200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
  • suatu lakonan sementara

    waktu itu sentiasa dekat

  • Mencari jalan pulang

    "Wahai orang2 beriman, jagalah dirimu; kerana orang yang sesat itu tidak akan membahayakan dirimu apabila kamu telah mendapat petunjuk" (al-Maidah: 105)

  • Sabar

    (3 : 200 ) Sabar dan kuatkan kesabaranmu, dan bersiap siagalah

  • Jangan engkau marah

    La taghdob, be the strongest person on earth

  • Harta tak akan di bawa mati

    Sok sok Mungkar Nakir soal dalam kubur

Generations of antibiotic

Tuesday, June 28, 2011

Salam alaik..


Hari2 terakhir posting fasa pertama..
Heheh, aku posting ade banyak fasa..
Panjang umur, murah rezki nak posting kat KK atau GH pula lepas ni..
Semoga boleh harap-harapnya..

Tadi, ade customer mintak penicillin...
Aku rase tak pernah nampak ade penicillin kat farmasi tu.
So instead of penicillin, lepas tanya staff,
aku decide bagi polymicin..
Sebab pt. nak ubat sapu kat kaki..

2 ubat dalam kategori yg sama..
antibiotics.
jadi boleh bagi...

Dan lepas refer seorang staff yang super duper senior,
Dia cerita pasal generation of antibiotics...
New knowledge for me Alhamdulillah
Bisikan2 dalaman hati "how come he knows more and i know little" kita tak yah cerita la ye
Kita tolak tepi
Macam Yana selalu pesan
"Positif !"
Yea... hidup perlu positif...
"Kalau harini kita tak belajar, bila lagi dak?" macam bunyi ayat Ika n Tkah.


Alhamdulillah
Dengan kata2 nya yang humble
"Saya tak belajar farmasi... tapi ni yang encik 'pharmacist' bagitahu saya, antibiotik banyak generation, penicillin tu first... amoxicillin kedua... "
Dia pernah belajar multimedia, tapi ilmu tentang ubat dia, superb
Yang selalu bagi kaunseling, dia lah. Mantap
Besar ilmu dan hikmah yang aku terima

Aku dengar
teliti dan khusyuk
Dalam otak duk fikir..
"homework balik nanti~"
Dan setelah selesai brief lecture
Dengan semangat baru
Aku nak cari lagi pasal generasi2 antibiotik ni..
(Antibiotik pun ada generasi ye.. x sangka.. hehe)


Di sini ade catatan ringkas.. amik dari sumber ini (kt bahagian komen..)


First-Generation

  • penicillin G and penicillin V
  • have a narrow spectrum of clinical use (this means there are only a few organisms that they are able to successfully treat with this class of penicillin)
  • good for common gram-positive bacteria that cause ear and throat infections, venereal diseases of gonorrhea and syphilis, and staph infections due to Staphylococcus aureusthat cause abscesses, endocarditis and pneumonia
  • a very high number of the drugs in this group are resistant to organisms that produce penicillinase [Penicillinase is an enzyme that some bacteria are capable of producing. This enzyme is also called a beta-lactamase and it inactivates some of the penicillins.]
Second-Generation
  • ampicillin, amoxicillin
  • have an extended or broad spectrum of clinical use
  • work equally as well as penicillin G class plus effective against Escherichia coli, Proteus mirabilis and Haemophilus influenzae which are associated with urinary, respiratory and ear infections
  • all drugs in this class can be taken orally as they are well-absorbed from the GI tract. Patients will get higher plasma levels of amoxicillin than with ampicillin, so amoxicillin is more frequently ordered
  • ampicillin can also be given IM or IV
  • not very effective against penicillinase-producing organisms
Third-Generation
  • carbenicillin and ticarcillin
  • carbenicillin can be given orally; ticarcillin is given IM or IV
  • broader spectrum of use than the second-generation penicillins
  • used in the treatment of serious urinary, respiratory and bacteremic infections due to gram-negative Pseudomonas aeruginosa and Proteus vulgaris
  • not resistant to penicillinase-producing organisms
Fourth-Generation
  • mezlocillin sodium, piperacillin
  • more potent than the other three classes
  • given IM or IV
  • have less sodium salt in them than the other penicillins so if a patient has congestive heart failure and needs restricted sodium intake this may be a reason for the doctor choosing one of these penicillins for them
  • used for serious infections due to Pseudomonas aeruginosa, Proteus vulgaris, Klebsiella pneumoniae and Bacteroides fragilis in combination with other antibiotics
  • not resistant to penicillinase-producing organisms


