Dalam hidup kita, ada banyak masalah yang pelbagai, tapi semuanya dapat diatasi dengan pengurusan yang efisien,cekap & baik. Antaranya adalah pengurusan kewangan, masa, emosi, manusia, & sistem. Pengurusan yang efisien mampu memelihara emosi & tenaga kita untuk terus 'perform' sepanjang hari.
Alhamdulillah hari ini Allah izinkan untuk naik bas ke Kuantan dari TBS. Pengurusan TBS yang cekap sangat menggembirakan hati saya. Antara perkara yang boleh dipuji ialah:
1. Kaunter tiket bersepadu yang menjual semua tiket di semua destinasi di pintu masuk. Juga terdapat list bas mana plg awal nak bertolak & skrin utk pembeli utk memilih tempat duduk.
Mesra pelanggan, menjimatkan masa & efisien.✅🌟🌟🌟 3 bintang utk ini.
2. PA sistem- terdapat announcement yang memanggil NAMA penumpang utk segera berlepas. Pada mulanya akak pelik penjual tiket meminta nama. Tapi selepas diberikan, baru tahu kenapa dia minta😅
Mungkin kadang2 penumpang ada emergency, terlupa, sakit, uzur, & sebagainya, jadi panggilan ini membuatkan semua alert utk menaiki bas lebih awal.
3. Balai berlepas yang selesa, besar, selamat & tidak sesak.
Ada skrin sebelah bas bgtahu status, 2 minit lagi bas akan bertolak...
Pada masa yg ditetapkan, skrin bertukar jadi "departed" & akan beralih ke bas seterusnya. Good time management ✅.
🌟🌟🌟 - 3 bintang utk ini
Kelebihan TBS sebenarnya lebih banyak lagi. Antara kelebihannya sbg inter-connecting station, di sana juga boleh jadi one stop centre utk macam2 perkara. Tapi disebabkan harini teruja sebab dah lama tak naik bas, jadi cerita pasal bas lah dulu.
Alhamdulillah.. I'm learning something new today. Good management will drive to good mood. Good mood--> effective ppl.
[berjalan,melihat,mentafsir] 😁
0 thoughts from optimists:
Post a Comment