200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

ISU SEMASA : Dilema seorang Ibu

Thursday, April 9, 2009
Takut sungguh tengok iklim politik kerajaan sekarang ni. Aku bimbang akan kehidupan anak-anak aku nanti, bagaimana hidup mereka nanti. Kalau sekarang, dah haru-biru aku tengok, aku bimbang, zaman anak-anakku nanti entah dah jadi haru kelabu. Bila duk bincang-bincang dengan suami, ternyata dia turut menzahirkan kebimbangan yang sama. Malah lebih bimbang lagi dariku.

Sebaik aku pulang dari kerja, terus diberitahunya yang Mukhriz Mahathir menggangotai kabinet, bukan si Khairy Jamaludin. Hairan. Mukhriz yang kalah dengan Khairy dalam jawatan ketua pemuda Umno, dilantik pula. Ini keputusan siapa? Mahu tak mahu, mengenangkan pengumuman yang pelik ini, masih terselit sedikit ragu dan aku menduga 'mungkin ada orang yang memberi pengaruh dalam keputusan ni...' Hm... Suamiku tergelak sinis tanda pendapatnya sama denganku...

Agenda sebelum dan selepas penyerahan kuasa dari pak Lah ke Najib tu satu.. lepas Najib jd Presiden Umno merangkap PM Malaysia, Dr M terus mengisytiharkan kemasukan semulanya ke Umno. Tak terasakah Pak Lah? Jujur aku cakap, kalau aku berada di tempat Pak Lah, aku akan terasa ataupn berprasangka kt Dr M walaupun aku cuba untuk ber'husnuzzon'. Mana tidaknya, satu Malaysia yang lihat apa yang terjadi. Bukan aku sahaja yg menganalisa apa yang terjadi kat diri aku, bahkan 1 Malaysia..!

Lagi satu perkara pelik, yang ni memang ganjil setelah difikir-fikirkan, tadi aku dan suamiku sama-sama dok melayari internet tengok berita terkini, tahu apa beritanya? Kes Altantuya dah selesai! Sebelum kes itu dinoktahkan, penyelesaiannya ialah..Azilah dan Sirul dihukum mati...! Kenapa sekarang, selepas Najib jadi PM, baru kes ni jumpe noktahnya? Kenapa bukan semasa pemerintahan Pak Lah? Heh, aku sekali lagi bukan saja-saja nak berprasangka buruk, tetapi dalam langkah-langkah untuk menganalisis, kita perlu mencari yang tersirat di sebalik yang tersurat.. tak gitu? Lepas ni, bolehlah aku jadi penganalisis politik amatur.. Aku ada terbaca tentang pembelaan diri Azilah, dimana dia berkata,

"Saya tidak mempunyai sebarang sebab untuk mencederakan apatah lagi mengambil nyawa mangsa dengan begitu kejam," kata Koperal Sirul Azhar Umar dengan nada suara yang sebak ketika memberi keterangan membela diri.

Dan Azilah juga ada berkata "Saya sekadar dikambing hitamkan.." Sebelum ni, tengah-tengah seronok 'surfing', ada juga aku jumpe gamba seorang pemimpin Malaysia dihantui oleh bayangan Altantuya sepertimana yang disiarkan oleh media Korea. Menurut Karpal Singh, seorang peguam pemerhati, dia menyifatkan ada satu lagi persoalan yang belum terjawab ialah sama ada kedua-dua tertuduh itu melakukannya atas kehendak sendiri atau diarahkan berbuat demikian oleh orang lain.

Eh.. pening, pening.. Harapan aku, kepada yang benar-benar buat salah tu, jujurlah dengan setiap perkara, walaupun pahit, tapi cubalah sedikit demi sedikit, supaya tak berlaku kepincangan yang lagi besar! ( aku turut menasihati diri ini dan anak-anakku juga)

Betulla kata suami aku semalam, waktu kami tengok rancangan 360 tv3 sama-sama, pembongkaran kes teksi yang tidak menggunakan meter, dia tanya kat aku dan anak-anak, "kenapa orang-orang teksi ni tak jujur..?" Setelah kami termangu-mangu mencari jawapan, dia menjawab.."Sebab orang lain pun tak jujur! Kalau orang-orang lain jujur, x makan riba dan rasuah, dah tentu pemandu-pemandu teksi ni turut kasihan bila dia menipu dan takkan menipu dah lepasni..."

"Allah... bila hidup dirasakan tidak ber'TUHAN', sifat keHAMBAan pn luput, menyangka diri itu TUAN, itu yang susah..," tambah suamiku lagi.

Sebelum tidur, aku menjenguk bilik anak-anakku yang sedang diulit lena, dan aku doakan agar mereka menjadi insan-insan yang terselamat dari segala macam kerosakan dunia, dan untuk itu, aku perlu sungguh-sungguh menyediakan mereka dari akar umbi, supaya mereka menjadi manusia yang tahan kepada cabaran, tidak rosak, dan yang paling penting menjadi anak yang baik dan berguna untuk ibubapa, agama, dan bangsa.. oh.. sungguh terasa berat perjuangan dan tanggungjawab seorang ibu untuk mendidik anak-anak..

Buat anak-anakku yang sedang merantau jauh dariku, aku mohon kepada Allah agar Dia mengilhamkan dikau jiwa yang peduli sesama umat manusia, dan mengilhamkan dikau erti kejayaan yang sebenar.. di mana kejayaan itu bagiku bukanlah terletak pada deretan A yang kau peroleh di dalam peperiksaan sahaja.. Semoga kalian menjadi anak-anak yang hebat buat ummi, dan ingatlah, orang yang hebat bukanlah terletak pada kejayaan akademiknya, kecekapannya menguruskan masa, banyak hartanya, atau petah bercakapnya, tetapi orang yang hebat ialah orang yang kuat dan hebat muraqabah-Nya kepada Ilahi.. semoga ahli keluarga kita tergolong dalam golongan-golongan yang diredhai Allah...di dunia dan di akhirat.............amin..........

rujukan kenyataan Sirul di sini
sila rujuk juga
blog ustaz wan ji
blog faisal tehrani


p.s : satu dilema sebenar seseorang yang bergelar ibu yang mempunyai 3 orang anak lelaki, dan beberapa orang anak perempuan, dan telah sedikit sebanyak diolah olehku tanpa mempunyai perubahan isi yang asal. selamat membaca.

0 thoughts from optimists:

Post a Comment