200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
  • suatu lakonan sementara

    waktu itu sentiasa dekat

  • Mencari jalan pulang

    "Wahai orang2 beriman, jagalah dirimu; kerana orang yang sesat itu tidak akan membahayakan dirimu apabila kamu telah mendapat petunjuk" (al-Maidah: 105)

  • Sabar

    (3 : 200 ) Sabar dan kuatkan kesabaranmu, dan bersiap siagalah

  • Jangan engkau marah

    La taghdob, be the strongest person on earth

  • Harta tak akan di bawa mati

    Sok sok Mungkar Nakir soal dalam kubur

Showing posts with label AYAH. Show all posts
Showing posts with label AYAH. Show all posts

Doa n amalan barang hilang.

Thursday, April 12, 2012
Alhamdulillah. Punya kawan2 yg sudi panjang2kan ilmu dari ustaz dan murabbi.
Berhajat buh sini untuk senang rujuk lepas2 ni..


1. Dari Us Muhadir
Mula2 solat hajat,selepas salam baca dengan yakin:
YAA ALLAHU YAA SHAAHID( Ya Allah Yang Maha Melihat) sebanyak 100kali.

Kemudian baca doa ini :
'' Ya Jaamia'an Naasi Li Yaumil Laa Raiba Fiih, Ijma' 'Alayya Dhoollatii (Ya ALLAH,Yang Mengumpulkan Manusia pada hari yang tidak ada keraguan padanya,kumpulkanlah apa2 yang hilang kepadaku semula''

2. Dari Akh Ikhwan.



Sedikit sebanyak kisah ttg doa ni.. ihsan blog sdr ikhwan
Doa ini diajarkan oleh Tuan Guru Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki hafizahullah semasa pengajian kilat kitab Bustanul Arifin di Alor Setar Kedah.

Berkaitan doa ini, pengarang kitab Bustanul Arifin (iaitu Imam Nawawi): Sebenarnya doa ini telah saya cuba maka saya mendapatinya sangat bermanfaat dan menjadi sebab untuk mendapatkan barang yang hilang dengan tidak lama mencarinya. Dan saya juga telah mendengar dariapda Syeikh al-Hafizh Abu Baqa' seperti perkataan ini dan beliau yang mengajarkannya kepadaku sejak dahulu lagi.

Penterjemah kitab ini, iaitu Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam sendiri mengakui bahawa insya Allah doa ini sangat mujarab kalau hilang barang. Ustaz Fahmi sendiri pernah kehilangan barang, dan berkat membaca doa ini, dikembalikan barang tersebut.


Doa ini diskan daripada kitab terjemahan Bustanul Arifin oleh Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam dan diedit.

"Beramallah dengan keyakinan, dan sedarlah diri kita sedang memohon daripada Pemilik segala perkara tiada berkecuali."

3. Dari seorang Ustaz
Doa yg lebih lengkap
Doa yang lengkap seperti yang tersebut dalam kitab Guru Mulia Habib Zein:
اَللَّهُمَّ إِنَّكَ تَعْلَمُ أَيْنَ ضَالَّتِيْ وَ أَيْنَ ضَلَّتْ اَللَّهُمَّ يَا رَادَّ الضَّالَّةِ وَيَا هَادِيًا مِنَ الضَّلاَلَةِ وَيَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اِجْمَعْ عَلَيَّ ضَالَّتِيْ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui dimana berada barangku yang hilang dan dimana ia hilang. Ya Allah, wahai Tuhan yang mengembalikan barang yang hilang, wahai yang memberi petunjuk dari kesesatan, wahai yang menghimpunkan manusia pada hari yang tidak ada keraguan padanya, himpunkanlah (kumpulkanlah) padaku barangku yang hilang, sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu

Petua lain
Ini sedikit petua cara untuk mengembalikan barangan yang hilang sebagaimana yang terdapat di dalam kitab Guru Mulia Habib Zein BinSumaith yangtelah beliau ijazahkan secara khusus kepada al-fagir. Ada dua cara
1 - baca surah adh-Dhuha di empat penjuru pada tempat barang tersebut hilang, setiap penjuru baca 1x, setelah itu bacakan doa di atas. InsyaAllah, barang yang hilang akan ditemui kembali.


