200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
  • suatu lakonan sementara

    waktu itu sentiasa dekat

  • Mencari jalan pulang

    "Wahai orang2 beriman, jagalah dirimu; kerana orang yang sesat itu tidak akan membahayakan dirimu apabila kamu telah mendapat petunjuk" (al-Maidah: 105)

  • Sabar

    (3 : 200 ) Sabar dan kuatkan kesabaranmu, dan bersiap siagalah

  • Jangan engkau marah

    La taghdob, be the strongest person on earth

  • Harta tak akan di bawa mati

    Sok sok Mungkar Nakir soal dalam kubur

Menulis di BLOG?

Sunday, April 26, 2009

Hari ini sekali lagi saya berfikir 2 3 kali untuk menulis entri ini.

"Macam hampeh je ape yang aku tulis ni"
"Orang lain dapat ke tak bila tgk blog aku? Ke buang masa diorang je???"
"Wargh. Nak tulis tajuk ape?"

Aku pernah mengajak sahabatku untuk membuat blog bersama, tapi ditolaknya kerana dia tidak reti menulis katanya.

"Aku reti sangat ke menulis?" tanyaku lagi berkali-kali.

Setelah kian lama melayari internet dan blog-blog rakan, aku mengakui aku sangat liat untuk membaca karangan yg panjang2. Dan aku akan berminat untuk baca seandainya,entri blog tersebut lain dari yang lain. Kalau setakat tulis blog sebagai journal peribadi, aku pun agak mual untuk membacanya . Blog untuk dakwah? Itu yang terbaik. Untuk siapa? Bagaimana caranya?

Saya cukup berbangga dan suka dengan kebanjiran blogger2 dari kalangan aktivis dakwah kampus. Namun persoalannya, ke manakah halatuju dakwah di dalam alam maya ini? Mampukah blog kita menyampaikan dakwah kepada massa atau sekadar hanya berlegar-legar di kalangan aktivis dakwah sahaja?

Untuk siapa blog kita
Seorang sahabat saya sering mengingatkan kita fahami senario dalam bertindak. Blog adalah wadah menyampaikan maklumat dengan cepat, dengan target menyampaikan Islam kepada massa. Sedarkah kita dalam keadaan kita bersyukur kerana terselamat dari gejala sosial yang membunuh, dalam kita selesa makan semeja bersama rakan-rakan yang sefikrah Islam dengan kita, dan dalam erti kata yang ringkas kita adalah eksklusif dengan massa dan orang sekeliling, kita mendokong satu tanggungjawab besar untuk mengislahkan orang-orang sekeliling?

Abang ipar saya pernah menyuarakan kebimbangan hatinya,
"Huda tahu tak, dalam satu kursus yang abang pernah kendalikan, dalam semua peserta lelaki (bilangannya saya tidak pasti), hanya seorang sahaja yang mengaku tidak pernah buat seks. Itu yang abang risau. Abang pun tak mahu cakap lebih-lebih, sebab abang pun ada anak lelaki, anak perempuan yang abang tidak boleh jamin situasi masa depannya bagaimana."

Dalam suatu laporan kajian Universiti kebangsaan Malaysia (UKM) yang telah dibuat oleh pakar psikologi kanak-kanak dan remaja, Dr Khaidzir Ismail telah mendedahkan bahawa hanya seorang sahaja dari 887 orang masih belum pernah melakukan hubungan seks.

Bagaimana pendekatannya
Kepada sahabat-sahabat jauh dan dekat, mari kita optimumkan fungsi blog sebaik mungkin. Sebelum ini, saya ada memikirkan nilai-nilai ESQ atau emosional yang boleh mencuit hati dalam berdakwah kepada massa. Dalam mewujudkan ESQ atau nilai emosi dari penulisan, perlu kepada kata hati. Kata-kata yang menyentuh datang dari hati yang IKHLAS melahirkan rasa. Dari mana datangnya hati yang IKHLAS, jika bukan dari HATI yang dekat dengan ALLAH. Allah shjlah yg akn mengilhamkan segala rasa yg luhur dari hati, dan apabila sgl tulisan dan nasihat berasal dr hati, tulisan dan nasihat itu akan menjadi sgt3 berkesan..dr hati ke hati..oh...

