200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

Ketenangan yang tak disangka ^_^

Sunday, September 21, 2014

Alhamdulillah2.. Selepas berhari2 kehilangan "ruh", harini Allah beri kekuatan..


Orang yang tenang akan dapat mencampakkan ketenangannya pada orang lain.


Patient tu, sebelum ak datang, kelihatan buku tebal bertajuk Tun Dr Mahathir Muhammad. Ak tanya, baca ke? Dia angguk gitula baca jugak katanya.. 


Semasa berbual dengannya, dia banyak bagi kerjasama. 

Ada la jugak point2 kaunseling aku yang katanya dia tak pernah dengar.


Lama duk bina rapport dengan patient, lepastu dia mengadu- akan susahnya nak solat / kurangnya surau untuk pesakit di situ. Aku cadangkan dia solat atas katil je.. Tp ye la katanya,bila masa ramai orang macamni, tak selesa juga.. N aku perasan katil dia pun tak berapa sesuai nak solat sbb ada tompok2 darah. Namapun ward ortho(tulang), yang banyak deal dengan kes2 accident, mmg sinonim dengan darah dan pendarahan di katil. 


Akhir2 tu, dia tambah lagi tentang mitos yg bagitahu insulin berasal dr sumber yg tak halal. Betulke katanya? Mula2 tu aku ralat nak cite panjang. Aku cakap je buat dari lab. Pastu dia tanya lagi, dr lab tu amik sumber mana? Aku tak reti nak explain dan aku mnta diri dan bagitau akan kembali sebab aku ralat nak solat. 


Lepas aku rehat utk solat asar, aku kepilkan leaflet dan jelaskan semuanya. Dari engineering technology-recombinant DNA- DNA human insulin pastu dimasukkan ke dalam e.coli- dia hanya mengangguk. Lol. Huhu. Info ni aku jarang2 cite kat pesakit, melainkan yang betul2 nak tahu.. (Teringat pesan pegawai di KK, Be selective of what u're going to tell ur patient) That's y aku pun dah lupa skit sebab tak repeat..


N sebelum aku balik, sempat aku menjelingnya, kelihatannya selesa sambil membelek kitab Fadhail Amal. Buku yg familiar waktu belajar dlu,tebal dan berkulit biru. 


Apa yang aku nak cerita di sini, sebenarnya bukanlah apa yang aku buat kat patient tu. Tapi, apa yang dia dah buat padaku. Dari cara dia bagi kerjasama untuk berbual, apa yang dia risaukan, dan sikap yang suka membaca, dah buat aku terkesan. Terkesan dengan kebimbangan dia tentang agama- benda halal haram dan solat. Sedikit sebanyak mencampakkan ketenangan pada kita yang deal dengannya. Orang yang mendahulukan Allah dalam segala hal, Allah bagi kemuliaan yang dapat dia pancarkan pada orang sekeliling. Tak perlu formal, tapi pancaran kebaikan itu berasal dari akhlak dan hati yang tenang.


Alhamdulillah ya Allah.


Selepas aku rasakan berhari2 kehilangan "ruh", harini Allah datangkan ketenangan dan kekuatan dari seorang pesakit.


Orang yang bahagia dapat membahagiakan orang lain.


Orang yang tenang dapat mencampakkan ketenangannya pada orang lain.


Bagaimana mahu tenang?


Mestilah jika kita kembali pada Allah..


Ala bizikriLllahi tatmainnul quluub

-dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang-


:)





Huda_Idris,

Yang dah lama tak menconteng blog ni,

Seremban

21/09/2014

0 thoughts from optimists:

Post a Comment