200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
  • suatu lakonan sementara

    waktu itu sentiasa dekat

  • Mencari jalan pulang

    "Wahai orang2 beriman, jagalah dirimu; kerana orang yang sesat itu tidak akan membahayakan dirimu apabila kamu telah mendapat petunjuk" (al-Maidah: 105)

  • Sabar

    (3 : 200 ) Sabar dan kuatkan kesabaranmu, dan bersiap siagalah

  • Jangan engkau marah

    La taghdob, be the strongest person on earth

  • Harta tak akan di bawa mati

    Sok sok Mungkar Nakir soal dalam kubur

Qawiy dan Amin

Friday, September 25, 2009
Sungguh saya tak berapa minat untuk mengisahkan hal peribadi di blog. Kerana matlamat blog ini asalnya bukan untuk itu. Tapi kadang-kadang, terselit 2-3 juga berkenaan diri ini, sebab, sedikit sebanyak perkongsian merupakan pengalaman saya. Pengalaman yang berbeza dengan orang lain. Sekadar mencari ketenangan, sebab saya perlu menulis untuk mencari ketenangan. Lega manyapa, bagaikan satu kegundahan hilang setelah menulis...

Pada Ramadhan lepas, saya diperkenalkan dengan 2 kalimah dari al-Quran,

al-Qawiyy dan al-Amin

Bak kata ustaz tu, kita bukan sahaja nak qawiy, tapi kita perlukan amin juga. Amin dan Qawiy perlu bergerak seiring. Amin tu bagai hikmah bagi mereka yang dekat dengan Allah, Allah yang mengilhamkan dan memandu seseorang itu. 2 intipati penting bagi seseorang Muslim dan pemimpin, kita tak nak kita ni nampaknya qawiyy je, tapi tiada sifat amin.. Ustaz tersebut mengakhiri tazkirahnya dalam sedu sedan keinsafan, meninggalkan kesyahduan kepada telinga yang mendengar.

Namun selepas itu, 2 perkataan ni menimbulkan banyak tanda tanya kat diriku, ada apa dengan amin dan qawiyy ni sebenarnya? Bukankah dari segi bahasanya kuat dan jujur? Kenapa penting bagi seseorang pemimpin atau setiap Muslim?

Korek lagi..

Saya menjumpai satu artikel Ustaz Hasrizal yang bertajuk Saya, Amin Idris, dan Magnet Diri yang membuatkan saya berfikir. Di sini, beliau sertakan ayat 26 Surah Al-Qasas yang berbunyi :

28_26

“Sesungguhnya orang terbaik yang boleh engkau upah untuk bekerja ialah orang yang Qawi (berkompetensi) dan Amin (bertintegriti)” [al-Qasas 28: 26]


Hamdalah, saya menjumpai 2 kalimah ini sekali lagi. Ketika ustaz Hasrizal membicarakan mengenai seorang motivator yang bermagnet, En Amin Idris. Walaupun kita kelihatan adik beradik hanya pada sekadar nama ya, abang Amin
=), nak juga aku menyelit. Mana tahu boleh lapat badi orang hebat heh.

Al- Qawiyy ialah berkompetensi. Al-Amin ialah berintegriti.

Saya menyelak Tafsir Al-Azhar karangan Pak Hamka yang berhabuk di rumah. Di sebalik ayat al-Quran yang penuh hikmah ini, tersimpul kisah Nabi Musa yang dimaksudkan Qawiyy dan Amin ini.

Ketika Nabi Musa as melarikan diri ke negeri Madyan dari pegawai-pegawai Firaun yang ingin membunuhnya, Nabi Musa tiba di satu telaga air yang menjadi tempat memberi minum binatang ternak. Telaga air itu akan ditutup dengan batu setelah orang menggunakannya. Batu tersebut berat sehinggakan 10 orang diperlukan untuk mengalihkan batu itu. Apabila Nabi Musa berada di situ, terdapat 2 orang perempuan yang susah hati, kerana tidak berdaya mengangkat batu. Lalu, nabi Musa mengangkat batu itu dengan seorang dirinya dan terangkatlah. Selesailah tugas budak perempuan itu untuk memberi kambing-kambingnya minum.. Apabila pulang ke rumah, diperihalkan cerita tentang pemuda yang menolong mereka, dan meminta pemida tadi menerima upah.


"Berkata salah seorang dari keduaa anak perempuan itu, Sesungguhnya orang yang paling baik untuk ayah upad ialah yang kuat lagi dipercayai"

Kenapa Qawiy?
Anak perempuan itu menjawab bahawa tutup sumur yang boleh diangkat sekurang-sekurangnya 10 orang, dapat diangkatnya sendiri.

Kenapa Amin?
Sikapnya yang sangat sopan apabila dijemput ke rumah. Tiada raut yang menampakkan nafsu melihat perempuan. Dan sikap Nabi Musa yang pada mulanya jalan di belakang anak perempuan itu, namun setelah dilihatnya betis perempuan itu akibat tiupan angin, dia berjalan mendahului gadis itu di belakang, disuruhnya saja memberi isyarat ke mana jalan selanjutnya.

