AL-FATIHAH BUAT SAUDARA NABIL MARWAN YG TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH....
Terkejut. Tersentak.
Aku hampir tak percaya dengan satu mesej, 'Huda, Nabil dah x da..'
Kemudian, berderet mesej yang diterima berbunyi..
'Askum. Nabil shbt yg sgt kita cintai krn ALLAH S.W.T telah selamat kembali ke rahmatullah.. mintak sahabat hadiahkan alfatihah(7x) & al-ikhlas (11x).. smoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan auliya' dan solihin..'
Sungguh hebat aturan Allah.
Allah lebih menyayangimu Nabil.
Matimu pada malam jumaat, salah satu tanda khusnul khatimah..terselamat dari fitnah kubur..Semoga engkau ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh...
Ya Allah, Engkau maha mengetahui segala sesuatu.
Kurniakan kami kekuatan dengan kehilangan seorang sahabat, seorang da'ie............ Kurniakan kami dan ahli keluarganya kekuatan ya ALLAH.
al-fatihah. semoga engkau berehat dengan tenang...
sedikit mengenai beliau:
blog akh su'aidi
blog raihan madihah@ang
blog izyan
perihal mati dalam khusnul khatimah :
blog ukht -khaulah al azwar
ya Allah... Engkau telah mengabulkan doanya, mengakhirinya dengan pengakhiran yg baik, dan kami mohon kepada-Mu akhirilah hidup kami dengan husnul khatimah..
-updated-
Masih terkesan dengan pemergian arwah. Aku kurang mngenalinya tetapi kami pernah bersama-sama duduk sekali dalam beberapa meeting di cfs. Orangnya tidak banyak mencelah dalam meeting, dan dikenali oleh sahabat-sahabat sebagai ceria, sentiasa berzikir, dan mencintai majlis ilmu. Pernah aku sebagai subcom MRCminta tolongnya untuk menampal poster kuliyyah tafsir di mahallah kerana beliau merupakan MRC UKC. Walhal waktu itu dia sedang demam. Dengan senang hati dia bersetuju menolongku dengan bantuan sahabat-sahabat lain. Semoga engkau ditempatkan bersama orang-orang yang soleh, arwah.
Di kesempatan ni, aku ingin memetik tazkirah arwah yang dipostkan oleh seorang sahabat.
Ana masih ingat sampai sekarang tazkirah yang pernah disampaikan oleh beliau dalam satu meeting..walaupun ringkas tapi isi yang disampaikan cukup untuk membuatkan diri ana berfikir dan muhasabah diri..
"ana ada satu soalan..apakah matlamat kita hidup di dunia ini?..Betul, kerana Allah..tapi hari nie ana nak sahabat semua muhasabah kejap..adakah betul tujuan kita hidup kerana Allah?
Adakah perbuatan dan amalan seharian kita membuktikan matlamat hidup itu? "Okay ,cuba kita go to the future jap..sekarang kita tengah belajar kat cfs..mesti semua nak dapat tinggi kan?ana percaya semua orang nak jd pointer scorer..pastu dapat scholarship jpa..alhamdulillah kalau ada rezeki .."
"kemudian apabila dah habis belajar,dapat keje,pastu beli kereta,beli umah..then kahwin..pastu bila kawin dapat anak..masa tu confirm kita dah dewasa..tak lama kemudian akan menjadi tua dan mati..."
"Adakah hidup kita hanya untuk mencapai dan buat perkara-perkara tu je?Adakah cukup jika hanya untuk membina keluarga bahagia?ya..memang tak salah,cuma Pernah tak kita fikir sejenak apakah sumbangan aku pada Islam sepanjang hidup nie?Sudahkah aku berkorban untuk deenul haq pada saat ini?"
"Adakah hidup kita hanya cukup semata-mata untuk belajar,belajar,belajar ,pastu kerja ,kerja,kerja, kemudian kawin dan so on...?Tanpa melakukan kerja-kerja Islam? "sahabat-sahabat semua,ingatlah bahwa ajal tidak mengenal usia,masa dan tempat..yang muda ataupun tua pasti akan meninggalkan kita apabila dah sampai masanya."
"Kalau dah kerja baru nak berkorban untuk Islam ,dapatkah kita pastikan yang ajal kita tak sampai lagi pada waktu itu? justeru ana menyeru diri ana dan sahabat semua supya renew balik dan selalu tajdidkan niat akan matlamat hidup kita di dunia ini selari dengan amalan kita seharian....."
Tazkirah yang disampaikan oleh beliau pada waktu itu cukup ringkas..semoga sesiapa yang baca entry nie juga dapat manfaatnya sekali..Insya Allah..
Semoga memberi pedoman buat diriku sehingga akhir hayat.. Teringat tazkirah kafeoretachi yang menyebutkan... penciptaan manusia terdiri dari beberapa komponen, jasad dan ruh.. Asal jasad dari turab(tanah) dan akan kembali ke dalam tanah, ke bawah.. dan asal ruh dari Ilahi dan akan kembali kepada ilahi..ke langit.. ke atas.. teringat kata-kata seorang sahabat yang cukup tabah bila ditimpa ujian kematian ibu dan bapanya yang memberitahu.. ' Saya hairan kenapa orang bersimpati sangat dengan saya.. Tak perlu nak bersimpati lebih dengan saya.. Macam diri yang bersimpati itu tak akan disinggahi mati.. Setiap yang hidup akan mati..tapi x pasti bila.. kita perlu bersedia...' Astagfirullah.. ada seorang ustaz(ayah kepada sahabat) cakap..'tu tanda dunia lepas ni semakin teruk... tu Allah selamatkan arwah dari dunia kemudian..' Astagfirullah.. Semoga engkau ditempatkan bersama kekasih Allah, arwah.
Pemergiannya membuatkan aku berfikir. Fikir, fikir, dan fikir apakah amalan aku mencukupi. Adakah niat-niat aku tidak dinodai dengan wahn. Adakah hati aku memberatkan dunia lebih dari akhirat. Allah... Terkilan tak dapat menziarah beliau ketika sakit. Namun aku harap pemergian dia meninggalkan kita dengan seribu i'tibar yang kita boleh hayati...sampai kita mati... insyaAllah. Aku benar-benar cemburu dengannya yang mati beralamatkan khusnul khatimah... Selamat berehat wahai mujahid.. Berehatlah dari dunia yang menyekik ni.. Semoga hati-hati kita selalu lunak dengan kematian, amin. Akhir sekali, di kesempatan ni, aku berharap dan berdoa agar jika benar MJ memeluk Islam, dia mendapat haknya dikebumikan di tanah perkuburan Islam..
Aku akan cuba untuk menjadi budak yang lebih baik... jangan takut.. jangan malu.. amalan merupakan perkiraan antara seorang hamba dengan Allah..
tazkirah arwah dipetik daripada blog najwa
lagi perihal arwah :
1 : al-akh naazir
2 : al-ukht kak min
hudaidris,
6.00 pm, 3 julai,
kuantan, pahang.
salam huda. yan x knal, tapi, brita tu sampai masuk ke mimpi yan. dan, sampai pagi td pon x putus2 shbt hantar mesej. mesti arwah sorg yg baik sangat kn. sama2lah kt doakan ksjahteraan nya d sana. yan teringat arwah kak hajar, dlm ramadan die pergi, yan x knal jgk. tapi, btullah, ats nama prjuangan yg sama, kasih syg itu akn muncul dgn sndirinya sehingga mrka yg x dikenali ini tetap boleh dikenang sbg seorg yg byk berjasa utk agama.insyaALlah.