Entah kali keberapa makhrajku dibetulkan,
"Haaaqqqaf. Bukan Haaaqqak."
Aku cuba, berhenti. Batuk. Dapatkan air, sambung semula.
"Ha, ok dah. teruskan."
Seketika dulu,
"Arrrrohmaanirrahim... masuk terus. jangan lambat2."
"Lidah awak ade masalah ke?" Garang ustaz. Tegas.
"Tak tahulah," jawabku sambil mendapat simpati, meneruskan percubaan yang sekian kalinya
Seketika dulu lagi,
Teringat Nabil dan Muhammad di rumah, ketika aku menyemak bacaan mereka,
"Kho! Khhhhooo! bukan Ko. bunyi dari kerongkong." ujarku.
"Kho! Kho! Kho! Kho! Kho! Kho!" Bersungguh Nabil keluarkan bunyi dari korongkong.
Macam singa katanya.
Sekarang ni, kalau membaca doa belajar, pasti mereka berhati2. Menjelingku takut2 tersalah.
Mereka dah diberitahu, Allahummaftah, bukan yang selalu diamalkan oleh pelat lidah Allahummaftaf!
Cara aku tak setanding langsung dengan cara2 ustaz/ah yang tegas dan garang. Seorang ustazku sebelum ini,wajib anaknya menangis sekiranya ustaz itu yang mengajar. Thrill, kecut perut aku mendengar. Namun begitulah, kalau dididik selembut angin, hasilnya turut lembut...malahan boleh jadi lembik. Dididik dengan tegas, hasilnya insyaAllah kemas.
Ok, bukan itu topik perbincangan. Qaf dan WaQaf. Setelah berkali-kali diasak dengan Qaf, aku mengulang2 kalimah yang dibetulkan tadi. Qaaf. Quf. Maknanya berhenti.
WaQaf, berhenti juga.
Hidup ini perlu ada waqaf.
Sekiranya aku hilang sabar dan tergesa-gesa habiskan bacaan, sudah tentu aku tak mengenali qaf itu. Qaf yang mengajar aku sabar, melembutkan lindah mengelokkan makhraj. Kenapa perlu ada qaf dalam hidup? Kerana waqaf itu mengajar kita bersabar. Berhenti sejenak.
Macam2 rintangan, ujian, kesibukan (how sibuk is sibuk??) kadangkala mungkin menyebabkan hidup dan diri kita tertekan. Tertekan, lalu hilang sabar, kemudian bermulalah episod syaitan2 mempengaruhi keputusan dan emosi. Segala tindak tanduk yang difikirkan boleh jadi negatif dan berniat jahat. Merugikan diri.
Contoh mikro; Berasa rimas dengan pemakaian tudung. Tak sempat bersabar, syaitan mencucuk, menutup aurat itu menyusahkan. Langsung, tudung dicabut, lengan dan aurat lainnya terdedah. Lebih banyak mata2 ajnabi yang memandang, lebih banyak dosa, lebih banyak syaitan gembira. Akibat tiada sabar dan waqaf.
Contoh lain super - mikro; Berasa kelam kabut dengan kerja yang banyak, Iman yang tak sempat tertopup, buku yang tak sempat dibaca, assigment yang tak pernah putus, tapi sentiasa double up. Tertekan, tidak memberi ruang untuk kita waqaf dan refleksi, akhirnya menyerah. Menyerah untuk give up, tak sanggup dah nak siapkan assigment, sebab banyakkk sangat, sakit kepala dibuatnya.
Dan macam2 lagi contoh yang kita boleh kaitkan dengan kehidupan kita.
Waqaf=Sabar
Betapa besarnya pahala dan kelebihan2 mereka yang bersabar spt yang disebutkan di dalam hadis dan al Quran. Dengan sabar, kita mempunyai masa untuk menyerap aura positif, untuk counter back segala idea-idea negatif sebentar tadi. Aura iman. Kita mempunyai masa bertafakur sejenak merenungkan hakikat kita yang penuh unik, penuh asrar sbg ciptaan Ilah. Kita akan cuba menghargai bahawa kita adalah insan yang cukup terbaik, kerana masih dipinjamkan akal dan sebagainya untuk menikmati suatu kehidupan yang maha indah. Dan, kita akan sedar, kejayaan dan kebahagiaan itu milik kita semua, seandainya kita itqaan berusaha.
Dan berlalulah episod sedih, tertekan, dan negatif yang mengcengkam diri...
Allah berfirman : "Mintalah pertolongan Allah dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu', (yaitu) orang-orang yang meyakini, bahwa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahwa mereka akan kembali kepada-Nya " (Al-Baqarah 2:45-46)
فصبرن جميل واللهِ المستعان... (Yusuf)
"Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."( Ali Imraan :200)
"Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia.
Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keuntungan yang besar."
(Fushilat : 34-35)
Sekuatnya dugaan yang kita terima, kuat lagi dugaan orang terdahulu.
Setahap mana pun kita, tak akan terbanding dengan orang2 terdahulu.
...renung2kan dan selamat beramal buat diri. Tiadalah kekuatan melainkan dengan Allah dan cara2 yang mendekatinya. Semoga jumpa "sesuatu yang telah hilang" melalui solat yg khusyuk, mengaji, dan ibadah umum seharian. BarakAllah...
Aqidah yg sejahtera, Ibadah yang sahih, dan Akhlak yang mulia.
Juga turut berteima kasih kepada seorang sahabat yang berjaya menekan butang waqaf @pause 1 jam 15 minit petang tadi akibat kecuaian disipilin seorang hamba Allah... semoga lepas ni dia akan menjadi lebih baik, doakan...
selesai kelas quran ke 3,
nurul idris,
talhah 3
indera mahkota,
ijtima' hari pertama.
0 thoughts from optimists:
Post a Comment