Moga ni kali terakhir walletku hilang.. Serik dengan benda begini.
(Sila usaha keras utk tidak ulang lagi, kalau tak, sila tadah telinga dengar  brainwash dr ayah...)

Namun ku yakin, segala apa yg berlaku ada hikmah dan pengajaran.
Maha Suci Allah dr jadikan ssuatu yg sia2.
Ade beberapa ilmu baru dapat ku cedok.
Jangan cepat berserah bahawa barang kita boleh hilang begitu sahaja.
Guna akal untuk fikir.

Namun pada yg melihat, ambillah pengajaran banyak dr kejadian ini.
Biarlah bahuku seorang yg menanggung, 
kerana Dia tahu musibah bagaimana utk mtarbiyah ku..
Smoga kita semua dijauhkan dr musibah2 yg tak diingini.
Salam tulus ikhlas.

kredit tuk along fatimah, adik hidayah, saudara ikhwan dan ustaz2/murabbi mereka.


p.s. Satu benda yg takleh lupe masa kejadian, sorang kawan cakap.. "Huda,teringat name blog awak". Sbb nama blo dulu carefulness. (nampaknya usaha menjadi careful belum berjaya dengan kes kehilangan ini  =.= *mood down*) Duh. Macam kena hempap batu je. Haha... Adeh2, sempat lagi kenakan saya. Lepas ni nak tukar name blog la. Name blog lame ni ilham abang, sayang pulak nak tukar. *akhirnya dari carefulness dah tukar jadi chang* jom hijrah:)

Pelan tawan hati mak ayah

Tuesday, September 6, 2011
Berbaki seminggu.

Dah cukup tawan hati mak ayah?

Ah. Of coz belum.

Hari raya mintak maaf pun... main-main...

Ish rugi... Sape suh main2..

Dipetik dari Us Hasrizal Abdul Jamil.Di satu peringkat, kita anak-anak sering
berusaha untuk memberi kepada ibu bapa apa-apa yang diharap boleh
menyelesakan orang tua. Kerusi OSIM, katil, kereta, tv, dan sebagainya. Walhal apa
yang ibu bapa itu harapkan hanyalah sesuatu yang amat kita semua ada dan
mampu, tetapi paling sukar untuk diberi, iaitu telinga yang mendengar, pipi untuk dicubit, cuping untuk dipulas, mulut ringan untuk bersembang dan hati yang mengasihi serta memberi perhatian..

.................
................
wordless.

Teringat doa imam masjid negara baca pagi raya, doa yang betul2 memuhasabah. Menyebabkan saya serba salah di pagi raya. Terkenang dosa-dosa dan laku yang menyakiti hati terutama hati ibu bapa.

Suatu hari di bulan Ramadhan...mak berkata pada saya,

"Jeles la mak, huda ada handphone baru. Canggih lagi dari mak"

"Err...lah... huda pun jeles dengan mak."

"Sebab pe plak?"

"Sebab mak dah khatam tadarus 2 kali dah."

"Ha,,tau pun!"

"Erk.. hu"


Redhailah kami, mak ayah. Ampunilah kami, atas segala salah laku kami, anak2mu. Segunung emas dan berlian tak dapat menandingi kasih sayang yang telah engkau curahkan kepada kami.. kasih sayang yang tak bertepi hasil percikan kasih sayang Allah..


اللهم غفرلنا ذنوبنا ولوالدي ورحمهما كما ربياني صغيرا..أمين يا رب


Pelan tawan hati mak ayah? Lakarkan sendiri mengikut bahasa cinta mak ayah...

bila ayah berpesan...

Friday, August 5, 2011





si anak malas nak menaip.. mengambil langkah mudah scan n post.. nota yg ayah kumpul dr pelbagai sumber.

Selamat menghidupkan ramadhan

sehangat kasih sayang ayah...