But indeed
Kalau nak faham betul-betul
Kena revised from penicillin, B-Lactamase, Gram Negative, Cephalosporin and so on
Kasi neuron regang sikit cuti2 ni, huhu :)
Need a deep revision.
Academically of course.
As this is the road we chose to take,
for Islam sake,
insyaAllah ...
(bab ni kakak selalu ingatkan suh betulkan niat belajar..)



Ni ade beberapa link yang boleh membantu, insyaALlah:
1. http://www.emedexpert.com/classes/antibiotics.shtml




p.s : hari ni rindu kat kawan2 rx8.. tu yang banyak mentioned name ntunna di sini...
(bhs sopan.. ;) )

the path we chose..
em korang nampak tak ade bayang2 seorang ahli farmasi muslim kat hujung road yang kita amik tu?
hehe~ (sumber gambar)


The Road Not Taken by Robert Frost  Two roads diverged in a yellow wood, And sorry I could not travel both And be one traveler, long I stood And looked down one as far as I could To where it bent in the undergrowth;  Then took the other, as just as fair, And having perhaps the better claim, Because it was grassy and wanted wear; Though as for that the passing there Had worn them really about the same,   And both that morning equally lay In leaves no step had trodden black. Oh, I kept the first for another day! Yet knowing how way leads on to way, I doubted if I should ever come back.  I shall be telling this with a sigh Somewhere ages and ages hence: Two roads diverged in a wood, and I-- I took the one less traveled by, And that has made all the difference.

نور الهدى إدريس،
الصيدلي وأنسرلله في المستقبل
انشا الله

Bahasa Syurga edisi 1

Tuesday, June 21, 2011
اسلام عليك

الحمد لله.

Harini jumpa sstu yang menarik. Dan menggembirakan :)

Apa dia?

Jap lg saya cerita.. jeng2.

Siapa kata kita tak mampu untuk bahagia?
Kegembiraan dan kebahagiaan milik semua, atas izin Allah
Dia boleh menyempitkan dengan perkara yg kecil, kerana Dia mahu kita kembali kepada-Nya.
Dan dia boleh melapangkan jiwa seseorang walaupun ditimpa ujian yang besar, kerana Dia mahu tunjukkan kebesaran-Nya.

Setelah diuji, Allah hadirkan pelangi..
Maka, bergembiralah!
Gembiralah dengan mengingati-Nya..

,Teringat kata2 seorang sahabat

" !Don't be sad of what had happened previously, coz we have thousands reasons to be happy "

..Kelakar bila teringat.. Em, abaikan saje

.Ok Sambung berita gembira

Takdela gembira sangat, berita bese2 je. Cuma
terjumpa Bahasa Arab utk Google Chrome.
Lepas2 ni boleh testing tulih arab.
dengan secebis ilmu yg tak pernah praktis
tapi Alhamdulillah Allah izinkan belajar
Tak reti pun..semuanya belasah aja.
Try n error.

مع النجاح
سلامات ٢ بر غم برا

:)
Banyak kisah di tanah suci disebalik bahasa syurga ni.
Jika murah rezeki, insyaAllah saya kongsi.
Semoge mudah memahami al_Quran, amin.


Owh. ni satu hadiah untuk ntum semua. Tuk sume kawan2, yang kenal saya. Yg selalu titipkan doa utk saya, yg selalu caring pasal saya, yg tlg ajar saya wat onde2, yg ajar sy tips2 jadi manusia matured, yg slalu buzz kalau saya on ym, yang bg hadiah kat saya tp saya x bagi2 lagi kat dia ~aiyak, yang ada terasa dengan saya yg comot lg hina ni, yang menegur, menyapa, berlapang dada, sekanak2 dengan saya dan semua yg mendewasakan dan membesar dgn saya. Ayuh, senyum!
إبتسام ^___^



Bahasa Arab Bahasa Quran,
Bahasa Syurga dan Bahasa Nabi,
Semoga kita beroleh pedoman,
Menyinar sampai ke qalbi.
Till then, Salam.

