- First time tergerak nak berbuka dengan anak-anak D'nasti (fb) (blog). Pada mulanya aku diberitahu ada iftar bersama tetamu, rupanya tak jadi-ada perubahan mungkin. Sesampainya di rumah mereka 6.45 pm, aku terkejut dan katanya tak masak lagi lauk untuk berbuka, lalu kami 'belasah' masak sardin je. Dan akhirnya, sahabat warden pulang dengan membawa ayam [ayam golek yang kering] ... dan alhamdulillah selamat berbuka dengan nasi putih+sardin+ayam+telur dadar + bubur (ada orang bagi) untuk kira-kira 10 orang dan lebih.. Tak sempat nak masak sayur.. Tapi seleranya anak-anak tu menjamah, menambah, menyapu kuah sampai licin, membuatku tersenyum dan merenung2 akan nikmat Allah bagi... [terkenang berbuka di rumah, 4-5 jenis lauk dan sayur, untuk 4-5 orang makan..]
- Dan semasa witir juga, first time berimamkan kanak-kanak lelaki berumur 8 tahun. Nampak nakal, tapi subhanallah bacaannya baik. Sebelum dia jadi imam, aku test dulu minta dia baca al fatihah..
- Sebelum balik, Iwan memintaku untuk mendengarnya tasmik al-Mulk. Kena dapatkan al-mulk sebelum tidur, kalau tak dengarnya adalah habuan menanti.
- Semasa pulang, first time aku test jalan sehala tengah-tengah bandar. Jem dari ECM-Eng Hong ke simpang bukit ubi makin teruk, lagi-lagi bila kedai baru tutup..
Semoga Allah memberikan sedikit kekuatan untuk berdamping dengan quran dan menghabiskan baki ramadan dengan penuh iltizam selepas bersama dengan anak-anak ini....
Pesan Ust Shafien,
~alangkah ruginya orang yang bersolat fardhu tapi meninggalkan solat sunat.
~alangkah ruginya orang yang bersahur tapi tidak bertahajud
~alangkah ruginya orang yang bersahur tapi meninggalkan solat subuh
~alangkah uginya orang yang berpuasa tapi meninggalkan solat
~dan alangkah ruginya orang yang buat ibadah sunat tapi meninggalkan yang wajib....
[banyak lagi pesanan dan nasihat ustaz yang menggertak hati yang tidur dan lesu]
WajazakAllahukhayran ustaz & anak2 & staf D'nasti.
Moga dikuatkan hati dan dipermudah urusan .
Doakan Mesir.
[keadaan makin teruk, penyembelihan, provokasi, kepungan, dan pembunuhan berlanjutan di kawasan2 tertentu di Mesir...]
Nota : Belajarlah dari mereka yang kurang bernasib baik, kerana di sebalik ujian yang dilalui, terselit seribu kekuatan dan kegembiraan opada mereka. Mereka sudah pinjamkan aku semangat dan kekuatan, walaupun dengan hanya lawatan seketika ke sana....
NHI
1.16 am
19 Ramadan