Hamdalah, selesai satu kekusutan.
Semakin saya jelas apa yang dihuraikan ustaz Hasrizal, bahawa amin itu suatu pengaruh. Suatu pengaruh yang dicipta, bukan suatu aset diri yang sudah memang ada. Suatu magnet diri.

A leader is a servant
Teringat kata-kata seorang sahabat, "Sebenarnya rakyat adalah pemerintah, pemerintah adalah kuli"
'Kenapa macamtu?' Duga saya.
"Yelah, sebab pemerintah yang kena berkhidmat.."

Seseorang pemimpin itu sebenarnya pekerja. Dia yang perlu memastikan segalanya baik. Beratnya amanah itu jika dia memahaminya. Once you are a leader, you are a servant. Good leader will give good service to his or her members.

"Tahniah la dapat jadi batch leader..." ucap saya kepada seorang sahabat saya.
"Hmph, batch servant adelah..! " jawabnya bergurau.

Tak pernah saya terfikir untuk duduk makan di meja VIP. Tak pernah terfikir untuk jauh dari meja kawan yang penuh gurauan lalu melayan VIP yang penuh adab. Terasa tidak layak untuk memimpin dengan pemikiran cetek budak-budak. Tapi inilah harga pengalaman yang digelar amanah, banyak lagi 'unexpectable things' yang telah Allah tetapkan di masa muka, bersedialah dan terus bersediaa dan bersungguh-sungguhlah agar sesuatu itu takkan membebani engkau di akhirat kelak...

Pemimpin yang Amin
Memimpin dengan pengaruh lebih mudah berbanding mempimpin dengan kuasa. Seseorang pemimpin itu tidak perlu disegani dan dihormati semata-mata kuasanya, tetapi dia akan dihormati dengan sendirinya sejauh mana pengaruhnya dan perhatiannya dicuri oleh orang sekeliling.

Apalah yang ada dengan kuasa... Jangan lupa yang pemimpin tu kuli saje...

Doakan semoga kita sama-sama dapat membawa amanah kepimpinan dengan pengaruh baik selari dengan ajaran Islam yang syumul. Ingatlah pesan Imam Al-Ghazali, amanah itu adalah seberat-berat perkara.

Ingat selalu yang setiap orang adalah pemimpin!

Buka mata, buka telinga, selalu berwaspada akan pimpinan kita.
Bina pengaruh yang baik...

Cukuplah kegagalan masa lalu yang banyak memberi erti...

Saya semakin jelas berkenaan al-Qawiy dan al-Amin...

Graduan UIAM syahid di Palestin

Monday, September 21, 2009
tajuk dan isi kandungan seperti dari sumber : martinelli

Semalam sewaktu menunggu waktu berbuka puasa saya dikejutkan dengan berita Bro. Ubaida M.A AlQudsi syahid di tanah tumpah darahnya Palestine kerana ditembak oleh askar Israel laknatullah. Hampir tercampak telepon yang saya pegang mendengar berita sedih itu.

Saya menalipon rakannya, Herbawi, untuk mengesahkan berita itu. Herbawi dengan nada sayu menjawab, “Yes madam, he was shot by the Israel army 2 weeks ago and passed away yesterday.”

Sepanjang belajar di UIA Ubaida sangat aktif dalam IIUM Al Aqsa Friends Society dan juga nasyid. Beliau baru saja menamatkan pengajian komunikasi dan pulang ke kampung halamannya Palestine selepas selesai peperiksaan semester lepas. Dikatakan bahawa dia ditembak selepas solat di sebuah masjid di kampungnya di bandar Al Khalil (Hebron) semasa melalui sekatan jalan oleh tentera Israel. Pihak Israel menuduhnya hendak menikam salah seorang tentera…. alasan biasa yahudi untuk menghalalkan tindakan mereka membunuh rakyat Palestine. Beliau dibawa ke hospital dan koma selama 19 hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Kelab Al-Aqsa Friends Society adalah kelab yang sangat aktif menjalankan program2 kesedaran menyelamatkan Masjid AlAqsa. Kebanyakan ahlinya adalah pelajar Palestine. Ubaida pernah menjadi salah seorang pimpinan kelab ini. Mereka sering ke pejabat saya untuk membincangkan program dan pengurusan kelab. Merekalah diantara ribuan anak didik yang saya sayangi di UIA ini. Melihat wajah2 mereka akan membuat anda terasa kecil kerana jiwa muda mereka yang penuh dengan semangat perjuangan. Jasad di UIA tetapi hati nun jauh di negara tercinta. Dengan perasaan dilselubung cemas sepanjang masa kerana mengenangkan nyawa keluarga yang tidak putus2 diancam yahudi, mereka masih terus belajar untuk meraih ilmu.