Jabal Uhud dan Kisah yang Tersimpan

Tuesday, June 14, 2011


Salam 'alaik.

Jabal Uhud

Peluang menziarah Jabal Uhud, digunakan untuk menyegarkan kembali lipatan-lipatan sirah yang pernah dipelajari. Jabal Uhud di Madinah, merupakan tempat perang ke -2 (antara perang2 utama) dalam Islam, pada tahun 3 Hijrah, di bulan Syawal. Rasulullah s.a.w menjadi ketua angkatan perang muslimin melawan musyrikin yang ingin menuntut bela atas kekalahan mereka di Perang Badar. Angkatan Musyrikin diketuai oleh Abu Sufyan.

Antara peristiwa penting dalam perang Uhud ;

1. kematian Saidina Hamzah b Abd Mutalib, bapa saudara Nabi s.a.w yang telah dibunuh oleh Wahsyi, seorang pembunuh upahan. Kemudian, mayat Saidina Hamzah dikelar n dilapah hatinya oleh isteri Abu Sufyan, Hindun. Lepas rasa pahit, Hindun memuntahkan balik hati. Dikebumikan di Perkuburan Syuhada Uhud.


Makam Syuhada'.
Saidina Hamzah, Al-Yaman, Mus'ab Umair dll (radiAllahu anhum)


2. Kebijaksanaan Nabi s.a.w yang memberi arahan kepada pasukan pemanah, jangan berganjak ketika pasukan muslimin kelihatan diserang teruk mahupun ketika dilihat menghampiri kemenangan. Namun begitu, arahan ini diingkari dan sebahagian pasukan pemanah beralih dari posisi masing2, lalu menyebabkan kafir musyrikin yang diketuai Khalid Al-Walid menyerang hendap dari belakang. Masa ni Khalid al-Walid belum memeluk Islam. Dalam fiqh sirah 2 menyebutkan, Abdullah b Jabir dan sebilangan kecil yang tinggal dan menyebut2 pesan Rasulullah s.a.w. jangan tinggalkan kawasan itu.


Pasukan pemanah ditempatkan di bukit ini.

3. Sikap kasih dan sayang kepada Rasulullah s.a.w. yang ditunjukkan Thalhah b Ubaidillah.
Sedikit sebanyak kisah sejarah Thalhah, salah seorang sahabat Nabi s.a.w yang dijamin masuk syurga, yang menahan tusukan anak2 panah dari pihak musyrikin dari terkena Rasulullah s.a.w. Sayangnye sahabat2 kat Rasulullah s.a.w. sampai sanggup berkorban nyawa.

Kat bawah ni saya copy artikel ttg ghazwah uhud dari sumber ni :

Ghazwah Uhud berlaku pada hari Sabtu,15 Syawal, tahun ke-3 hijrah.
Sebab berlaku ghazwah ini Quraisy ingin menuntut bela terhadap kekalahan dalam
Ghazwah Badar. Mereka membuat persiapan sehingga mereka benar-benar bersedia untuk memerangi Rasul s.a.w. di Madinah. Mereka keluar dalam angkatan tentera seramai 3,000 pejuang, tidak termasuk bilangan tentera Ahabisy.(Kaum yang dihubungkan kepada sebuah bukit di sebelah bawah Makkah yang dipanggil "Habisy". Mereka merupakan sekutu Quraisy)

Dalam angkatan ini terdapat 700 tentera berbaju perisai dan 200 pahlawan berkuda. Bersama mereka juga, 17 orang wanita termasuk Hindun binti 'Utbah, isteri Abu Suffian. Bapanya telah terbunuh dalam Ghazwah Badar.Quraisy bergerak sehingga sampai ke tengah-tengah wadi menghala ke Uhud (sebuah bukit tinggi yang terletak dua batu di utara Madinah) bertentangan dengan Madinah. Mengikut pendapat Rasul s.a.w. dan beberapa orang sahabat, orang Islam tidak perlu keluar menghadapi mereka. Bahkan orang Islam hendaklah bertahan di dalam kota Madinah.Sekiranya orang musyrik menyerang mereka, orang Islam akan menghalang mereka. Namun sebahagian pemuda-pemuda Islam serta sesetengah Muhajirin dan Ansor bersemangat untuk keluar dari Madinah dan meiawan orang musyrik di tempat perhimpunan mereka. Khususnya mereka yang tidak turut serta dalam Ghazwah Badar dan tidak memperolehi kemuliaan berperang dalam ghazwah tersebut.

