Salam dan Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
Perempuan Berkalong Sorban. Izinkan saya pendekkan. PBS. Pernah dengar? Ya, PBS ialah movie Indonesia. Pernah tonton movienya?
Saya diperkenalkan dengan cerita ini oleh seorang kakak beberapa minggu lepas. Dapat saya kesan dari keberanian dan kesungguhan dirinya, dia mendapat kesan percikan dari cerita ini sedikit sebanyak.
Hidup ini usah gantung sama laki-laki! (sedutan satu babak dari PBS)
Cerita tu mengajar akak... “Wanita juga boleh berjaya sebagaimana lelaki. Hidup ini usah gantung sama laki-laki! “dia mengulang petikan perbualan dari salah satu babak PBS.
Tidak dinafikan seseorang wanita @ muslimah itu perlu sentiasa ke hadapan. Dan saya dapat lihat ketokohan itu padanya. Seusai pertemuan penuh makna kami itu, saya tidak lupa untuk menyalin cerita ke cakera luit saya (copy to pendrive..bahasa Melayu kita mmg unik :) ). Bersemangatlah saya pulang ke rumah untuk menonton PBS.
Selesai menonton.
Ada beberapa point yang baik untuk diambil. Dan saya boleh kesan point-point yang dijiwai kakak tersebut.
Bersemangatlah saya ke tempat kerja(praktikal) dan menceritakan tentang cerita PBS kepada kawan-kawan sekerja. Mereka turut teruja.
Beberapa hari kemudian, saya berkongsi cerita itu dengan seorang sahabat rapat. Tetapi, dimensi lain pula yang saya peroleh.
“Cerita nilah yang liberal tu kan?”
LIBERAL? Perkataan 3 sukukata itu membuatkan berkali-kali saya terfikir. Cerita yang liberal?
Namun, setelah dihayati, mungkin benar maksud sahabat saya itu. Terdapat beberapa aksi dan adegan yang mengelirukan saya sebagai penonton yang merasakan filem ini filem Islamik.
Secara keseluruhan, filem ini mengisahkan tentang perjuangan hak-hak wanita untuk setaraf dengan lelaki.
Wanita boleh berkuda... saya terima.
Wanita boleh pergi ke universiti dan perlukan pelajaran tinggi... saya terima.
Wanita boleh bekerja... saya terima.
Wanita menjadi ketua lebih dari lelaki... bab ini yang menghairankan. PBS memperlihatkan protes seorang pelajar apabila dia tidak dipilih menjadi ketua kelas sedangkan undi untuknya melebihi 1 dari lelaki itu. Bagi saya, kalaupun protes itu perlu, tapi logiklah kalau lelaki yang dipih menjadi ketua kerana sekolah yang digambarkan ialah pesantren-sekolah pondok.
Kemasukan buku-buku asing ke pesantren, yang akhirnya boleh dipustakakan di pustaka pesantren tersebut... babak ni, saya antara terima dan tidak. Kemasukan buku-buku asing ternyata lebih membuka fikiran warga perempuan, namun disiplin pembelajaran pondok yang mementingkan keaslian perlu juga dipelihara.
Bila sahabat saya timbulkan mengenai LIBERAL itu, saya dapat terima dengan bersandarkan dengan babak terakhir yang saya sebut di atas. Saya rujuk semula risalah-risalah mengenai liberal, dan sampai pada titik bahawa liberal ini merupakan kebebasan dalam penghayatan agama.
Jika dibandingkan dengan misi-misi kumpulan NGO “KAKAK dalam ISLAM”, terdapat beberapa persamaan misinya dengan input-input dari PBS. Antaranya :
1. Sisters in Islam (SIS) is a group of Muslim women committed to promoting the rights of women within the framework of Islam. Our efforts to promote the rights of Muslim women are based on the principles of equality, justice and freedom enjoined by the Qur’an as made evident during our study of the holy text.
2. We are deeply saddened that religion has been used to justify cultural practices and values that regard women as inferior and subordinate to men and we believe that this has been made possible because men have had exclusive control over the interpretation of the text of the Qur’an.
3. • To eliminate injustice and discrimination against women by changing practices and values that regard women as inferior to men; (mengubah nilai dan konsep ini dapat mengelirukan penonton..)
4. • To create public awareness, and reform laws and policies, on issues of equality, justice, freedom, dignity and democracy in Islam
Cerita Perempuan Berkalong Sorban juga fokus dalam persamaan taraf wanita dan lelaki. That was too obvious. Dalam Islam, kita pun boleh tahu yang kaum Adam tidak akan sama tarafnya dengan kaum Hawa dalam beberapa sudut, melalui perbezaan kadar hukuman dan pembahagian harta dan lain-lain.
Sahabat saya menambah, “Kan liberal itu fahamannya kuat di Indon... Jadi, tak mustahil cerita PBS ni promosikan liberalisme.”
Allahu ALLAH. Segalanya halwa untuk difikirkan walaupun cerita PBS bukan dari Amerika, walaupun pelakonnya cantik berhijab.
For me, there is no offence that PBS meant to be liberalism, but somehow things that tend to promote liberalism must be filtered. Carry on with the good things and neglect the bad. And of course, there has never been any compromised if liberalism is really meant to be expressed.
Mungkin, jika PBS itu memang berobjektifkan liberalisme, misi ke-4 SIS utk promosikan kesedaran tentang kesamaan taraf wanita berjaya. Sebab saya hampir terpedaya dengan 'kesedaran' yang diberikan. Heh.
Sekadar analisis dangkal. Terlampau banyak ilmu ALLAH yang perlu saya teladani dan fahami lagi. Jika ada sebarang info tambahan, sila tinggalkan komen.
Buka mata, buka hati. Selamat melangkah dengan bijak di dunia yang penuh duri. InsyaALLAH. Semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH menjadi benteng untuk kita jauh dari fitnah dunia.
Usrati mahabbah,
siap menulis 30/5,
232 am.
1.misi SIS diambil dari laman web SIS
2. kakak jeneral Hamasyie
3. Sahabat 3.10 B
4. Siri Edaran Umum Islam Liberal
5. gambar semua digoogle
5. Cerita PBS
aihh,msk gk sy dlm sumber awk..erm ble ek nk jumpe awk,nk gtau kesimpulan yg sy dpt lepas tgk cte tu..hehe...byk jgk unsur liberal yg ye bwk sy tgk..huuu...