Sunday, April 10, 2011

biarpun dia kurang berkata-kata,
biarpun dia kurang berjenaka,
biarpun dia semakin tua,
biarpun dia telah bersara.

namun sentuhannya cukup membuatkan ku terasa.
oh. lame dah ayah x pegang kepala.
sekali ayah pegang, sampai ke hati rasanya.
terharu T.T

diamnya cukup membuatkan aku mencontohinya..
sering ingatkan aku yg berkatalah yang baik-baik saja..

rajinnya cukup membuatkan aku bermuhasabah..
masa terluang jangan dok tidur dan bazir saja..

cakapnya cukup membuatkan aku menganalisa...
lain kali cakap biar ada isi, nanti duk bebel, hu ha sini sana..

itulah ayah,
seorang dalam duniaku..

sehangat kasih sayang ayah,
dalam seni dia yang tersendiri.

sekali tego mesti sampai punya,
walaupun buat-buat macam pekak telinga.

semoga Allah merahmati.
yeah! semangat tuk study industri ! (=.=) (T.T)

-anak-anak ayah, jangan lupa doakan mereka.-

daripada, saya anak ayah


entri dendam terlerai :)

Wednesday, November 10, 2010


Bismillahi walhamdulillah...

Terasa nak bercerita tentang sesuatu ni... dah lame dah... (itu pasal nama entri dendam terlerai..tak tahan..) tp lepas bace entri yana, menyebabkan jariku2 memuntahkan tariannya di atas keyboard ni... cannot agree more dgn entri yana... (semenjak 2 ni suke ngan ayat ni...aini ajar hehe) saya sangat bersetuju dengan entri yana... dan saya suka :)


sebelum bermula, aku hadiahkan satu mimpi aku... mimpi ni wujud lepas tengok cerita sang pemimpi.

Aaaaa~~~ ...Usrah itu indah..., kata Nurul, seolah2 melepaskan suatu rasa.

Aa? Abdul hairan.

Sebab dari usrah, kita tak belajar benda yang kita belajar dalam kelas...

Usrah itu seronok sangat... dalam nafas ditarik.

Dan Abdul, bertanya...

Sebab?

Nurul senyum..dan jawab... Sebab usrah ni satu jalan yang mentarbiyah, bukan mengajar kite...

Lalu, akan ada lagi soalan... apa plak beza tarbiyah dan ta'alim (mengajar)???

Lain, sangat lain... Jangan dilupa yang tarbiyah itu dari arab asalnya, ada ra dan ba di situ... rab namanya.. tarbiyah ada direct link dengan Allah.. sstu yg menjadikan kita lebih baik.. bukan sesuatu yang menambah ilmu macam mengajar...

Namun begitu, ikhwanul muslimin turut meletakkan ta'alim (mengajar) sebagai subset untuk tarbiyah...

Tarbiyah adalah cara didikan Islam... cara didikan dengan tarbiyah akan melahirkan akhlak... bukan manusia yang pandai tapi akhlak yang jauh menyimpang... bukan manusia yang belajar agama untuk peperiksaan... belajar P.A.I untuk spm... bukan manusia yang seronok dengan kuasa... bukan manusia yang boleh buat undang2 sendiri dengan kuasa yang ada... tetapi, manusia yang mempunyai sifat ihsan... yang pekerjaanya adalah ibadah, di mana ibadahnya seolah2 Allah sedang melihatnya.. yang mana segalanya menuju Tuhan... sedar dunia dan sebagainya adalah alat, dan dunia selepas ini adalah matlamat...dan bukan manusia yang bertuhankan wang, harta, dunia dan isi-isinya... AstagfiruLlah, Masya Allah cantik hidup ni Allah buat...

"Eh eh, macamane aku boleh luahkan kat sini pula?" terpinga Nurul.

"Sebab kau rindu..." Abdul menjawab.

"Em... Mungkin..."...