Lantaran itu, Rasulullah s.a.w. telah beralah kepada pendapat mereka. Baginda masuk ke dalam rumah, memakai baju perisai, seraya meletakkan dinding perisai di belakang tubuhnya dan memegang tombak di tangan. Kemudian Baginda keluar menemui orang Islam dengan menggantung pedangnya di leher. Mereka yang mencadangkan kepada Baginda untuk keluar berperang di luar Madinah telah menyesal, kerana mereka menjadi sebab memaksa Baginda melakukan tindakan yang bertentangan dengan pendapat peribadi Baginda. Mereka berkata kepada Rasul s.a.w.: "Kami tidak seharusnya menyalahi pendapat kamu. Oleh itu, buatlah apa yang kamu mahu, atau kamu duduk di sini sekiranya kamu mahu."

Maka Rasul s.a.w. menjawab kepada mereka dengan sabda Baginda:

“Tidak wajar bagi seorang nabi, apabila dia memakai baju perisainya untuk
dia menanggalkannya semula, sehinggalah Allah memberikan hukuman
antaranya dan musuhnya.”

Kemudian Baginda bersama kira-kira 1,000 orang Islam telah berangkat keluar
Madinah termasuk 100 tentera berbaju perisai dan 2 pahlawan berkuda.

Ketika orang Islam berhimpun untuk keluar, Rasul s.a.w. melihat satu kumpulan
Yahudi mahu turut keluar bersama Abdullah bin Ubai bin Salul, ketua orang munafik. Rasul s.a.w. bertanya: "Adakah mereka telah Islam?" Mereka berkata: "Tidak wahai Rasulullah." Baginda bersabda:

“Suruh mereka pulang.Kita tidak meminta pertolongan orang musyrik untuk
memerangi orang musyrik.”

Di pertengahan jalan, Abdullah bin Ubai bin Salul bersama 300 orang munafik
menarik diri daripada turut serta membantu orang Islam berperang. Oleh itu, bilangan orang Islam hanya tinggal 700 orang. Kemudian Rasul s.a.w. meneruskan perjalanan sehingga sampai ke medan Uhud. Baginda menjadikan tenteranya membelakangi bukit Uhud dan menghadap tentera musyrik. Baginda telah membariskan tentera Islam, melantik seorang ketua bagi setiap pasukan. Baginda juga memilih 50 orang pemanah yang diketuai oleh Abdullah bin Jubair al-Ansori, untuk melindungi bahagian belakang orang Islam daripada serangan balas tentera musyrik dari arah belakang. Baginda berpesan kepada mereka:

"Lindungi belakang kami supaya mereka tidak datang menyerang kita dari
arah belakang. Hujani mereka dengan anak-anak panah. Kuda tidak dapat
melawan panah. Kita akan terus menang selagimana kamu tetap tidak
berganjak daripada tempat kamu. Ya Allah, aku bersaksikan Engkau dalam
menghadapi mereka ".

Dalam riwayat lain, Baginda berpesan kepada mereka:

"Jika kamu melihat kami dilanggar garuda (kiasan kepada kebinasaan yang
cukup teruk), jangan kamu tinggalkan tempat kamu ini sehingga aku kirim
utusan kepada kamu. Sekiranya kamu melihat kami mengalah-kan kaum
(musyrik) itu atau kami menewaskan mereka dan mereka terbunuh, jangan
kamu tinggalkan tempat kamu sehingga aku hantar utusan kepada kamu."