Bukan sekadar pengetahuan yang kita mahu ingatkan, tapi bagaimanakah caranya untuk kita menyuntik kemahuan untuk bertindak dan kemampuan untuk beristiqamah dengan kebaikan. Betapa ramai orang yang TAHU akan sesuatu tetapi tidak MAHU, kerana tahu itu soal akal dan MAHU itu soal hati. (petikan dari ustaz hasrizal dan ustaz pahrol)

Sama-sama kita menggembleng tenaga ke arah penulisan yang berkesan, semoga dengan kemasukan lebih ramai blogger baru dari kalangan mereka yang cinta dan jaga akan agama, sedikit sebanyak dapat membantu usaha-usaha untuk menghidupkan ISLAM selari dengan usaha musuh-musuh kita yang tidak pernah jemu dengan pelbagai taktik untuk menjauhkan manusia dari Islam itu sendiri. Mari sama-sama fahami senario di sekeliling, fahami mad'u, dan bertindak dari segi penulisan... amalkan tabiat ke 5 iaitu 'seek first to understand, and to be understood'... semoga ruang dakwah maya ini betul-betul memberi kesan kepada massa sekeliling.


salam juang dalam penulisan, sebarang idea dan kritikan, silakan...


p.s: Sehingga kini aku ternanti-nanti semua sahabat-sahabat untuk mempunyai blog. sila tinggalkan alamat kalian dalam kotak shoutbox ok!

= )

Sunday, April 12, 2009
bastrisyia dan basyirah

budak comel bermata bundar sudah boleh keluar wad


Alhamdulillah. terima kasih semua.

SYAFAKILLAH

Friday, April 10, 2009

SYAFAKILLAH. SYAFAKILLAH. SYAFAKILLAH.

Semoga Basyirah Amani cepat sembuh. Mari sama-sama kita doakankan anak sedara saya supaya cepat sembuh. Semoga tabah menghadapi ujian Allah buat papa dan mama Amani.

"Huda, I am speechless"..ucap mamanya..

Buat papa dan mama Amani,
'Bila engkau memandang segalanya dari TUHANmu, yang menciptakan segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit dan susah hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu, pasti akan damailah hatimu kerana masakan ALLAH sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia, bukan ALLAH tak tahu deritanya hatimu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang DIA mahu kerana DIA tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak untuk dekat dan akrab dengan-Nya...' Huda doakan yang terbaik, kalau ada rezeki huda akan datang lawat dan tolong, insyaAllah. Be strong...

hutang kita


Teringat aku kepada satu tazkirah ketika majlis makan-makan dengan kawan-kawan di CFS dulu.

Mengenai Palestin. Terlampau lama aku tak jenguk khabar berita Palestin, sungguh aku ni berpura-pura sibuk setelah sekian waktu.

Si penyampai tazkirah ini namanya Raziyah. Dikenali dengan panggilan Azi.

Azi memulakan, “ Saya sangat-sangat confirm yang kita semua tahu isu Palestin itu ialah isu akidah sesame umat Islam. Masjidil Aqsa itu sepatutnya perlu dipertahankan oleh segenap umat Islam, bukan setakat umat Islam di Palestin sahaja. Oleh itu, hakikatnya kita berhutang dengan umat Islam di sana, juga berhutang tanggungjawab mempertahankan Masjidil Aqsa. Derma-derma kita tu, bukanlah derma sebenarnya, tapi ialah kita bayar hutang kita. Selagi Aqsa dan Palestin di bawah kawalan Yahudi, selagi tu hutang kita tak lunas, dan sejauh mana dah kita buat untuk bayar hutang tu... sekadar itu sahaja..” dan Azi mengakhiri tazkirahnya denga kata-kata penutup..

ð Oh! Kita berhutang sebenarnya... Bagaimana dengan HUTANG kita tersebut?

ISU SEMASA : Dilema seorang Ibu

Thursday, April 9, 2009
Takut sungguh tengok iklim politik kerajaan sekarang ni. Aku bimbang akan kehidupan anak-anak aku nanti, bagaimana hidup mereka nanti. Kalau sekarang, dah haru-biru aku tengok, aku bimbang, zaman anak-anakku nanti entah dah jadi haru kelabu. Bila duk bincang-bincang dengan suami, ternyata dia turut menzahirkan kebimbangan yang sama. Malah lebih bimbang lagi dariku.