Alhamdulillah, segala puji Allah Rabb sekalian alam, Yang maha mengetahui segala yang berlaku, telah lepas, dan akan datang. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia, Nabi Muhammad s.a.w. Cerita kat atas muqaddimah je, muqaddimah yang lahir lepas baca entri yana. tetiba aku rasa rindu sangat kat satu perkataan ajaib iaitu "tarbiyah". Aku 100x bukanlah insan yang layak untuk berbicara tentang tarbiyah, namun aku ini adalah antara seorang yang bertuah menerima percikan tarbiyah itu sendiri. Tarbiyah banyak mengajar aku. Tarbiyah mengajar sisi pandang (worldview) atau cara hidup (lifestyle) yang tak berubah ikut suasana, tapi tarbiyah kembali mengajarku mengenal dasar (aqidah) sebelum akal membuat keputusan. Tarbiyah akan melahirkan kita yang berpendirian, bukan sekadar ikut-ikutan... nampak ramai sokong, ikut... nampak orang mengeji, ikut keji jugak...

Em... Bagaimana tarbiyah itu lahir? Sudah tentu dari individu-individu yang mengenal dan menghayati aqidah, ibadah, dan akhlak... asas2 agama... Dan, selalunya, usrah adalah satu medium yang signifikan untuk melahirkan tarbiyah di peringkat individu.. (aduyai, skima gila..)

Ok... Sokmonye, kalau individu dari usrahlah.. tapi kalau dr segi kolektifnya, banyak cara... baitul muslim..(ehem2..) mujtama' muslim, daulah, dan khilafah... ingat tak piramid..? kalau x ingat, xpelah, kita simpan tepi dulu...

Kadang-kadang, pernah aku terfikir... korang pernah terfikir tak... dek kekalutan dunia, negara, dan persekitaran, setiap orang dah tiba masa untuk bicara soal perjuangan (betul kata dr wan..walaupun dia sebut sebagai bahan tawa je dalam kelas)... perjuangan di sini luas definisinya... perjuangan diri dan agama... kalau back to basic, kuatkan jati diri Muslim.. sebab kita tak punya masa... ancaman datang dan datang lagi... tak berhenti-henti... ia datang setiap masa dan datang dengan pelbagai bentuk.. yang lebih kasihan sampaikan kita tak sedar, bahawa yang datang itu ancaman dan ujian... tp kite m'anggapnya sbg rahmat dan seronok dengan kehadirannya... Allahu Allah...

Semoga dengan bermethodkan usrah, jiwa kita akan lebih segar tentang what is the purpose of our existence, bla3. Ayah aku pesan (ayah dia lagi..), ade bagusnya time-time belajar ni, at least luangkan masa dengan aktiviti2 ilmu dan usrah, at least ada bahagian2 Islam yang diisi dan menghibur ke dalam jiwa, [esp kat sisters.. sebab nanti zuriat2 penerus agama kita akan keluar dari uterus kita... baik ibunya, baik zuriatnya.. (ehem2...) he..] part amal tak amal tu... terserah pada kita, moga2 Allah bagi kekuatan untuk amalkan ilmu-ilmu yang kita ada... amin3.. At least, kita mampu menilai yang mana baik buruk hok Isle ajar... ( mcm tok guru nik aziz kate...) , doh dalam doa qunut pn, kito mitok berkat sano sini, kalu dapat rezki, berkat, dapat anak, anak hok berkat, dapat kerja, kerja berkat, dapat suami, berkat blako, isteri pun.. (ni pun TGNA cakap... dalam ceramah 10 minit respons pasal isu mat deris baru2 ni...amik dr fb)

Maafkan aku atas keterlanjuran kata-kata, tersilap bicara, terlebih di mana2, aku hanyalah insan yang hidup matiku diuji dan diperhitungkan. Smg dengan peringatan yang sedikit ini, aku akan lebih diingatkan tentang-Nya dan untuk-Nya sebelum nyawa pinjaman dipulang semula, semoga Allah memberkati kita semua... Wallahu'alam, Wassalam.


'ikat hati dengan aqidah ~ kunci tarbiyah...'
'clap your chest ask your faith not your taste...' (pinjam quote jap sahabat...)



last................ nah amik gambar ni.
kredit gambar utk team FRC UIA PJ 0910. Thank u!


cukup 8 orang.. saya cop KAKA...



u got many.

sugar shortage?!