Kemudian, bermulalah peperangan. Allah telah membantu orang Islam menentang musuh-musuh mereka. Orang Islam telah membunuh sebilangan mereka. Pihak musuh kemudiannya melarikan diri. Oleh itu, orang Islam sibuk memungut harta rampasan perang yang mereka dapati di kem orang musyrik. Para pemanah di belakang mereka melihat perkara tersebut. Mereka berkata: "Apa yang kita akan buat sedangkan Allah telah memenangkan Rasul-Nya?" Mereka terfikir untuk meninggalkan posisi masing-masing untuk memperolehi habuan rampasan perang. Lantas, ketua mereka, Abdullah bin Jubair memperingatkan mereka tentang pesanan Rasul s.a.w.. Namun, mereka menjawab bahawa peperangan telah tamat dan tidak perlu lagi untuk kekal di tempat mereka, Hanya Abdullah berserta 10 orang lain enggan meninggalkan posisi masing-masing. Khalid bin al-Walid (sebagai ketua sayap kanan angkatan orang musyrik ketika itu) melihat para pemanah telah meninggalkan posisi mereka di belakang tentera Islam, lantas berpatah balik menyerang hendap dari arah belakang.

Angkatan tentera Islam tidak menyedari serang hendap melainkan setelah pedang-pedang menyerang mereka di sana sini. Ikatan barisan mereka menjadi kacau bilau. Ketika itu juga, tersebar khabar angin bahawa Rasul s.a.w. telah terbunuh. Sebahagian mereka telah lari pulang ke Madinah. Orang musyrik dapat sampai kepada Rasul s.a.w.. Batu-batu yang mereka lontar mengenai Baginda sehingga Baginda jatuh pengsan, mukanya luka, kedua lututnya bercalar, bibir bawahnya berdarah dan topi di kepalanya pecah. Dua cincin rantai topi itu telah terbenam masuk ke pelipis Baginda. Orang musyrik bertambah ramai menyerang Rasul s.a.w. untuk membunuh Baginda. Baginda s.a.w. tetap bertahan bersamasama sekumpulan orang mukmin, antara mereka ialah: Abu Dujanah yang bertindak menjadi perisai Rasulullah s.a.w.. Dia melindungi Baginda daripada anak-anak panah orang musyrik.Anak-anak panah itu telah menembusi belakang tubuhnya. Antara mereka lagi, Saad bin Abi Waqqas. Beliau telah memanah pada hari tersebut kira-kira 1,000 anak panah. Antaranya lagi, Nasibah Ummu 'Umarah al-Ansoriyyah. Dia meninggalkan tugas memberi minum tentera yang cedera, untuk bertempur menggunakan pedang dan memanah demi mempertahankan Rasulullah. Dia terus bertempur sehinggalah sebatang anak panah hinggap mengenai tengkuknya, menyebabkan luka yang dalam. Bersama-sama Nasibah juga, suami dan dua orang anaknya yang turut serta mempertahankan Rasulullah. Rasulullah s.a.w. mendoakan untuk mereka:

“Semoga Allah memberkati kamu sekeluarga.”

Lantas Nasibah berkata:

"Doakan kepada Allah supaya kami menemanimu di syurga."

Lantas Baginda berdoa:

"Ya Allah, jadikan mereka teman-temanku di syurga."

Nasibah r.ha. berkata selepas itu: "Aku tidak mempedulikan lagi bencana yang menimpaku dalam urusan dunia."

Baginda s.a.w. telah berkata berkenaan Nasibah:

"Aku tidak menoleh ke kanan dan ke kiri pada hari Ghazwah Uhud,melainkan aku melihatnya berperang di hadapanku".

Pada hari tersebut, Nasibah mendapat 12 luka, sama ada akibat tikaman tombak
mahupun tetakan pedang.

Pada saat-saat genting itu, Ubai bin Khalaf telah cuba untuk sampai kepada Rasul s.a.w. bertujuan membunuh Baginda. Dia bersumpah tidak akan berpatah balik. Maka Nabi s.a.w. mengambil sebatang tombak daripada sahabat yang bersama Baginda, lalu merejamnya ke leher Ubai. Rejaman tersebut menyebab kematiannya. Ubai bin Khalaf juga merupakan satu-satunya orang yang dibunuh oleh Nabi s.a.w. dalam semua ghazwah Baginda.

Kemudian Baginda s.a.w. dapat berdiri dan bangun dipangku oleh Tolhah bin
Ubaidillah. Baginda memandang ke arah orang musyrik dan ternampak sekumpulan daripada mereka berada di atas bukit. Lantas Baginda menghantar sahabat menghalau mereka turun seraya berkata:

"Tidak sepatutnya mereka berada lebih tinggi daripada kita. Ya Allah, tiada
kekuatan bagi kami metainkan dengan Kamu".

