200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

Untaian hikmah seorang murabbi- Ustaz Muhadir

Wednesday, September 8, 2010
BismilLah 'ala kulli haal.

MasyaaLlah tabarakalLlah. Alfussyukr pada along fatimah, sahabat seusrah di musolla CFS satu ketika dulu yang sudi berkongsi nasihat-nasihat dari guru kami, Us Muhadir. Nasihat yang memberi makna yang sangat mendalam, buat kami mengharungi rencah kehidupan dunia sekarang. Ana juga kadang kala tersasar arah, jauh dari matlamat hakiki. Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami. Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami. Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami, guru-guru kami, ibu bapa kami, sahabat handai kami, sanak saudara kami. Semoga kami kembali pada-Mu dengan iman Ya Rahman Ya Rahim. Syukur dengan peringatan ini. Alhamdulillah.

Dipetik dari blog Along Fatimah ana :


Berikut merupakan nasihat2 yang diberikan ustaz kepada kami:-
1)Bertaqwa kepada Allah
"ustaz berpesan kepada entunna supaya bertaqwa kepada Allah swt secara zahir dan batin.Dari segi batin,jauhilah hasad,jangan mengata/melihat keburukan orang lain".


Ustaz memberikan contoh,andai ada orang yang menyakiti/mengata kita,janganlah kita memalingkan muka kepada insan tersebut kerana dikhuatiri pandangan tersebut akan membuahkan perasaan tidak enak di dalam hati kita terhadap orang itu.

2)Jagalah tsiqoh (kepercayaan) sebagai seorang muslimah.
"ustaz berpesan kepada entunna supaya menjaga tsiqoh entunna sebagai seorang mulimah darisegi percakapan,pakaian serta penulisan.Ramai orang tidak mampu untuk jaga tsiqoh ini walaupun mereka ustaz dan ustazah"
Ustaz juga berpesan kepada kami supaya dalam percakapan dan penulisan supaya menggunakan bahasa yang baik yang dapat meningkatkan keimanan kepada Allah apabila orang mendengar dan membacanya,terutama bagi kami yang mempunyai akaun facebook dan blog.

3)Ikhlaskan niat dalam mencari ilmu.
-Terutama kata ustaz apabila musim2 cuti nanti.Ustaz juga berpesan supaya kami menjaga diri dan meminta izin daripada kedua ibu bapa sekiranya ingin menghadiri majlis-majlis ilmu.

4)Hormati Guru serta kedua ibubapa.
"Guru adalah penunjuk jalan walaupun mak ayah entunna yang melahirkan dan membesarkan entunna.Hormati kedua ibu bapa entunna walaupun mereka tidak tsiqoh,itu adalah hubungan mereka dengan Allah swt.Sebagai anak,doakan agar Allah lembutkan hati mereka".

5)Baca kitab-kitab para alim ulamak salaf (ahli sunah wal jamaah).
-Seperti kitab-kitab yang dikarang oleh imam Al-Ghazali,Ibnu Qayyim Al-Jauziah (bukan anak murid ibnu taimiyyah yang muncul pada kurun ke 6)

6)Jaga Muamalah

7)Baca Quran dan timbulkan kesedapan tatkala membacanya
"jadikan membaca al-quran sebagai amalan harian.Wujudkan perasaan "sedap" ketika membacanya.Dan sekiranya tidak membaca al-quran dalam sehari,entunna rasa seperti ada kekurangan pada hari itu,khususnya bagi mereka yang hafal Al-Quran"
-Ustaz membawakan contoh Pak Cu Mid,seorang hamba Allah yang soleh di Kedah yang akan mengkhatamkan al-quran pada setiap 7 hari setelah membacanya.

Syukran along. Syukran tak terhingga atas peringatan ni. Fazakkir innazzikra tanfa'ul mukminin.
Muhasabah dan berubah.

Muamalat di langit terbuka... berhati-hatilah wahai diri.
Anggota ringan-mulut, mata, dan telinga.... sila lebih teliti.
Al-Quran kalamnya... enakkanlah hati.

Mana mungkin hati yang seronok berfacebook dalam masa yang sama seronok membaca al-Quran?

Jalannya hanya dua.
Jalan kejahatan atau jalan ketaqwaan.
"Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaannya. " ( Asy-Syams :8)



Ya Allah Ya Mughni, sucikan jiwa kami dari sebarang penyakit, dan bantulah kami agar kami mampu melaksanakan tugas khalifah dan agenda yang telah Engkau rencanakan buat kami. Amin... -Ustzh Wan Maseri


- Alfun mabruk kelas talaqi cfs sudah ada blog - jomtalaqi

0 thoughts from optimists:

Post a Comment