200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

Pelan tawan hati mak ayah

Tuesday, September 6, 2011
Berbaki seminggu.

Dah cukup tawan hati mak ayah?

Ah. Of coz belum.

Hari raya mintak maaf pun... main-main...

Ish rugi... Sape suh main2..

Dipetik dari Us Hasrizal Abdul Jamil.Di satu peringkat, kita anak-anak sering
berusaha untuk memberi kepada ibu bapa apa-apa yang diharap boleh
menyelesakan orang tua. Kerusi OSIM, katil, kereta, tv, dan sebagainya. Walhal apa
yang ibu bapa itu harapkan hanyalah sesuatu yang amat kita semua ada dan
mampu, tetapi paling sukar untuk diberi, iaitu telinga yang mendengar, pipi untuk dicubit, cuping untuk dipulas, mulut ringan untuk bersembang dan hati yang mengasihi serta memberi perhatian..

.................
................
wordless.

Teringat doa imam masjid negara baca pagi raya, doa yang betul2 memuhasabah. Menyebabkan saya serba salah di pagi raya. Terkenang dosa-dosa dan laku yang menyakiti hati terutama hati ibu bapa.

Suatu hari di bulan Ramadhan...mak berkata pada saya,

"Jeles la mak, huda ada handphone baru. Canggih lagi dari mak"

"Err...lah... huda pun jeles dengan mak."

"Sebab pe plak?"

"Sebab mak dah khatam tadarus 2 kali dah."

"Ha,,tau pun!"

"Erk.. hu"


Redhailah kami, mak ayah. Ampunilah kami, atas segala salah laku kami, anak2mu. Segunung emas dan berlian tak dapat menandingi kasih sayang yang telah engkau curahkan kepada kami.. kasih sayang yang tak bertepi hasil percikan kasih sayang Allah..


اللهم غفرلنا ذنوبنا ولوالدي ورحمهما كما ربياني صغيرا..أمين يا رب


Pelan tawan hati mak ayah? Lakarkan sendiri mengikut bahasa cinta mak ayah...

0 thoughts from optimists:

Post a Comment