200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

Laparoscopy di Hospital Pantai

Saturday, July 18, 2020
Assalamu’alaikum wbt.. 

Alhamdulillah saya selesai pembedahan kecil Laparoscopy bersama Dr Hamid beberapa minggu lepas. Di sini saya nak kongsikan beberapa tips bagi persediaan puan/tuan terutama bagi yang merancang untuk melakukan di Hospital Pantai. Hospital Pantai ni hospital swasta, biasalah hidden charge tu banyak. Jadi kena hati hati dan penting ada sedikit gambaran apa yang akan kita lalui di sana:   

1. COVID TEST - Disebabkan musim PKP belum habis, kita diminta untuk menjalankan covid test terlebih dahulu. Seeloknya minta buat covid test sebagai inpatient. Means register dulu di kaunter admission. Saya tak tahu, jadi saya walk in sebagai outpatient dan kena bayar rm308 untuk covid test. Kemudian saya keluar kejap ke TDMC dan baru admit. Masa bayar bil, baru tahu bayaran untuk covid test inpatient adalah rm190 sahaja lepas diskaun. Jadi kat situ kalau tahu lebih awal dah boleh jimat rm118.   

2. REGISTER AWAL  - Hari pertama admit dah dikira sebagai MC. Jadi, adalah lebih baik untuk datang awal dan register awal. Siapa register awal, boleh pilih bilik single terutama yang dah plan untuk suami stay sekali. Bilik single serendah RM238, kalau takaful cover RM 200, means kena tambah +rm38 je per night. Kalau lambat, pihak hospital akan offer bilik Deluxe Single dengan harga RM388. Means kena tambah +RM188 lah. Tapi ni harga belum diskaun.   Disebabkan saya check in petang, jadi saya dapat bilik Deluxe Single tu. Walaupun kena bayar lebih, kami puas hati dengan bilik yang besar dan selesa. Syukur rupanya bila dapat bil, ada diskaun lagi hospital bagi.  Total: ~RM250 (termasuk caj lain)  

3. PARKING - Parking hospital swasta di KL ni bukan percumaً ya untuk pesakit macam negeri lain. Cost incurred by patient. Sehari parking (lebih dari beberapa jam) RM15. Kalau 3 hari 2 malam RM30.  Total:RM30  

4. SEBELUM PROSEDUR  - Dr akan encouraged kita untuk minum milo panas sebelum puasa. Kos milo peket akan masuk dalam bil, dalam RM4.50. Ada juga kos-kos lain yang akan kita tanggung seperti item pakai buang yang lain. Total: Rm30

  5. SELEPAS PROSEDUR - Dr akan bagi surat rujukan ke kecemasan untuk cabut benang jahitan pada hari ke 10-14. Pada awalnya kami kurang jelas tentang kos tersebut, sama ada dah masuk dalam bil ke belum. Bila kami sampai ke kecemasan, kami dimaklumkan awal bahawa kos cabut benang dalam Rm300 kerana Dr yang akan attend adalah dr yang berbeza. Saya agak terkejut dan pilih untuk pergi ke klinik luar. Caj di klinik luar RM65 - mungkin sebab set sterile yang digunakan. Doktor agak terkejut sebab jahitannya sikit je, kesan tebuk 3 tempat. (Bukan luka dari potongan kulit yang yang panjang) Total: RM65  

6. Bil - Kos prosedur saya hampir 98% ditanggung oleh PruBSNTakaful. Alhamdulillah ni 1st time saya claim dan memang tak sangka akan guna untuk sesuatu yg besar. Pada yg belum ambil, boleh usha2 kawan2 ejen terdekat untuk ambil takaful sebagai perlindungan kita.   

7. Servis Hospital - Servis terbaik Attachment.png. Sangat selesa dan memudahkan pesakit. Lagi-lagi masa lepas prosedur, kita akan rasa pening dan loya. Bilik single memang privacy dan selesa. Sekalung penghargaan dan terima kasih yang tak terhingga buat team doktor, jururawat dan staff wad D3 Hospital dan juga di TDMC yang membantu urusan saya dan semua pesakit dari awal sampai akhir.   

Semoga setiap usaha & pengorbanan semua bakal ibu dan ayah yang tengah TTC dimudahkan. 🙂💪🏻  


Pesan mak saya: 
Tiada usaha yang tidak dilihat-Nya 
Tiada doa yang tidak didengari-Nya 
Segalanya cepat atau lambat
inshaAllah akan berhasil

 #ttcwarrios


0 thoughts from optimists:

Post a Comment