Pertempuran telah berakhir. Abu Suffian menyatakan kelegaan hatinya dan hati orang musyrik yang lain, setelah berjaya menebus kekalahan mereka dalam Ghazwah Badar dengan kata-katanya:

“Hari ini merupakan bayaran bagi hari Badar.”

Di antara mereka yang terbunuh dalam peperangan ini ialah Hamzah, bapa saudara Rasul s.a.w.. Hindun, isteri Abu Suffian telah mengkelar-kelar mayatnya, membelah jantungnya dan mengunyahnya. Dia merasa kepahitan jantung itu, lalu memuntahkannya.Rasul s.a.w. merasa amat sedih melihat keadaan Hamzah, lantas berkata:

“Sekiranya Allah memenangkan aku ke atas Quraisy di sesuatu tempat, aku akan kelar 30 orang lelaki daripada mereka.”

Namun selepas itu Allah melarang daripada mengelar mayat.

Bilangan orang Islam yang terbunuh dalam pertempuran ini ialah kira-kira 70 orang,sementara jumlah orang musyrik yang terbunuh ialah 23 orang.

Allah Taala telah menurunkan beberapa ayat berkenaan ghazwah ini bagi merawat
kelukaan hati orang-orang mukmin dan menyedarkan mereka tentang punca-punca kekalahan yang menimpa mereka. Allah berfirman dalam surah Ali Imran,yang bermaksud :

Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan
menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang
akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi
(mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang
yang (sungguh-sungguh) beriman.

Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendapat lukayang sama (dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

Dan juga supaya Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa-dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir.

Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal
belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang
berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi)
nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal had dalam
perjuangan)?
”.

(Maksud Ali Imran: 139-142)

Selang beberapa ayat selepas itu, Allah berfirman lagi,yang bermaksud:

“Dan demi sesungguhnya, Allah telah menepati janji-Nya (memberikan
pertolongan) kepada kamu ketika kamu (berjaya) membunuh mereka
(beramai-ramai) dengan izin-Nya, sehingga ke masa kamu lemah (hilang
semangat untuk meneruskan perjuangan) dan kamu berbalah dalam urusan
(perang) itu, serta kamu pula menderhaka (melanggar perintah Rasulullah)
sesudah Allah perlihatkan kepada kamu akan apa yang kamu sukai
(kemenangan dan harta rampasan perang). Di antara kamu ada yang
menghendaki keuntungan dunia semata-mata, dan di antara kamu ada yang
menghendaki akhirat, kemudian Allah memalingkan kamu daripada
menewaskan mereka untuk menguji (iman dan kesabaran) kamu; dan
sesungguhnya Allah telah memaafkan kamu, (semata-mata dengan limpah
kurnia-Nya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melimpahkan kurnia-Nya kepada
orang-orang yang beriman.

(Ingatlah) ketika kamu berundur lari dan tidak menoleh kepada sesiapa pun, sedang Rasulullah (yang masih berjuang dengan gagahnya) memanggil kamu dari kumpulan yang tinggal di belakang kamu (untuk berjuang terus tetapi kamu tidak mematuhinya). Oleh sebab itu Allah mem-balas kamu (dengan peristiwa) yang mendukacitakan (kekalahan),dengan sebab perbuatan (kamu menderhaka) yang mendukacitakan (Rasulullah) itu, supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput dari kamu, dan tidak (pula bersedih) akan apa yang menimpa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan”.

(Maksud Ali Imran: 152-153)


Kepada sesiapa yang berpeluang gi melawat tempat2 ni, pergilah (strongly suggest :) ), jangan lepaskan peluang ni. Ziarahlah selagi tempat2 tu ada. Sekarang, parit khandak pun dah takda. Dengar khabar dah kena kambus dengan kerajaan. Sayang kalau tak dapat tengok dulu. Smoga kita dikurniakan rezeki lagi untuk ke tempat-tempat yang kaya dengan sejarah Nabi s.a.w, insyaAllah!



