200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

Bersyukur~ & Seloka Pilihanraya

Tuesday, September 25, 2012
Bismillah

1. Tadi terlepas dengar talk ust Nidzam. Aku tahu jiwaku yang keras sebegini kene sesekali (@selalu?) diketuk dgn tzkirah ttg Quran.  Mujur jumpa blog yg bkaitan, nasihatnya ringkas tp bermanfaat -"Imam al-Ghazali menyatakan dalam Ihya' Ulumuddin bahawa membaca al-Quran itu sebenarnya dengan penyertaan lidah, akal dan hati.". Bimbangnya jika tidak termasuk dalam pilihan2 Allah..

~Allahummaj'alna min ahli quran

2. Walaupun terlepas dengan talk, actually hati sangatlah gembira sbb berjaya balik kejap jumpa mak ayah. N mak treat me for iftar today. Walaupun lauk simple je, tapi juadah dan air tangan seorang ibu sering bermakna =) Mak n ayah, selalu berjaya mengisi jiwaku. Nikmatnya berjumpa, nikmatnya boleh berjemaah same, nikmatnya mendengar mereka mengaji. Ya Allah, engkau jadikan keturunan ayah mak n keluarga kami dr golongan yang m'DIRIkan solat dan rajin mengaji... Jadikan kami hamba2-Mu yang bersyukur...

3. Esok PRK. pilihanraya kampus. so far, aku lihat kali ni rancak skit pertandingan dan kempennya. Termasuklah KOP. And just now, when i was mingle around in fb, terjumpa satu seloka ni untuk budak sciencess, aku paste sinilah. it's so true. Bersainglah secara sihat. Untuk 'rakyat' kuliyyah dan demi Islam. Same2 faham dan raikan perbezaan, janganlah sampai bergaduh beria2... (mode: tidak berminat dgn politik kotor, interested only in politik bersih pls).

Kepada semua, selamat mengundi!

seloka di bawah ni amik dari student sciencess. n saya nak pinjamla, tukarkan kepada students KOP n iPHA.  enjoice=)



Buat ProMahasiswa & Penggerak Mahasiswa ...

Ada rakan, dahulu kawan, kini lawan,
Karena beza pandangan,
Ada rakan, dahulu kenangan, kini musuhan,
Karena beza pimpinan,
Ada rakan, dahulu rapat, kini tak erat,
Karena beza pendapat,
Ada rakan, dahulu ketawa, kini sengketa,
Karena politik semata ...

Kan bagus,
Walau puak berbeza,
Walau haluan berbeza,
Tapi tetap boleh semuka ..
Karena,
Inilah demokrasi,
Medan bervisi,
Bukan Medan memaki,
Hatta mendengki ..

Kan bagus,
Walau ideologi tak sama,
Walau impian tak sama,
Tapi tetap boleh semuka ...
Karena,
Inilah demokrasi,
Medan diskusi,
Bukan medan membenci,
Hatta penting diri ...

Ingatlah,
Suburkan keadilan,
Baru rasa kenikmatan,
Betulkan impian,
Baru rasa kemenangan,
Hapuskan persengketaan,
Baru indah perjuangan,
Berikan kesamaan,
Baru indah perbezaan ...

Karena,
Andai ada secebis rasa dendam,
Sampai mati tiada seragam,
Andai ada niat membenci,
Sampai mati tiada henti,
Andai ada sekelumit sengketa
Sampai mati perjuangan sia-sia ...

Takut nanti rakan sekamar, bermusuh tegar,
Bukankah tak wajar?
Takut nanti rakan sebual, bersial-sial,
Bukankah tertegar?
takut nanti rakan semeja, bermasam muka,
Bukankah tersasar?

Akhirnya,
Pesanan sesama kita,
Betulkan niat, pasti menyata apa dihajat,
Lawanlah secara sihat, pasti erat menyata makrifat ...

Sesiapapun yang menang nanti,
Hanyakan rasa nikmatnya,
Jika betul perjuangannya,
Sesiapapun yang menang nanti,
Hanyakan rasa syukurnya,
Jika betul azamnya ...
Niat hanya keranaNya..

Buat baik pada orang,
Pasti tiada yang rugi,
Kita hanya perancang
Nya yang satu penentu hakiki ..

Kita tetap sama..
Berkongsi di bawah bumbung iPHA SCIENCESS yg akn trus maju ke hadapan,
Usahlah kita bersengketa,
Demi kbersamaan matlamat & kemajuan..

Good luck semua calon iPHA SCIENCESS,

ASSALAM ..

Pesanan iklas,
Pemerhati Biasa-biasa~

0 thoughts from optimists:

Post a Comment