200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

Manikam Kalbu.... memang menikam!

Friday, April 30, 2010
Alhamdulillah.


Novel yang sungguh padat dengan nilai, dan ada menggariskan etika dan prinsip berpakaian dengan baik... Saya quote beberapa input yang sangat bernilai..

"..Manusia ini dinilai istimewa pada akalnya, juga akhlaknya, letak molek pada ilmunya dan keutamaanya, bukan kerana keindahan atau keperkasaan bentuk badannya.."

"..Sedangkan bagi kita orang Islam, agama itu satu keseluruhan, apa yang kita lakukan itu demi Tuhan, demi ALLAH. Hatta, dalam aspek berpakaian, kita berpakaian kerana ALLAH. Orang Islam memakai baju untuk menutup tubuh, orang Barat memperagakan keindahan tubuh dengan baju. Jadi kalau baju pun sempit, sempitlah, kalau jarang pun jaranglah, kalau terdedah pun terdedahlah."

"..agar busana Melayu tidak diikuti di seluruh dunia hanya pada gaya dan fesyen, bahkan pada prinsip dan falsafahnya... bahawa pakaian itu pelindung malu, petunjuk budi dan adab. Busana Melayu akan menjadi senjata keamanan sejagat!"

"Sains itu adalah proses sedangkan seni adalah hasilnya.."

"Sebaik-baik pakaian adalah pakaian taqwa.. "

"Asas bagi busana ialah... tunjangnya masih aqidah, ingatannya kepada sejarah penciptaan kita ini, dan sebaik pakaian adalah pakaian taqwa. Adapun Allah dalam firmannya amat jelas supaya jangan mengaibkan diri dan mendedahkan aurat"


Seperti selalu, novel FT memang sarat dengan nilai, tidak langsung akan menghampakan pembaca. Kali ni, novel manikam Kalbu menceritakan tentang Ziryab Za'im - seorang anak muda yang sangat cintakan kegemilangan Melayu dalam dunia fesyen dan busana. Ziryab juga merujuk kepada seorang pereka fesyen terkenal Islam, yang juga seorang ulama.

Ziryab yang nama sebenarnya Abul Hasan Ali Al-Nafi bertanggungjawab memperkenalkan fesyen musim dingin dan musim panas, seni dandanan rambut, ubat gigi, kosmetik, deodoran dan lain-lain ke Eropah. Seorang tokoh fesyen Muslim yang masyhur di Andalusia.

Seperti selalu juga, novel FT membawa kita kembali ke ajaran islam yang benar dan syumul. Cara hidup yang terbaik. Sape kata Islam itu terbatas? Sapa kata Islam itu terhad pada fesyen? Sedangkan pereka fesyen dahulu kalanya orang Islam juga~bahkan ulama termasyhur...

Novel ni jenis novel humor. Kisah moden Ziryab diselang selikan dengan kisah klasik Manikam Kalbu, seorang hamba yang minat pada bidang jahitan dan tenunan. Part yang kelakar bila ada teka teki dari maharaja Cina. Dan part Manikam Kalbu nak belajar dengan nenek. Nenek malas nak layan sampai berhari-hari Manikam bersabar, sehinggalah manikam membawa hadiah untuk nenek, sebagai tanda untuk melamar nenek. Walhal umur nenek dah pun hampir 100 tahun, dan Manikam tak sampai 20 tahun!

Ada satu lagi part yang menarik ;
Bila Sultan ingin berangkat berjumpa Tok Guru untuk meminta garis panduan untuk buat satu pertandingan fesyen. Sultan dalam cerita ni belajar ilmu agama, jadi dia bimbang kalau-kalau rakyat jelatanya memakai pakaian yang mencolok mata. Baginda berpegang pada agama. Untuk lebih jelas akan fesyen dan pakaian dalam Islam, Sultan berhajat pergi menziarah Tuan Guru Haji Nuh Ha Mim.

First ziarah, Sultan datang dengan hulubalang2 dan siap bertandu (kereta yang angkat sultan tu), tapi akhirnya Sultan hampa. Isteri Tuan Guru bagitahu Tn Guru bersolat zohor di makkah.

Second ziarah, Sultan datang semula dengan hulubalang2 naik jampana khas. Namun sekali lagi, hampa sebab isteri Tn Guru bagitahu Tn Guru bersolat di Madinah

Third ziarah, sama juga dan isterinya beritahu Tn Guru ke ladang menanam ciku dan solat di Baitul maqdis.

Ziarah yang keempat, Sultan pergi berseorangan bersama kuda. Akhirnya, baru tn Guru menerima kedatanagn Sultan.

Pengajaran yang paling penting dalam kisah ni... Seandainya kita mahu berguru, hatta setinggi mana darjat dan pangkat, eloklah kalau kita yang mendatangi orang 'alim itu sendiri. Seandainya kita mahu berguru ilmu agama, lebih baiklah agar tinggalkan segenap kemewahan... (spt yg Tn Guru tunjuk, bila Sultan datang diarak dengan pegawai istana, Tn Guru tidak mahu melayan Sultan)

Akhir kalam, saya memang sangat mengalu-alukan tuan puan membaca novel-novel Faisal Tehrani... karya beliau bukan sebarang karya picisan dan cinta... karya beliau sarat dengan informasi dan ilmu.. di samping pengajaran dan banyak benda baru yang memang pasti... iQra~!

0 thoughts from optimists:

Post a Comment