Kuliah Ramadhan malam 8 Ramadhan
Us Syed Abd Kadir Al-Joofre
Dtaran Imam Nawawi, Pelindung
Puasa dan Taqwa
- Puasa Sebab takutkan Allah, dapat pahala dan taqwa.
- Puasa sebab malu dengan manusia, tak dapat pahala dan taqwa.
- Sahabat2 Nabi s.a.w, di bulan puasa sampai berjuang di medan perang, kerana taqwa yang mereka ada mengatasi segalanya
Didik Nafsu
-Imam Ghazali dalam buku Wahai Anakku (ya Ayyuhal walad) ada tulih, bagi nasihat memang senang TAPI terima nasihat memang susah. Menerima nasihat itu susah kerana berlawanan dengan kehendak nafsu.
-Imam Busiri bagi contoh, Nafsu ibarat budak kecil.
Bila mengekang, dia akan meminta dan meronta-ronta. Bila berhenti sesuatu yang seronok, keinginan akan jadi tinggi.
Ustaz bg contoh... orang2 yang merokok, bila masuk waktu buke pose, berbuka dengan rokok.. sebab nafsu meronta2
-tapi, bila dididik dalam masa yang lama, sampai 1 bulan sbg cth, nafsu akan tenang, akan cool. Jadilah nafsu itu nafs mutmainnah.. (rujuk surah al fajr : ayat 27-30)
Contoh lain.. bila nak bangun malam, susah. sebab nafsu lebih suka tidur. Tapi, bila satu tempoh masa kita kekang, lama-lama akan senang n biasa.
Taqwa.
- Memetik kata2 Tn Guru Haji Hadi, "Jgn kamu merasakan spt ayam jantan, yang merasakan matahari itu terbit disebabkan dia kuat berkokok.."
-Nak dapatkan bantuan Allah, perlu ada taqwa. Bukan sekadar strategi dan usaha fizikal.
- Petikan nas-nas al-Quran/hadith ; "Bertaqwalah dan Allah akan ajar kamu", "Allah buka keberkatan pada orang yang bertaqwa."
-Keberkatan ada pada pada yang bertaqwa, jika menajdi ketua, ada keberkatan pada ketua yang bertaqwa.
Kisah Seorang Raja
-Syeikh Daud al-Fathoni dalam kitab solat Muniyati Al-Musolli (kalau salah ejaan tlg betulkan), di bab hujung sekali ada menyebutkan kisah seorang raja dan seorang pakcik yang mempunyai lembu. Hanya disebabkan niat buruk yang terlintas dalam hati raja tu, lembu2 pakcik tu x keluarkan susu (raja tu berniat untuk mengambil susu lembu pakcik tu ). Kemudian, raja itu balik dan bertaubat, dan datang semula esoknya, lembu-lembu itu mengeluarkan susu macam biasa.
Kesimpulan; Hasil keberkatan dari orang yang bertaqwa.
Allahumma faqqihna fiddeen, wa'allimna takwil.
Sekadar berkongsi. Mana yang salah sila betulkan. Salam Ramadhan Kareem.