200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

Menulis di BLOG?

Sunday, April 26, 2009

Hari ini sekali lagi saya berfikir 2 3 kali untuk menulis entri ini.

"Macam hampeh je ape yang aku tulis ni"
"Orang lain dapat ke tak bila tgk blog aku? Ke buang masa diorang je???"
"Wargh. Nak tulis tajuk ape?"

Aku pernah mengajak sahabatku untuk membuat blog bersama, tapi ditolaknya kerana dia tidak reti menulis katanya.

"Aku reti sangat ke menulis?" tanyaku lagi berkali-kali.

Setelah kian lama melayari internet dan blog-blog rakan, aku mengakui aku sangat liat untuk membaca karangan yg panjang2. Dan aku akan berminat untuk baca seandainya,entri blog tersebut lain dari yang lain. Kalau setakat tulis blog sebagai journal peribadi, aku pun agak mual untuk membacanya . Blog untuk dakwah? Itu yang terbaik. Untuk siapa? Bagaimana caranya?

Saya cukup berbangga dan suka dengan kebanjiran blogger2 dari kalangan aktivis dakwah kampus. Namun persoalannya, ke manakah halatuju dakwah di dalam alam maya ini? Mampukah blog kita menyampaikan dakwah kepada massa atau sekadar hanya berlegar-legar di kalangan aktivis dakwah sahaja?

Untuk siapa blog kita
Seorang sahabat saya sering mengingatkan kita fahami senario dalam bertindak. Blog adalah wadah menyampaikan maklumat dengan cepat, dengan target menyampaikan Islam kepada massa. Sedarkah kita dalam keadaan kita bersyukur kerana terselamat dari gejala sosial yang membunuh, dalam kita selesa makan semeja bersama rakan-rakan yang sefikrah Islam dengan kita, dan dalam erti kata yang ringkas kita adalah eksklusif dengan massa dan orang sekeliling, kita mendokong satu tanggungjawab besar untuk mengislahkan orang-orang sekeliling?

Abang ipar saya pernah menyuarakan kebimbangan hatinya,
"Huda tahu tak, dalam satu kursus yang abang pernah kendalikan, dalam semua peserta lelaki (bilangannya saya tidak pasti), hanya seorang sahaja yang mengaku tidak pernah buat seks. Itu yang abang risau. Abang pun tak mahu cakap lebih-lebih, sebab abang pun ada anak lelaki, anak perempuan yang abang tidak boleh jamin situasi masa depannya bagaimana."

Dalam suatu laporan kajian Universiti kebangsaan Malaysia (UKM) yang telah dibuat oleh pakar psikologi kanak-kanak dan remaja, Dr Khaidzir Ismail telah mendedahkan bahawa hanya seorang sahaja dari 887 orang masih belum pernah melakukan hubungan seks.

Bagaimana pendekatannya
Kepada sahabat-sahabat jauh dan dekat, mari kita optimumkan fungsi blog sebaik mungkin. Sebelum ini, saya ada memikirkan nilai-nilai ESQ atau emosional yang boleh mencuit hati dalam berdakwah kepada massa. Dalam mewujudkan ESQ atau nilai emosi dari penulisan, perlu kepada kata hati. Kata-kata yang menyentuh datang dari hati yang IKHLAS melahirkan rasa. Dari mana datangnya hati yang IKHLAS, jika bukan dari HATI yang dekat dengan ALLAH. Allah shjlah yg akn mengilhamkan segala rasa yg luhur dari hati, dan apabila sgl tulisan dan nasihat berasal dr hati, tulisan dan nasihat itu akan menjadi sgt3 berkesan..dr hati ke hati..oh...

Bukan sekadar pengetahuan yang kita mahu ingatkan, tapi bagaimanakah caranya untuk kita menyuntik kemahuan untuk bertindak dan kemampuan untuk beristiqamah dengan kebaikan. Betapa ramai orang yang TAHU akan sesuatu tetapi tidak MAHU, kerana tahu itu soal akal dan MAHU itu soal hati. (petikan dari ustaz hasrizal dan ustaz pahrol)

Sama-sama kita menggembleng tenaga ke arah penulisan yang berkesan, semoga dengan kemasukan lebih ramai blogger baru dari kalangan mereka yang cinta dan jaga akan agama, sedikit sebanyak dapat membantu usaha-usaha untuk menghidupkan ISLAM selari dengan usaha musuh-musuh kita yang tidak pernah jemu dengan pelbagai taktik untuk menjauhkan manusia dari Islam itu sendiri. Mari sama-sama fahami senario di sekeliling, fahami mad'u, dan bertindak dari segi penulisan... amalkan tabiat ke 5 iaitu 'seek first to understand, and to be understood'... semoga ruang dakwah maya ini betul-betul memberi kesan kepada massa sekeliling.


salam juang dalam penulisan, sebarang idea dan kritikan, silakan...


p.s: Sehingga kini aku ternanti-nanti semua sahabat-sahabat untuk mempunyai blog. sila tinggalkan alamat kalian dalam kotak shoutbox ok!

3 thoughts from optimists:

  1. tintajihadi said...:

    salam cinta Ilahi buat ukhti yang dirindui..
    ma stju dgn kta huda..blog ni slh satu pdekatan@uslub dlm bdakwah..dan bukan trtumpu pada yang dikategorikan aktivis dakwah sahaja..sepatutnya mampu melangkaui semua lapisan masyarakat..kalau hanya tertumpu pada golongan ini sahaja, kemana hala tuju kita..ma sndiri akui yg ma pn tak pandai menulis..hmm...tak tau nak tulis ape dlm blog..duk dlm meeting pn, membatu..inikan nk berdegar2 kat alam maya..malu plak rasenye..
    tapi ma pn berhasrat utk turut sama dlm bidang ni..ambil pluang dlm era pmbangunan teknologi ni utk uslub dakwah..
    jadi mohon tunjuk ajar, kritikan dan dan bimbingan dari sahabat2 semua..kalau kita sahabat yang baik kepada ssahabat kita, bantu lah dia menuju kebaikn dan redhaNya...dan ma mencari2 sahabat seperti itu..moga ma menemuinya di sini...salam sayang buat ukhti yang jauh di mata namun insyaAllah sentiasa dekat di hati...

  1. Huda Idris said...:

    chaiyok maziah, sebenarnya ma dah pun turut sama.. bak kata ustaz amin, cara nak menulis ada 4, baca, fikir, kaji, tulis.. er.. menajwab soalan tak ni? ke saya gagal utk menjadi orang yg understand sebelum saya understood? selamat mencuba.. selamat2... doakan saya juga.. sama2 kita kongsi kongsi.. heh3

    -hudaidris-

  1. cahaya said...:

    salam ziarah dari kakak yang berada di bumi Hang Tuah sekarang.. :D

    Subhanallah dik,
    nice post dik, akak pun tak dapat lari dari dilema sebegini..
    kadang terfikir, apa yang terbaik untuk dibawa didalam blog,

    Alhamdulillah, akak sempat hadir 1 bengkel tentang blog, kakak yang berikan ulasan tentang cara penulisan blog kata, cuba try buat penulisan , "short and sweet"

    p/s: huda skrg tgh cuti lagi ke?
    akak 18 Mei exam final, kalau Huda still cuti akak cadang nak minta tlg huda, untuk update dengan adik2 Baiah di SHAH :D

Post a Comment