

Situasi 2
Di suatu majlis ilmu, saudara itu bangun lalu bertanya soalan,
“Ustaz, bagaimana untuk kita menyampaikan dakwah kepada orang sekeliling?”
“ Al-Islam un-Nur. Bagi Nuur padanya, bagi cahaya.”
Aku menelan air liur. Ringkas jawapannya, tapi penuh makna.

Situasi 3
Dalam majlis yang sama, rakan sebelah saudara tadi bangun lalu mengangkat tangan untuk bertanya, barangkali tak mahu melepaskan peluang emas ni,
“Ustaz, mengapa jiwa ini seringkali tidak rasa kehangatan tarbiyyah walaupun sedang berada bersama-sama mereka yang pernah sama-sama mendapat tarbiyyah?”
“Kalau tak minum air, bagaimana kamu nak rasa air itu?
Jika air itu susah dicari, bagaimana kamu nak hilangkan dahaga tanpa iltizam dan usaha bersungguh-sungguh?
Sekali lagi aku terpempan. Jawapan ringkas mencuit hati. Aku tekun mendengar.
Ustaz sambung lagi,
“ Seorang Muslim itu, ada syakhsiahnya, ada identitinya, ada akhlaknya.”
Hatiku mengiyakan.

Situasi 4.
Dalam bas, dalam perjalanan pulang ke rumah.
“Akak, saya nak bagitahu sesuatu boleh?”
“Boleh boleh.. sila sila”
“Saya teringin nak jadi macam akak.”
“Ha?” Aku pandang diri ku. “Macamana?” tanyaku sambil menghirup air mineral.
“Macam akak la. Bertutup semua.”
“Mulakanlah” jawabku dengan sedikit terkejut.
(..cerita ni ada sambungan... iAllah ada rezeki aku sambung)

Situasi 5
"Hidupkan rumah kita dengan Al-Quran. Nanti kat kubur sok, dia tolong kamu. Saya riso sangat kubur. Kubur tu nanti kite sorang-sorang"
Jemaah diam. Tok menambah.
"Kalau doa, jangan mintak kaya. Nak buat ape duit banyak, boleh ke kamu nak bawa mati..?"
Mungkin kerana perasaan hormat kerana tok lebih tua dari para jemaah dan tok merupakan tok guru pada semua, jadi semua jemaah menerima dengan hati yang terbuka. Kadangkala tersindir juga dalam diam, hu.

Alhamdulillah, sebulan cuti telah berlalu dengan beberapa perkara penting. Macam-macam nasihat dan suntikan semangat dah diterima, sekarang tinggal masanya untuk berperanan.

Renunglah sedalam-dalamnya langit biru itu, juga segala keindahan nikmat kurniaan Tuhan, dan muhasabahlah berapa sangat keringatmu untuk memakmurkan bumi ini sebagai khalifah-Nya, Huda.

Jika sampai hidayah itu datang mengetuk pintu hati, terimalah dan peganglah bersungguh-sungguh. Khuatir hidayah itu hilang dan tidak kembali lagi di tengah kesakitan zaman kini.

I'tibar dari cerita di atas:
1. Perlu garang dan lebih garang dengan hukum. Tiada manja-manja. No pain, no gain.
2. Jiwai tarbiyyah, tekuni dakwah.
3. Jiwai tarbiyyah, tekuni dakwah.
4. Terlampau banyak tanggungjawab ke atas orang sekeliling.Islam yang sampai tidak diamal dan dihayati. Mungkin banyak halangan dan tekanan yang dihadapi, who knows. ?
5. Quran. Quran. Quran. Quran dan akhirat.

Semoga baki cuti 2 bulan lebih rancak, insyaALLAH... Selamat untuk semua,,

seuntai kata untuk dirasa

Tuesday, May 4, 2010

Nasihat itu perlu. Bukankan Islam itu menganjurkan nasihat?

Hati perlu ditegur. Biar celik dari kehitaman maksiat dan nafsu.