Huda Idris,
tengahari 12 Rejab 1423H

it's never too late

Monday, June 13, 2011

it's never too late to start
it's never too late too repent
it's never too late
it's never too late

azan masih didengari
pendengaran masih dinikmati
penglihatan masih baik
kudrat masih ada
jadi manfaatkanlah

masih belum terlambat
untuk kau bertaubat



p.s: masih belum terlambat untuk menulis pengalaman pergi umrah. Hari ni genap seminggu pulang malaysia dari umrah. Mungkin juga baru sembuh setelah mengalami sindrom2 jet lag (terikut2 masa di tanah arab).



Baitullah yang tenang. Ada rezeki nak pergi lagi.

Tawaf is a circle. Our life too, is a circle

Thursday, June 9, 2011

Baitullah dari tempat solat.


"Tu, Tawaf tu bulatan. Tengok tu. Hidup kita pun bulat!"

"Ha?" terpinga-pinga aku.

"Faham maksud saya?" tanya dia sambil merenung mataku.

"Em.. bleh makcik terang?" aku lebih selesa memanggilnya pakcik. Kebetulan Allah menemukanku dengan seorang makcik yang seolah-olah seperti pakar motivasi.

"Tu.. tawaf tu kan bulat. Kadang-kadang kita di tengah, kadang2 di tepi. Kita pusing. Sekarang di Multazam, kemudian di tepi Hijir, kemudian ke Rukun Yamani.

Macamtulah hidup ni. Kadang-kadang kita di atas, kadang-kadang di bawah.."

"Aa aa.." Aku mengiyakan sambil terlopong.

"What you gives, you get back!"

"Aa aa.. " Aku mengangguk-angguk.

"Kadang-kadang bila kita dapat sesuatu.. Sebarkan kat orang lain.. Sebab hidup ni macam roda..kita sedar.. time kita sedar ni lah kita perlu menyampaikan. Makcik ni pun, dah senja-senja baru Allah buka mata..

Pernah dengar cerita petani di ladang teh?"

"Aaa.. belum kot. Ceritalah makcik. Best plak dengar makcik cerita. Sementara belum masuk waktu ni.." sambungku sambil-sambil duduk menunggu waktu Maghrib. Saf-saf semakin penuh. Masih ramai jemaah yang tak putus-putus bertawaf di sekeliling Kaabah.

"Ok.. Ada satu ladang teh yang luas... Dan kita adalah petani. Tuan ladang bagi kita kerja untuk kutip teh. Kerja kita kutip teh. Kita petani..bangun pagi-pagi nak kutip teh. Kita bawak bakul belakang kita, lepas petik daun teh, letak dalam bakul yang kita galas. Lepas subuh, kita bersemangat nak siapkan kerja macam yang tuan kita suruh. Teh, macam2 jenis. Ada kat bawah bukit, ada kat atas bukit. Kita start kutip dari yang bawah bukit lepas subuh. Kita duk asyik sangat kutip teh, tegok-tengok dah sampai separuh dah kita kutip. Boleh agak ape point makcik?"

"Emmmm..boleh kot. Lepas kutip teh, kita hantar kilang, dapat hasil" jawabku.

"Ha'a..ada dah kena sikit tu."

Aku senyum. Makcik sambung.

"Kita seronok sangat kutip. Tapi, kita tak cek bakul kita. Kita tak tahu rupa-rupanya ada ulat yang makan daun teh kita. Dah sampai kat teh atas bukit, sedar-sedar hari dah senja. Apa yang kita dapat?"

"Erk." Penghujung yang tak aku sangka.

"Tak sangka kan?"

"A'a.." Aku jawab ringkas sambil mengangguk.

"Tuan ladang tu suka tak tengok teh kita sedikit sebab kena makan ulat?"

"Tak." ringkas jawapanku.

"Kita tak sedar.. sebanyak mana amalan kita yang benar-benar sampai kat Allah.. banyak mana yang Allah terima.. kita ingat bakul kita dah penuh, rupanya ade ulat.." simpul makcik tu.

"Tengok-tengok, dah senja baru perasan bakul kita ada ulat... Mujur kita perasan waktu senja. Senja macam umur makcik la, umur dah senja baru terbuka mata.. Kita amik purata umur ikut umur Nabi la ye, 63 tahun, makcik 54..jadi makcik ni senja sangat dah... awak muda lagi, manfaat betul2" tambah makcik lagi setelah tanya berapa umurku.

"Em..." khusyuk aku memasang telinga.

