Bismillahi walhamdulillah.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.
Syukur alhamdulillah, tu je yg mampu kuucap lepas habis present LS. Accessor by Prof Noriah, Dr Kyi Kyi, n Dr May. Baik buruk present tu tak perlu la cerita kat sini.. cuma aku nak kongsi beberapa benda yang aku belajar secara langsung dan hasil perkongsian kawan-kawan sepanjang aq dan mereka wat LS...
Ada yang ucap tahniah dah selesai. Kami jawab terima kasih. Sama je kalau buat sekarang atau nanti. Masa yang diambil 4 bulan@ 1 sem jugak. So korang don't worry be happy...
Sepanjang present, yang aku perhatikan, accessor nak item2 ni:
1. Intro
2. Objective
3. Hypothesis
4. Methodology
5. Expected outcome/result
Methodology mmg kena power. Esp yang buat clinical studies yg mcm aq buat. Accessor x amik berat pun tentang literature review/discussion kita... sbb yang tu adalah revision yang kita buat dari journal2 experts. Yang mereka nak dengar dan tengok, tentang framework future research kita.
Future research?
Yup. Future research. Itula sebab nama subjek ni literature research. Means, sebelum kita nak buat research kita, kita kaji dulu literature2/journal2/article2 orang... Macam2 kita boleh tahu apa yang kita akan dapat untuk research kita. Kita boleh adapt methodology yang sama kalau match dengan experiment/research expert tu, kita boleh get overview.. n yang penting skali kita boleh dapat predict expected result kita.
Jangan lupa, LS ni adalah literature search bukannya research lagi.
Maksudnya, kita sedang construct future research kita. Kat sini, mula-mula aq sangat keliru. Sebab, dalam semua journal/article yang aq jumpa, sumenya adalah hasil research diorang yg dah established. Mula2, ingatnye yang LS yg akan diwat ni same ngan journal2 kt internet. tp, sebenarnya, BUKAN ye kawan2...
Inilah point yang Prof Noriah ingatkan semasa presenter 1st dan aq sbg yang ke-2 present...
Jadi, sepatutnya, discussion perlu ditukarkan kepada literature review... Sebab discussion tu untuk orang-orang yang adg performed research, ye kawan2...
Bila diakses oleh Prof Noriah, dia nak tahu kita cerita apa yang kite nak buat dan macamana kita nak buat. Bila aq dah sampai part discussion from literature, terus dia stopkan. Then, i just summarized everything. Bila dia nampak ade slide expected result, dia minta terang. Sebab dia kata," ha, tu expected result, baru terang. yang conclusion tu no need to explain because you haven't do any research yet. "
Ok, prof!
Next, LS ni tentang ape? But for me, it's everything about your title. Dig your title, elaborate it, analysis it, kaitkan apa yang perlu di antara satu perkataan dengan perkataan lain dalam tajuk tu, then there goes... your LS :)
Jadi, sangat bagus dan penting kalau kita yang cari topik sendiri.. dan kita dah ade knowledge tentang tu.. Macam aq punya, dr yang bagi. At first, terguling juga nak memahami dengan tahap knowledge 2nd year student yang kurasakan sangat cetek, tapi Alhamdulillah dgn izin Allah dan bimbingan dr Kyi Kyi, aq mampu memahami.
Coach dari Dr
Coach dari Dr pun penting. Penting untuk kita tahu salah silap kita. Sama ada kita masih on the track atau tersasar. Dengan Dr Kyi Kyi, beliau sangat concern. Cara dia macam EAP. nak 1st draft, 2nd draft, and 3rd draft. Mula2 kusangka 3rd draft is the last one sebab EAP sampai 3rd draft je kan, but then she gave back to me and need another final draft. Mula2, saat ni memang menguji aq. Disebabkan dah set mind sudah free dari kerja term paper LS, tapi bila dapat balik, semangat aq hambar. Itulah bahayanya set mind ye kawan2. Bak kata kakak khairani saya, prepare for the worst!!! Tapi Alhamdulillah, kasih sayang Allah selalu ada, saya berjaya melunakkan semangat yang down... buat skit-skit..slow2... dan siap sebelum present.. sebab dari termpaper perlu buat slide..
Taktik Mudah
Korang nak taktik yang menyenangkan kerja di kemudian hari tak? He.. meh sini 20sen. Macamni, selesai je cite satu sumber tu, terus buat references, susun ikut abjad. Teknik ni berjaya mengurangkan sakit kepala anda... X perlu nak cari-cari balik. Sebenarnya, takdelah taktik sangat. Sebab korang sume dah tau kan?
Jenis LS
Menurut senior, LS ni ada 2 jenis. Yang clinical research/lab/experiment atau yang jenis survey/questionaire. 2-2 ade pros n cons. Terpulang kat diri sendiri..nak pilih yang mane :)
Kami sem ni berempat buat LS. 2 orang buat jenis lab (aq n ezt), 2 lagi buat survey(byt n faizah). Kattang kali ah diorang punya.
Betullah kate senior tu, lepas siap, puas hati sangat2. Alhamdulillah. Bila x siap lagi, rasa macam ada yang slack kat mana2. Rasa macam ade je tak lengkap n point yang x faham, just copy paste. Tapi apa yang penting, perlu faham tajuk kita sebelum present.. Kalau tak, mahu terkantoi dengan lecturer...
Buatlah LS dgn sepenuh dan seikhlas hati.. kepuasan itu x dpt dijual beli.
Lastly, kata2 yg bg semangat time wat ls ialah... keep moving forward..there's no turning back.
Salam Aidiladha.
Wassalam.
0 thoughts from optimists:
Post a Comment