Wednesday, May 19, 2010
Bismillah...

Di suatu kawasan kampung yang terletak di Maran, sahabatku bertanya,
"Huda, awak wat air pakei gula mane?"
"Aaa? Gula pakcik tu."
"Nak skit bleh? Kitorang puas cari kat kedai, gula habis."
"GULA HABIS?" tanyaku.

Di dalam suatu farmasi di bandar Kuantan, kedengaran berita pagi dari celah-celah corong radio yang tersorok, pemecah kesunyian di dalam premis tersebut.
"Dilaporkan gula tiada di kedai-kedai di sini (ade la negeri2 berkenaan).." ulas penyampai berita.
Terdapat sorang dua orang awam berpendapat,
"Pueh, makcik cari, agak-agaknyer ade orang sorok... susoh la gula xde.."


Antara perbualan seorang kakak pembantu farmasi dengan seorang budak mentah, diperihalkan dari sebuah akhbar, kalau nak beli gula pun kena tunjuk surat nikah.
"Aik? Nape dia nak tengok surat nikah? Kalau orang x kahwin tak bleh beli gula ke?" tanya budak itu.

"Entahla da.. tapi orang tu kene balik umoh balik, amik surat... dan pastu die wat laporan polis, sebab peniage tu mintak bende pelik-pelik.."
"Kat Kuantan pun, gula kene catu. Sorang bleh beli 2 je... Kat pasaraya dot dot.."
"Hmmmmm...ish...."

Allahuakbar. Ayah pernah beritahu tentang pendapatnya yang gula akan susah nak beli, dan harga barang akan naik. Bleh lawat entri ini Berkadar langsung. Sesungguhnya semuanya dalam perkiraan dan pemerhatian Allah... Maka, beruntunglah orang-orang yang jujur...

Al faQirah,
Kuantan,
6.56 pm

seuntai kata untuk dirasa

Tuesday, May 4, 2010

Nasihat itu perlu. Bukankan Islam itu menganjurkan nasihat?

Hati perlu ditegur. Biar celik dari kehitaman maksiat dan nafsu.

Dan sekali lagi hatiku di "heart wash" . Terima kasih kepada yang sering menasihat. Nasihatlah, nasihatlah banyak-banyak, walaupun hati ini acapkali degil. Hatiku berbesar hati, tanda masih ada mereka yang prihatin, dan tanda masih ada rahmat Allah untukku.Inilah yang senior2 pesan dulu di musolla sekolah semasa majlis ilmu, teguran itu tanda masih ada rahmat Allah untuk kita. tQ, tQ...


Cawan yang kosong jika tidak diisi dengan air pasti terisi dengan habuk atau pun bendasing-bendasing yang tidak diperlukan badan sebenarnya.

Rumah yang kosong dari zikir dan bacaan Al-Quran itu bagaikan kubur-kuburan. Itulah perumpamaan yang dilarang Baginda supaya kita tidak mengosongkan bilik-bilik dan rumah kita bagaikan kuburan yang tiada lagi kedengaran zikir dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.


Cuti yang kosong dari pengisian, begitulah juga boleh melahir dan menghasilkan insan yang kaku dan terisi oleh anasir-anasir yang membekukan minda dan menyejukkan semangat bahawasanya hidup ini adalah satu perjuangan, boleh melupakan kita bahawa hidup ini adalah ikatan Aqidah dan perjuangan.


Ikatan Akidah yang kita ikat dengan Allah di Luh Mahfuz di suatu ketika dahulu, yang kita semua pelajari didalam slot-slot pendidikan Islam kita bahawasanya kita hidup demi satu KALIMAH terangkum dua penyaksian. La ilaha illallah, Muhammadu rrasulullah. .

Dengan kalimah ini kita diazankan sewaktu lahir ditelinga kanan, dengan kalimah yang sama kita diiqamatkan disebelah kiri sehingga akhirnya kita pasti PERGI dan disolatkan juga terisi penuh pembuktian terhadap dua kalimah ini.