"Amalan kita..kait dengan hati. Kita kena recheck. Selalu check hati kita. Takut-takut amalan yang dah kita buat tu rosak. Kan rugi..."

"A'aaa.." aku mengangguk dan tersenyum.

Tak lama kemudian, azan maghrib berkumandang. Makcik itu menutup tafsir di hadapannya dan meletakkan ke atas rak. Aku memohon pergi dahulu untuk menyempurnakan wudhu'.

SubhanAllah. Pertemuan yang tak disangka. Makcik yang nampak pendiam duduk memegang tafsir, sekali menyapa, macam-macam hikmah yang dia sampaikan. Seorang yang bekerja di hospital, namun memberi nasihat selembut seorang ibu dan sesemangat seorang pakar motivasi.

"Makcik ni macam seorang pakar motivasilah.."

"Eh..takdenya motivasi.. Sikit-sikit bolehla.."

"ingatnya kerja cikgu tadi.."

"75% orang yang makcik jumpa, cakap makcik ni cikgu.." balasnya.

Pada awal perbualan, memandangkan makcik dah lama bekerja di hospital, dan tahu aku bakal bekerja di hospital insyaAllah, dia memulakan bicara dengan suatu harapan... perubahan cara mendidik pesakit-pesakit di hospital.

"Kamu, masa depan nanti... Jihad kamu, mendidik pesakit-pesakit di hospital. Didik solat, didik terima ujian dengan redha..

Yang mereka tahu, sakit sakit.. Mereka tak nampak sakit itu ujian.. Ujia tu dari sapa.. Dari Allah.. Kalau mereka faham, sakit itu ujian, ujian tu dari Allah, mereka akan redha..

Yang ni... hanya tahu sakit, nak ubat..sembuh..

Ubat tu pun dengan izin Allah, sihatkan penyakit tu.. Doktor yang rawat tu.. dengan izin Allah juga.. baru sembuh sakit.."

"Doktor dan ahli farmasi sebagai wasilah.." ujarku.

"Ya...Farmasi tak banyak kerja sangat, mereka kalau tak sembuh lagi, datang balik jumpa makcik, kena diagnosis lain.." tambah makcik tu yang bekerja di makmal patologi..

"Hu.. terima kasih atas nasihat makcik.."

"Ada akal, fikir! Ada mata, lihat!" tambah makcik.

Aku mengangguk dan tersenyum.

Nasihat yang penuh hikmah di awal perbualan. Alhamdulillah nasihat-nasihat yang datang untukku pada masanya. Kesimpulan hikmah untaian nasihat itu,

1. Sampaikanlah yang baik2. Janganlah kedekut dalam menyampaikan, kerana hidup kita ibarat roda, apa yang kita bagi, itulah yang akan kita dapat.
2. Sentiasa waspada dengan amalan kita, recheck hati supaya amalan yang kita buat, tak rosak seperti ulat yang makan daun teh. Sebelum menyesal sebelum menghadap Ilahi.
3. Didik pesakit dengan nilai-nilai Islam yang indah. Sakit itu rahmat.
4. Gunakan nikmat2 Allah dengan baik..akal, telinga, mata, dan sebagainya..


Kaabah itu rumah Allah. Jemaah yang datang tetamu Allah. Bukan menyembah Kaabah, tapi menyembah Allah. Jemaah yang datang beroleh banyak berkat. Mungkin, kehadiran makcik ini padaku selama beberapa minit merupakan rahmat Ilahi. Alhamdulillah bertemu di rumah Allah, dengan izin-Nya.


Terngiang-ngiang ucapan hikmah itu,
"Di Kaabah ni banyak rahmah dan berkah!!!"

Memandangnya di waktu Malam boleh pahala juga. Dari suatu hadith.


Huda Idris,
11 Rejab 1423 Hijrah
1659 waktu Mekah
2159 waktu Malaysia


P.s : khas buat Arifah dan Izzati Kamal yang menung-nunggu entri pengalaman umrah. Huhu. Juga kat sahabat berenam saya yang masih seronok berblogging =) Sori lambat, balik umrah hari tu seminggu jadi bingung jap teriku2 masa tanah arab, orang tidur, kita jaga, orang jaga, kita tidur.. ( experienced from jet lag.. hehe)