200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

Laparoscopy... the day. 02.07.2020

Thursday, July 2, 2020
Assalam..

Harini hari untuk laparoscopy.. dengan dr Hamit arshad.. Pagi ni dah diberi Fleet Enema.. Nurse kata dalam 5 minit pergi tandas ye... Tapi aku rasa dalam 30 saat je bowel dah memulas.. banyak ubat tu je keluar diikuti hasil pelaburan..🤭

Alhamdulillah aku lebih tenang dan bersedia.. Pagi tadi banjir juga masa tahajud.. tenang dan positif itu penting.. syukur suami ada di sisi.. peranan suami dan orang terdekat sangat penting untuk bagi moral support...

Nanti aku lengkapkan cerita.. pengalaman laparoscopy bersmaa Dr Hamit Arshad.


DETIK PERMULAAN
Sebelum aku jumpa Dr Hamit, aku ada berjumpa dengan 2 orang doktor di kampung. Tapi atas nasihat kakak, “Di KL dah ada doktor yang betul dipercayai,  kenapa tak jumpa Dr Hamit?”
Jadi lepas bincang punya bincang, kami decide untuk pergi jumpa Dr Hamit. Kawan kawan yang TTC lebih setahun pun jumpa Dr Hamit. Jadi kat situ pun dah ada dorongan  kawan-kawan dan keluarga. Abang kata, mahal pun takpe, kita simpan duit skit skit.. Duit boleh dicari, tapi rezeki anak kena usaha. 😭 terharu sangat aku masa ni..

RANCANG TEMUJANJI.
12 Jun 2019
Cara appoinment adalah dengan cara emel kepada Klinik Dr Hamit. Temujanji yang diberi dalam sebulan setengah iaitu 24 Julai 2019 di Pusat Perubatan Taman Desa, Kuala Lumpur. Cara buat temujanji ni sangat convenient, kita perlu tunggu emel je. Waiting list takde la berbulan2 atau sampai setahun macam orang lain ingat. Syukur kami dapat tarikh dalam sebulan setengah je.

24 Julai 2019
Step pertama yang dibuat adalah Transvaginal Scan (TVS). Sebab dengan scan ni je boleh detect dalam rahim ada cyst ke fibroid ke normal. Ultra sound biasa tu memang tak boleh detect ye. Jadi 2 doktor yang aku pergi sebelum ni, dia buat ultra sound dulu awal-awal tu, jadi tak boleh rely sangat. Jadi keputusan TVS aku normal, rahim clear Alhamdulillah😄 Lab result abang pun kami bagi Dr Hamit baca, lab test dah buat di kampung tapi kami tak continue dengan doktor lama tu, n Dr Hamit cakap semua normal. So abang dan aku normal, kami happy sangat sebab terlepas dari banyak fikiran-fikiran negatif yang kami ada masaah kesuburan. So balik tu abang belanja aiskrim Baskin Robbin😃

Kos: RM300 tak masuk ubat


26 September 2019
Step seterusnya, Dr Hamit minra buat X-Ray atau nama lain HSG (Hysterosalpingogram) Test di Daya Xray Centre ditengah-tengah bandar Kolumpo. Yang ni alhamdulillah husb pun takde masalah nak teman. Result HSG menunjukkan 1 tiub okay dan 1 tiub kurang okay. Pakar XRAY masukkan dye biru nak tengok tiub ok tak. Masa HSG tu seriau jugak. Dr quite garang, dia kata kalau gerak,
test failed, I tak nak tolong you🤭 Dia buat macam ketuk besi bagai nak bagi masuk ikut bawah. Serius ak rasa macam kene hammer😂 Staff nurse yang ada kat situ kata, HSG ni boleh juga buka jalan. I’m oraying for your pregnancy. Staff nurse yang indian tu sangat supportive. Bila da siap kami pun balik alhamdulillah. Dapat MC sehari. Malam tu, badan bloting gila-gila mungkij sebab kesan dye yang ada dalam badan tu.

Selepas dapat result, kami emelkan pada klinik Dr Hamit untuk tarikh temujanji seterusnya. Tarikh yang kami dapat ialah pada 6 November 2019. Tapi kami reschedule ke bulan 1/2020.

Kos: ~RM300

Januari 2020
Dipendekkan cerita, doktor suggest buat laparoscopy. Jadi tarikh akhir yang kami decide adalah pada bulan 7.

-to be continue-

0 thoughts from optimists:

Post a Comment