Sebaik aku pulang dari kerja, terus diberitahunya yang Mukhriz Mahathir menggangotai kabinet, bukan si Khairy Jamaludin. Hairan. Mukhriz yang kalah dengan Khairy dalam jawatan ketua pemuda Umno, dilantik pula. Ini keputusan siapa? Mahu tak mahu, mengenangkan pengumuman yang pelik ini, masih terselit sedikit ragu dan aku menduga 'mungkin ada orang yang memberi pengaruh dalam keputusan ni...' Hm... Suamiku tergelak sinis tanda pendapatnya sama denganku...

Agenda sebelum dan selepas penyerahan kuasa dari pak Lah ke Najib tu satu.. lepas Najib jd Presiden Umno merangkap PM Malaysia, Dr M terus mengisytiharkan kemasukan semulanya ke Umno. Tak terasakah Pak Lah? Jujur aku cakap, kalau aku berada di tempat Pak Lah, aku akan terasa ataupn berprasangka kt Dr M walaupun aku cuba untuk ber'husnuzzon'. Mana tidaknya, satu Malaysia yang lihat apa yang terjadi. Bukan aku sahaja yg menganalisa apa yang terjadi kat diri aku, bahkan 1 Malaysia..!

Lagi satu perkara pelik, yang ni memang ganjil setelah difikir-fikirkan, tadi aku dan suamiku sama-sama dok melayari internet tengok berita terkini, tahu apa beritanya? Kes Altantuya dah selesai! Sebelum kes itu dinoktahkan, penyelesaiannya ialah..Azilah dan Sirul dihukum mati...! Kenapa sekarang, selepas Najib jadi PM, baru kes ni jumpe noktahnya? Kenapa bukan semasa pemerintahan Pak Lah? Heh, aku sekali lagi bukan saja-saja nak berprasangka buruk, tetapi dalam langkah-langkah untuk menganalisis, kita perlu mencari yang tersirat di sebalik yang tersurat.. tak gitu? Lepas ni, bolehlah aku jadi penganalisis politik amatur.. Aku ada terbaca tentang pembelaan diri Azilah, dimana dia berkata,

"Saya tidak mempunyai sebarang sebab untuk mencederakan apatah lagi mengambil nyawa mangsa dengan begitu kejam," kata Koperal Sirul Azhar Umar dengan nada suara yang sebak ketika memberi keterangan membela diri.

Dan Azilah juga ada berkata "Saya sekadar dikambing hitamkan.." Sebelum ni, tengah-tengah seronok 'surfing', ada juga aku jumpe gamba seorang pemimpin Malaysia dihantui oleh bayangan Altantuya sepertimana yang disiarkan oleh media Korea. Menurut Karpal Singh, seorang peguam pemerhati, dia menyifatkan ada satu lagi persoalan yang belum terjawab ialah sama ada kedua-dua tertuduh itu melakukannya atas kehendak sendiri atau diarahkan berbuat demikian oleh orang lain.

Eh.. pening, pening.. Harapan aku, kepada yang benar-benar buat salah tu, jujurlah dengan setiap perkara, walaupun pahit, tapi cubalah sedikit demi sedikit, supaya tak berlaku kepincangan yang lagi besar! ( aku turut menasihati diri ini dan anak-anakku juga)

Betulla kata suami aku semalam, waktu kami tengok rancangan 360 tv3 sama-sama, pembongkaran kes teksi yang tidak menggunakan meter, dia tanya kat aku dan anak-anak, "kenapa orang-orang teksi ni tak jujur..?" Setelah kami termangu-mangu mencari jawapan, dia menjawab.."Sebab orang lain pun tak jujur! Kalau orang-orang lain jujur, x makan riba dan rasuah, dah tentu pemandu-pemandu teksi ni turut kasihan bila dia menipu dan takkan menipu dah lepasni..."

"Allah... bila hidup dirasakan tidak ber'TUHAN', sifat keHAMBAan pn luput, menyangka diri itu TUAN, itu yang susah..," tambah suamiku lagi.

Sebelum tidur, aku menjenguk bilik anak-anakku yang sedang diulit lena, dan aku doakan agar mereka menjadi insan-insan yang terselamat dari segala macam kerosakan dunia, dan untuk itu, aku perlu sungguh-sungguh menyediakan mereka dari akar umbi, supaya mereka menjadi manusia yang tahan kepada cabaran, tidak rosak, dan yang paling penting menjadi anak yang baik dan berguna untuk ibubapa, agama, dan bangsa.. oh.. sungguh terasa berat perjuangan dan tanggungjawab seorang ibu untuk mendidik anak-anak..

