Setelah pulang dari umrah beberapa bulan lalu, ramai sahabat2 yg bertanya khabar. Lalu aku suka bertanya, "awak nak pegi bila?" Ramai yg menjawab, "tak tahu lagila.." "Lambat lagi lah.."
Huhu. Saya pun pada awalnya tiada plan yang sebetulnya, semuanya bermula dengan sebuah doa dan ajak-ajak ayam dengan ayah. "Ayah, hujung tahun ni yek kita gi umrah. Kite gi ramai2 bleh? Hehehe" seloroh aku awal tahun lepas.
Alhamdulillah, disebalik kesibukan ayah sbg seorang anak (masa tu masih ada nenek), tapi Allah lapangkan jua jalan satu persatu. Rezeki Allah nak bagi kita tak tahu.. Bermula dari ahli keluarga kami yang memenangi hadiah tiket umrah untuk 2 orang, simpanan yang mencukupi, dan rezeki yang datang dari arah yang kami tidak sangka, Alhamdulillah Allah cukupkan keperluan dan jemput kami ber-6 menjadi tetamu-Nya.
SubhanAllah walhamdulillah allahuakbar.
Betapa bersyukurnya kami atas nikmat pemberian ini. Walaupun tak kurang banyak jugak ujian, mehnah & tribulasi yang datang..
Kepada yang ada hasrat walaupun sedikit, suburkan impian itu. Banyakkan sahaja berdoa & menyebut untuk ke umrah, mungkin kata2 masa tu menjadi suatu doa yg Allah dengar:')
Moga kita semua direzekikan lagi untuk beribadah ke sana, Haramain- 2 tempat yg dijanjikan keamanan.
InsyaAllah. niat! doakan saya eh. kwn awak