Dan sekali lagi hatiku di "heart wash" . Terima kasih kepada yang sering menasihat. Nasihatlah, nasihatlah banyak-banyak, walaupun hati ini acapkali degil. Hatiku berbesar hati, tanda masih ada mereka yang prihatin, dan tanda masih ada rahmat Allah untukku.Inilah yang senior2 pesan dulu di musolla sekolah semasa majlis ilmu, teguran itu tanda masih ada rahmat Allah untuk kita. tQ, tQ...


Cawan yang kosong jika tidak diisi dengan air pasti terisi dengan habuk atau pun bendasing-bendasing yang tidak diperlukan badan sebenarnya.

Rumah yang kosong dari zikir dan bacaan Al-Quran itu bagaikan kubur-kuburan. Itulah perumpamaan yang dilarang Baginda supaya kita tidak mengosongkan bilik-bilik dan rumah kita bagaikan kuburan yang tiada lagi kedengaran zikir dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.


Cuti yang kosong dari pengisian, begitulah juga boleh melahir dan menghasilkan insan yang kaku dan terisi oleh anasir-anasir yang membekukan minda dan menyejukkan semangat bahawasanya hidup ini adalah satu perjuangan, boleh melupakan kita bahawa hidup ini adalah ikatan Aqidah dan perjuangan.


Ikatan Akidah yang kita ikat dengan Allah di Luh Mahfuz di suatu ketika dahulu, yang kita semua pelajari didalam slot-slot pendidikan Islam kita bahawasanya kita hidup demi satu KALIMAH terangkum dua penyaksian. La ilaha illallah, Muhammadu rrasulullah. .

Dengan kalimah ini kita diazankan sewaktu lahir ditelinga kanan, dengan kalimah yang sama kita diiqamatkan disebelah kiri sehingga akhirnya kita pasti PERGI dan disolatkan juga terisi penuh pembuktian terhadap dua kalimah ini.

Dengan itu sedarkah kita kalimah itu adalah kalimah tauhid, kalimah aqidah, kalimah syahadah yang memerlukan pembuktian, memerlukan pengEsaan, menuntut penyaksian. Kerana apa? Kerana kita hidup dengan kalimah itu, demi menegakkan kalimah itu, dan kita pasti mati walaupun kita berjuang atau pun tidak demi kalimah itu.

Cukupkah dengan bangun tidur bangun setiap hari tanpa ada jasa buat kemenangan Islam? Biarlah orang lain bercuti tanpa terisi, jangan kita mengikut jejak tradisi.



Akhir sekali, ayah berpesan...

"Ilmu itu untuk diamal. Amal untuk beriman. Banyak ilmu, tiada amal, tiada gunanya. Dah berilmu, jadi tanggungjawab untuk beramal.."

Pesanan keramat! Allahu Allah... tQ tQ kepada semua... barakALLAH...

Cerpen : "Ana sudah bertunang"

Thursday, April 22, 2010
sumber : diambil dari emel =) terima kasih kepada sahabat.

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu.


Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada.

Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.



Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini.

Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam.

Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.



Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.



Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"



Aku menjawab tenang..

"Warna putih, bersih..."



"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.



Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah.

”Malam Pertama...” Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.



Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran.

Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.



"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."



Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.



"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah.



Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.



"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..."

Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.



"Jemput ana tau!"

Khalilah tersenyum megah.



"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak! "Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.


"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."


Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya.


Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.



"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."


Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.





............ ......... ......... .........








"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."


"Tenangnya.. . Subhanallah. Allahuakbar. "


"Ya Allah, tenangnya... "


"Moga Allah memberkatinya. ..."


Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.



Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.

Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.

Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.



Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku...

Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi.

Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."





Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab...

"Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar. .."

Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut...

"Ini nak, bukunya."

Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan.. ."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.



"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."





* Kisah ini bukan kisah ana , ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca/tak) *


Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat ana memakai cincin. Kerana, ana sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila ana akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN.

Wallahua'lam.

Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.

Setidak-tidaknya, Insyirah (watak di atas) sudah 'membeli' baju pernikahannya. .. Arh... Untungnya Insyirah.

~ Kullu nafsin za'iqatul maut ~