Buat anak-anakku yang sedang merantau jauh dariku, aku mohon kepada Allah agar Dia mengilhamkan dikau jiwa yang peduli sesama umat manusia, dan mengilhamkan dikau erti kejayaan yang sebenar.. di mana kejayaan itu bagiku bukanlah terletak pada deretan A yang kau peroleh di dalam peperiksaan sahaja.. Semoga kalian menjadi anak-anak yang hebat buat ummi, dan ingatlah, orang yang hebat bukanlah terletak pada kejayaan akademiknya, kecekapannya menguruskan masa, banyak hartanya, atau petah bercakapnya, tetapi orang yang hebat ialah orang yang kuat dan hebat muraqabah-Nya kepada Ilahi.. semoga ahli keluarga kita tergolong dalam golongan-golongan yang diredhai Allah...di dunia dan di akhirat.............amin..........

rujukan kenyataan Sirul di sini
sila rujuk juga
blog ustaz wan ji
blog faisal tehrani


p.s : satu dilema sebenar seseorang yang bergelar ibu yang mempunyai 3 orang anak lelaki, dan beberapa orang anak perempuan, dan telah sedikit sebanyak diolah olehku tanpa mempunyai perubahan isi yang asal. selamat membaca.

Isteri Doktor Abd Aziz Al-Rantisi

Saturday, April 4, 2009

---> diambil dari blog http://fauzanibrahim.wordpress.com . kredit utk akhi ini :) <------


Kiriman ini adalah dari kawan yang bersama dalam program Puan Rasya Al Adlouni (Ummu Muhammad) yang merupakan isteri kepada As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi di Masjid Negeri Shah Alam pada 24 Mac 2009, Selasa lalu.

——————–

img_6862

Assalamualaikum,

Alhamdulillah malam semalam, Selasa 24.3.09 saya dapat mendengar penyampaian dari Puan Rasya Al Adlouni (Ummu Muhammad) yang merupakan isteri kepada As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi di Masjid Negeri Shah Alam.

Melihat kepada kekuatan ucapannya dengan suaranya yang begitu bersemangat sambil berdiri terasa seolah-olah yang berucap itu adalah As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi sendiri. Itulah tarbiyah yang telah dilaksanakan oleh Dr Abdul Aziz kepada isterinya yang akan meneruskan usaha-usaha dakwah dan jihad di Palestin walaupun beliau telah pergi menemui Allah swt dalam keadaan “Hidup Dan Mendapat Rezeki DariNYA”.

Puan Rasya Al Adlouni adalah simbol kegigihan wanita Gaza yang telah membuktikan bahwa semangat dan kekuatan wanita yang beriman benar-benar boleh kita jadikan contoh tauladan bagi kaum wanita di negara-negara umat Islam lain. Walaupun umurnya sudah 55 tahun dan kini mempunyai 20 orang cucu, beliau masih mampu berdakwah dan menyampaikan kebenaran tanpa ditimpa oleh perasaan lemah dan gentar. Marilah kita menelusuri jejak dan kekuatan wanita-wanita di Gaza yang sentiasa melahirkan pejuang-pejuang dan mujahid-mujahid yang akan membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Israel.

Inilah kisah sebuah bangsa di atas sejengkal Tanah Suci. Penduduk Syam yang merangkumi Palestin, Lebanon, Syria dan Jordan memang penduduk yang mempunyai sifat keteguhan. Banyak peristiwa yang pernah berlaku di sana dan akan banyak lagi yang kelak akan berlaku di sana di akhir zaman ini. Semua kita harus belajar dari peristiwa ini terutama umat Islam. Semua segi harus menjadi pelajaran termasuk dari sisi kemanusiaan sebagai wanita.
img_6832
Tahun baru 2009 dimulai dengan kisah duka bagi umat Islam iaitu peperangan di Gaza. Pemandangan yang sangat memilukan. Namun Allah swt menjadikan peristiwa Gaza bukan sekadar untuk menjadi tontonan televisyen dan bualan para wartawan untuk bulan tersebut.