Dengan itu sedarkah kita kalimah itu adalah kalimah tauhid, kalimah aqidah, kalimah syahadah yang memerlukan pembuktian, memerlukan pengEsaan, menuntut penyaksian. Kerana apa? Kerana kita hidup dengan kalimah itu, demi menegakkan kalimah itu, dan kita pasti mati walaupun kita berjuang atau pun tidak demi kalimah itu.

Cukupkah dengan bangun tidur bangun setiap hari tanpa ada jasa buat kemenangan Islam? Biarlah orang lain bercuti tanpa terisi, jangan kita mengikut jejak tradisi.



Akhir sekali, ayah berpesan...

"Ilmu itu untuk diamal. Amal untuk beriman. Banyak ilmu, tiada amal, tiada gunanya. Dah berilmu, jadi tanggungjawab untuk beramal.."

Pesanan keramat! Allahu Allah... tQ tQ kepada semua... barakALLAH...

berkadar langsung

Saturday, May 1, 2010





Satu petang...

'Ayah nak minum air ape?'

'Kopi O..'

'Nah ciap dah. Manis x?'

'Bolehla..'

'Hihi.. orang memang tak suka buat manis-manis. 3 sudu ke 4 entah.'

'Gula jangan letak banyak-banyak... X lame lagi naikla harga gula..'

'Ha? Bukan baru naek jadi rm1.60 ke?'

'Naik lagi nanti..'

'Mane ayah tahu?'

'Dah kan ade tumpahan minyak kat AS...'

'Abih tu?'

'Bila diorang susah dapat gula, bekalan rendah, permintaan tinggi, harga pun naik la... '

'Aik? Kita beli gula dari AS ke ayah? '

'Tak, tapi mereka kawal... semua barang pun pusat kat situ, tokei besar barang2 kat situ. Gula terus je hanta dari negara lain ke negara destinasi. Tapi urusan keluar masuk orang kat sana yang kawal...'

'OooOooooooo...' orang dangkal ilmu ber O panjang tanda baru faham.

simpul panjang :
bencana alam di A.S berkadar langsung dengan kenaikan harga barang dunia.
kenaikan harga barang berkadar langsung dengan beban kepada masyarakat/ orang awam.
beban ke atas orang awam berkadar langsung kadar kemiskinan.
kadar kemiskinan berkadar langsung dengan kekufuran.
(ada fuqaha menyebut "Kemiskinan itu hampir kepada kekufuran” )

simpul pendek :
cuba fikirkan... feel free to drop your answers at comment box..

p.s : Petikan perbualan seorang anak dan seorang ayah. Ayah yang terbaik di dunia buat saya :)





Semoga ALLAH memberkati umur ayah dan anak-anak dan keturunannya, dan mendekatkan kami dengan syurga dan nikmat2nya melalui perbuatan, percakapan, niat, dan i'tikad. AMEEN.....

Tombo hati

Tuesday, July 7, 2009


Opick - Obat Hati


Tombo ati iku limo perkarane
Kaping pisan moco Qur'an lan maknane
Kaping pindo Sholat wengi lakonono
Kaping telu wong kang sholeh kumpulono
Kaping papat kudu weteng engkang luwe
Kaping limo dzikir wengi engkang suwe
Salah sakwijine sopo biso ngelakoni
Mugi-mugi Gusti Alloh nyembadani

Koor :
Tombo ati iku limo perkarane
Kaping pisan moco Qur'an lan maknane
Kaping pindo Sholat wengi lakonono
Kaping telu wong kang sholeh kumpulono
Kaping papat kudu weteng engkang luwe
Kaping limo dzikir wengi engkang suwe
Salah sakwijine sopo biso ngelakoni
Mugi-mugi Gusti Alloh nyembadani

Obat hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Quran dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perpanjanglah
Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Gusti Alloh mencukupi

Koor :
Obat hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Quran dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perpanjanglah
Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Alloh Taala mencukupi
Moga-moga Alloh Taala mencukupi

powered by lirik lagu indonesia

Hati perlu diubat, membersihkan hijab dari Ilahi.
Kan kita kenal diri. Nafsu ditunduki, iman mewarnai.
Itulah perasaan yang tak ternilai, tak tertanding dengan dunia dan isi-isinya.
Halawatul iman dinikmati...

oh, aku rindukannya....!

