200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

Mesir : Jalan cerita yang sama, watak yang berbeza.

Thursday, July 4, 2013
Jalan cerita yang sama, watak yang berbeza.

Sebak pabila melihat kata-kata ini. Kata2 ini seringkali singgah ditelinga dan dimataku sebelum PRU.

Dapatku faham bahawa;
Andainya kita mereka ini ikhlas berjuang, kita/mereka akan menggantikan watak-watak pejuang yg terdahulu, dalam jalan cerita yang sama.

Tiba-tiba aku sebak. Hari ini kita sedia maklum kerajaan Islam digulingkan di Mesir sebagaimana kerajaan khalifah uthmaniyyah pernah digulingkan suatu ketika dahulu. Sekiranya hari ini sejarah Sultan Abdul Hamid II yang dihalau keluar dari istananya berulang dengan peristiwa Mursi diusir dari pejabat presiden Mesir, namun tidak mungkin suatu hari nanti Mursi dan Islam kembali ke tempat asal sebagaimana Hugo Chaves di Venezuela kembali mendapat takhta kesan daripada tekanan rakyat mahukan beliau kembali berkuasa. (Aku doakan biar Islam menang dalam keadaan lebih ramai rakyatnya yang faham islam & politik)

Langsung tiada yang mustahil.

Teringat kuliah ustaz H baru-baru ini, antara jist2 yang disampaikan adalah
- Kemenangan tidak bermakna boleh berehat dan menarik nafas.
- Tetapi, kemenangan memerlukan lebih banyak tuntutan untuk membebaskan jahiliah yang telah membiak dan berakar umbi di dalam masyarakat. Malah lebih tepat dalam konteks Mesir, sekularisme yg menyubur di kalangan sebahagian masyarakat. Baki2 jahiliah inilah akhirnya yg mencetuskan perselsiihan dan perbahalan.
-  Sorotan sejarah menunjukkan, ketika zaman kemenangan Salahuddin al-Ayyubi, 'pembersihan' dilakukan kepada sebahagian rakyatnya yang enggan wala' pada pemimpin, kemudian barulah urusan untuk memakmurkan negara dengan Islam lebih lancar. Banyak lagi sirah yang berkaitan -saidina abu bakar menghadapi golongan riddah, gol yang enggan bayar zakat, saidina ali dan usman yang menyelesaikan masalah2 dalaman orang Isalam dahulu, dan sebagainya yang boleh dirujuk.


Allahu. Sejarah berulang lagi dengan Jalan cerita yang sama, watak yang berbeza.

Firman Allah dalan surah an-Nisa, ayat 76 ;

A076

Orang-orang yang beriman, berperang pada jalan Allah; dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan Taghut (Syaitan). Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut Syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah.

Islam selamanya akan menang dan berada di atas.
Islam selamanya bawah pengawasan Allah..
Segalanya yg berlaku adalah tarbiyah dan ujian untuk mereka yang sedang berjuang, dan buat kita yang jauh, bantulah dengan tembkan2 doa n qunut nazilah dengan ikhlas.

Allahummansur ikhwanana fil Misr!



p.s. terasa sedikit 'kayu' tangan ini setelah lama tidak menulis....mohon dimaafkan salah silap..


Nurul_H,
040713.
DS, KB, Kuantan.

0 thoughts from optimists:

Post a Comment