Apa yang kita dengar dari berita:

1. Seorang ibu dari keluarga Samouni di Gaza melahirkan anaknya di tengah-tengah suasana pengeboman.

2. Seorang wanita mengatakan: “Tidak, tanah ini milik kami, apapun yang mereka lakukan tanah ini milik kami, kami akan tetap menentang mereka (Yahudi).”

3. Seorang wanita muda pergi ke kedai roti untuk membeli roti dan terpaksa beratur berjam-jam di tengah-tengah ledakan bom di Gaza. Ketika ditanya oleh wartawan mengapa ia tetap pergi ke kedai roti padahal ia dalam keadaan tidak selamat, ia menjawab: “Tinggal di rumahpun kami dibom sedangkan saya perlu membeli roti untuk keluarga di rumah, jadi saya perlu laluinya juga. kita hanya mati sekali.”

4. Selama 22 hari perang, Israel berjaya membunuh 600 orang anak-anak Gaza dari lebih 1,300 mangsa yang meninggal, tapi selama masa itu pula lahirnya 3,500 bayi baru. Ramai wanita Gaza yang melahirkan kembar samada kembar dua atau kembar tiga.

Sungguh luar biasa, hanya sehari sesudah kedua pihak menyatakan gencatan senjatanya masing-masing, polis lalu lintas sudah bertugas di jalan-jalan di Gaza, bahkan sekolah dibuka kembali kurang dari seminggu sesudah itu. Para murid saling menyapa ketika pertama kali berjumpa: “Hai kamu masih hidup ya?”

Wilayah ini sudah tidak mempunyai bangunan parlimen, tidak mempunyai balai polis (walaupun anggota polisnya bertugas) dan seluruh bangunan pemerintah sudah hancur dibom bahkan masjid-masjid dan hospital serta sekolah tidak luput dari pengeboman.

Infrastrukturnya boleh dikatakan sudah hancur tetapi ternyata struktur masyarakatnya tidak hancur, sistem sosialnya tidak terhapus bersama bangunan-bangunanny a. Solat berjamaah tetap dilaksanakan di tengah-tengah hujan bom di antara runtuhan bangunan dan masjid. Bahkan masjid mengumpulkan dana dari sebahagian jama’ah yang masih mempunyai sesuatu untuk disumbangkan kepada jiran tetangganya yang lebih memerlukan. Inilah sebuah bangsa yang mempunyai daya tahan yang amat tinggi.

Jangan lupa, sebelum peperangan, Israel sudah mencekik Gaza dengan sekatan selama hampir 2 tahun dan itu menyebabkan semua penduduk Gaza mengalami kekurangan makanan kerana sukarnya untuk mendapatkan bahan makanan di samping harganya yang melambung tinggi.

Dengan berita-berita seperti di atas kita telah mendapatkan gambaran betapa anak-anak Palestin dari generasi ke generasi telah ditempa oleh ujian berat dengan pelindung mereka yang tetap teguh yang terdiri dari para ibubapa terutama para ibu yang tetap menggenggam prinsip kesabaran di tengah-tengah ujian yang amat berat itu.

Kita boleh meninjau beberapa kriteria yang menambah kesabaran mereka iaitu:

1. Tidak lemah mental mereka
2. Tidak lemah penampilan mereka
3. Tidak lemah aktiviti mereka

Dari berita-berita yang diterima, para wanita Gaza tidak lemah mental mereka dan tidak akan mengalah kepada penjajah Israel, di mana kebanyakan mereka berpandangan bahwa perjuangan menentang penjajahan tetap akan diteruskan. Tidak ada yang gementar ketakutan ketika mendengar deruan pesawat pengebom di atas kepala mereka. Jika ditanya, mereka berkata dengan nada tegas bahwa mereka tidak takut kepada tentera Israel dan akan melawan dengan senjata alat dapur, jika berhadapan secara terus. Inilah di antara tanda tidak wujudnya kelemahan mental di kalangan mereka.

Selain itu mereka tidak lemah penampilan di mana nampak jelas bahawa mereka tetap tegak ketika diwawancara oleh para wartawan, bahkan mereka masih boleh menyuarakan kekecewaan mereka kepada para pemimpin Arab yang tidak membantu mereka. Bahkan ada yang menunjukkan tangan ke arah kamera. Sikap tubuh mereka jelas menunjukkan bahwa mereka tidak lemah penampilan walaupun sesetengahnya dalam keadaan cedera dan menanggung kesakitan.