Tika jauh dari-Nya, hati sentiasa memberi alarm...
Tika berkhalwat dengan-Nya, hati merasa ketenangan hakiki...
Tika azan, hati membengkak untuk menemui-Nya..
Tika maksiat, hati menegah... dan menginsafi.
Tika lapang, hati mengingati-Nya...
Tanda hati terpaut pada-Nya...
Terasa kekerdilan hamba...

Ya Allah, kurniakanlah kami halawatul iman



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


p.s : Lagu kegemaran ayah yang dirintik anaknya... Jowo+Klasik+Bermakna!


Berfikirlah

Monday, July 6, 2009
"Tak berfikir. Just follow the norms. Nanti kalau orang tanya isu-isu lain selain dari ape yang awak belajar, buntu! Jangan jadi katak bawah tempurung... awak dengan dunia awak je... Berfikirlah!"

Begitulah pesan ayah. Nasihat ni saya olah sikit, biar nampak 'live'. Hohoho saya sayang ayah saya. Dia banyak menasihati saya apa yang saya perlu, walaupun kadangkalanya bersahaja. Gaya pemikirannya yang spontan, santai, simple, dan tersendiri sedikit sebanyak memberi saya manfaat...

Saya dah nak masuk universiti dah pun. Tapi ramai orang komen yang pelajar universiti ni tak pandai berfikir. Macam robot. Pandai menghafal tapi bukan berfikir. Tak berkualiti. Macam katak dalam kuali. Dah gelap tapi tak leh tembus kuali hangus, hanya dapat menghirup udara segar tanpa mahu menelek dunia yang lebih besar. Orang tak berfikir, akan mengikut saja. Tak berfikir akan menjadi pengikut ikut saja. Orang yang berfikir, boleh memimpin. At least, pimpin diri sendiri.

Nak petik beberapa kata sebagai pedoman buat diri ini...

Professor Hamka pernah menulis: “Di sini timbul hairan melihat orang yang setiap hari menyisir rambutnya tetapi tidak menyisir otaknya, memperkemaskan dadanya tetapi tidak dicuci hatinya, digosok kasutnya tetapi tidak akalnya”.

"The university today does not teach people how to think. The students come to university to make money. I always said to my students if you want to be rich don't come to university. The rich Chinese are mostly uneducated. To be rich you are not obliged to be highly educated. You can just pick one spot in KL and start selling Nasi Lemak and trust me your earning will be higher than university's Professor. People come to university in order to be a complete human being, not about making money. When I correct SPM history papers most of the time I will be correcting my own answer schemes. Our education system does not produce human but robots."
-Prof Emeritus Dato' Dr Khoo Kay Kim (dipetik dari rausyanfikir)



"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." surah al-A'raf :ayat 179


"Saya kira cukup-cukuplah sistem pendidikan yang telah menjadikan generasi lahir tahun 80 dan 90 an sebahagian besarnya ignorant. Kalau tuan-tuan tidak percaya cuba uji pelajar-pelajar universiti sekarang. Mereka sifar pengetahuan, apatah lagi ilmu." - Faisal Tehrani

Ada pepatah (x pasti hadis atau kata-kata hikmah) menyebut, berfikir sesaat lebih baik dari beribadah seribu tahun. Ayat-ayat al-Quran banyak menyeru agar kita berfikir dengan melihat kejadian Allah. Namun, ada jugak yang berfikir perkara yang pelik-pelik sampai melampaui batas agama dan kehambaan kepada Allah. Semoga kita dijauhkan dari golongan sedemikian. Jom kita berpikiaq!!!



Akal kurniaan Ilahi yang tak ternilai. gambar digoogle.