Begitulah pesan ayah. Nasihat ni saya olah sikit, biar nampak 'live'. Hohoho saya sayang ayah saya. Dia banyak menasihati saya apa yang saya perlu, walaupun kadangkalanya bersahaja. Gaya pemikirannya yang spontan, santai, simple, dan tersendiri sedikit sebanyak memberi saya manfaat...
Saya dah nak masuk universiti dah pun. Tapi ramai orang komen yang pelajar universiti ni tak pandai berfikir. Macam robot. Pandai menghafal tapi bukan berfikir. Tak berkualiti. Macam katak dalam kuali. Dah gelap tapi tak leh tembus kuali hangus, hanya dapat menghirup udara segar tanpa mahu menelek dunia yang lebih besar. Orang tak berfikir, akan mengikut saja. Tak berfikir akan menjadi pengikut ikut saja. Orang yang berfikir, boleh memimpin. At least, pimpin diri sendiri.
Nak petik beberapa kata sebagai pedoman buat diri ini...
Professor Hamka pernah menulis: “Di sini timbul hairan melihat orang yang setiap hari menyisir rambutnya tetapi tidak menyisir otaknya, memperkemaskan dadanya tetapi tidak dicuci hatinya, digosok kasutnya tetapi tidak akalnya”.
"The university today does not teach people how to think. The students come to university to make money. I always said to my students if you want to be rich don't come to university. The rich Chinese are mostly uneducated. To be rich you are not obliged to be highly educated. You can just pick one spot in KL and start selling Nasi Lemak and trust me your earning will be higher than university's Professor. People come to university in order to be a complete human being, not about making money. When I correct SPM history papers most of the time I will be correcting my own answer schemes. Our education system does not produce human but robots."
-Prof Emeritus Dato' Dr Khoo Kay Kim (dipetik dari rausyanfikir)
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." surah al-A'raf :ayat 179
"Saya kira cukup-cukuplah sistem pendidikan yang telah menjadikan generasi lahir tahun 80 dan 90 an sebahagian besarnya ignorant. Kalau tuan-tuan tidak percaya cuba uji pelajar-pelajar universiti sekarang. Mereka sifar pengetahuan, apatah lagi ilmu." - Faisal Tehrani
Ada pepatah (x pasti hadis atau kata-kata hikmah) menyebut, berfikir sesaat lebih baik dari beribadah seribu tahun. Ayat-ayat al-Quran banyak menyeru agar kita berfikir dengan melihat kejadian Allah. Namun, ada jugak yang berfikir perkara yang pelik-pelik sampai melampaui batas agama dan kehambaan kepada Allah. Semoga kita dijauhkan dari golongan sedemikian. Jom kita berpikiaq!!!
0 thoughts from optimists:
Post a Comment