Mereka juga tidak lemah dalam aktiviti mereka di mana walaupun tersisa sedikit kesempatan, mereka terus menjalankan aktiviti mereka samada ke pasar berjual beli, memakamkan ahli keluarga dan kerabat sehingga sempat pula bersilaturahim sesama saudara mereka di pasar. Di tengah-tengah aksi pengeboman, mereka sanggup beratur untuk membeli roti dengan mempertaruhkan nyawa mereka. Bahkan ada seorang ibu yang melahirkan anak di tengah-tengah pengeboman dengan hanya dibantu oleh ibunya dengan menggunakan lilin di malam hari.

Berikut adalah beberapa kesimpulan yang dapat dibuat:

1. Wanita Gaza adalah wanita yang sabar, ujian apapun yang menimpa tidak membuatkan mereka gentar ketakutan berbeza dengan wanita Yahudi di Selatan Israel yang sehingga perlu dibawa ke hospital kerana “stress” atau tekanan mental menghadapi roket2 Hamas.

2. Ketabahan mereka ternyata didasari oleh iman dan ketaqwaan kepada Allah swt. Kita melihat mereka mengekang perasaan kesedihan mereka dengan berdoa mengangkat tangan kepada Allah swt mengutuk kekejaman Israel ketika menghadapi keadaan di mana rumah mereka hancur dan ahli keluarga yang terkorban.

3. Kuatnya keganasan dan permusuhan Yahudi justeru membuatkan mereka tetap tegak, teguh dan menentang. Penentangan wanita Gaza bukan dengan mengangkat senjata, tetapi dengan menunjukkan keteladanan dalam sikap berani menghadapi kenyataan peperangan yang keras dan kejam ini di hadapan anak-anak mereka.

Nampak dari raut wajah mereka yang meskipun terurai dengan airmata tapi tetap berwajah tegar manakala anak-anak mereka menatap setiap bentuk bahasa badan ibu-ibu mereka.

Pendidikan apa lagi yang terbaik dan paling efektif selain dari pendidikan menzahirkan keteladanan dalam kesabaran?.

Cubalah kita amati bahasa tubuh mereka ketika diwawancara oleh para wartawan, baik semasa perang mahupun sesudahnya di mana keadaan mereka cukup tenang ketika menceritakan pengalaman mereka.

Kaum wanita di Gaza tidak sesekali menyukai peperangan, namun jika peperangan merupakan takdir bagi bangsanya, kaum wanitalah yang memikul beban berat sebagai mangsa korban. Merekalah yang pertama sekali merasakan sukarnya hidup seharian di tengah-tengah suasana perang bermula dari persoalan mencari keperluan sehari-hari hingga kepada usaha menenangkan anak-anak mereka yang ketakutan.

Belum lagi ditambah dengan jumlah mangsa korban utama sebagaimana di Gaza ini kerana senjata perang Israel sentiasa mengejar wanita dan anak-anak walaupun di tempat-tempat penginapan mereka..

Bagi bangsa yang terjajah dan dizalimi seperti ini, masa depan bangsanya terletak di bahu mereka. Kaum wanita Gaza tidak seharusnya menunjukkan kelemahan mental, ketakutan yang menimbulkan perasaan menyerah kepada musuh atau kelemahan aktiviti yang menyebabkan mereka tidak lagi dapat bergerak menjalani kehidupan mereka.

Jika sikap-sikap kelemahan tersebut yang dilihat oleh anak-anak mereka pada hari ini, maka kita dapat bayangkan bahwa dalam masa 10 tahun ke hadapan, wilayah yang sekarang ini bernama Gaza mungkin akan berdirinya bandar-bandar pelancongan Israel dengan nama Yahudi sebagaimana nama Ashdod, Ashkelon, Sderot, Kiryat Shimona dan lain-lain.

Ini kerana jika mereka (kaum wanita Gaza hari ini) lemah, maka anak-anak mereka akan tumbuh menjadi penakut dan mempunyai sikap mudah menyerah tetapi Alhamdulillah sekarang mereka tetap teguh dan InsyaAllah sampai hari Qiamat pun bangsa Yahudi tidak akan dapat merasa tenang dengan kezalimannya kerana akan sentiasa ada yang menentang mereka dari satu generasi ke generasi Palestin yang
baru.

Inilah yang seharusnya kita belajar daripada mereka.