Kalau anda biasa beri’tiqaf di IIUM SHAH’S Mosque sepuluh Ramadhan terakhir ini anda akan melihat kumpulan pelajar2 ini membawa walkie-talkie kerana menggerakkan usaha menghidupkan Ramadhan di masjid ini . Saya dapat rasakan perasaan cinta mereka pada masjid UIA yang merupakan menifestasi dari cinta mereka kepada Masjidil Aqsa yang mereka perjuangkan.

Syahidnya Ubaida akan semakin membakar semangat rakannya2 di sini.

Ini merupakan pemergian ke dua graduan yang bakal menerima skrol semasa konvo 2009 yang akan berlangsung bulan depan. Sebelum ini telah pergi Shafawati yang aktif dalam Kelab Mentor-mentee Gemilang kerana sakit Leukimia. Anak sulung dari 8 beradik berasal dari Sarawak, Shafawati yang dikenali sebagai Kak Sha di kalngan juniornya sangat peka dengan masalah masyarakat sehingga sanggup menghabiskan masanya dalam kerja2 kemasyarakatan CENSERVE tanpa memperdulikan penyakitnya.

Kedua2 mereka adalah hasil produk the Garden of Knowledge and Virtue yang benar2 menterjemahkan ilmu yang mereka dapati dalam bentuk bakti suci buat ummah tercinta. Pemergian mereka yang ditangisi oleh teman2 akan menyemarakkan lagi semangat cintakan ummah di kalangan pelajar2 UIA seluruhnya.

Konvo 2009 dijangka paling syahdu kerana pemergian 2 graduan yang menemui Tuhannya sebelum sempat menerima skrol dan pencapaian dua orang insan istimewa Nik Nor Ermiza dan Fahmi.

Diari Ridhwan

Dia, ingin pergi.
Belum puas Ridhwan bersamanya.
Belum puas Ridhwan bertarawikh, bersahur, berbuka bersama.
Belum puas Ridhwan bertadarus bersama.

Dia, Ridhwan tatapi sekali lagi. Lama. Takut-takut tak sempat berjumpa.
Putih kulitnya. Mulus. Berseri wajahnya. Bersinar-sinar matanya.

Ya Allah, Engkau telah menciptakan dia seindah ciptaan-MU. Indah... tak terungkap indah.

Aku perlu pergi sekarang. Masa yang diperuntukkan ALLAH kepadaku tak mengizinkanku untuk berlama-lama denganmu. Cukuplah sebulan aku menziarah, semoga kenangan kita bersama akan menjadikan dikau insan yang benar-benar bertaqwa... Memandumu ke arah yang lebih baik... Selalulah panjangkan doa agar kita dapat bertemu lagi... Agar aku dapat membantumu memadu kasih, mencari cinta yang indah...

InsyaALLAH..

Tak ternafi engkau sangat berharga buatku.. Tak sanggup aku lepaskan gandaan 700x pahala denganmu...

Panggilanku telah datang. Aku pergi dulu... Tapi aku ada satu pesanan...

Apa?

Jangan jadi hambaku. Jadilah hamba ALLAH...

Zup. Azan maghrib kedengaran. Waktu berbuka 29 Ramadhan 1430H bermula.

Dia, dah pergi. Dah pergi! Sungguh dah pergi???
Sungguh.
Dia pergi meninggalkanku. Jauh. Tiada lagi masa indah bersama.
RINDU....
Dia mungkin menyuruhku untuk berdiri di kaki sendiri.

RAMADHAN!!! Moga kita bertemu lagi!!!!!!

Ketika berbuka, pesanan terakhir Ramadhan bermain-main dalam kepala... Meleraikan satu simpulan yang berlegar di sebalik pesanan - Jangan jadi hamba ramadhan, tapi jadilah hamba Allah....

DaruL_Idris,
535 am,
Usrati KB,
Kuantan

Salam Aidilfitri

Ketika kehangatan Ramadhan masih belum puas dirasai,
Ketika ternanti saat pulang ke kampung,
Ketika blur memikirkan pendrive ada di mana,
Ketika resah mengenangkan diri,
Ketika fajar 2 Syawal bakal menjengah,
Ketika kesunyian semua orang diulit mimpi,

Ada banyak perkara yang masih tidak kuselesaikan,
Ada banyak masa yang telah ku bazir,
Ada banyak hati yang telah kusakiti,
Ada banyak tanggungjawab yang tak terlunas,

Justeru, di kesempatan yang ada,
saya nurulhuda idris ingin memohon ampun zahir dan batin kepada semua,
yang mengenali atau yang tak mengenali,
andai ada hak-hak anda saya abai,
TaqabAllahu minna wa minkum,
Kullu 'aam wa antum bi al-khair,
Salam Aidilfitri 1430 H.

~mewakili diri saya dan famili yang ceria (^^V)~
. 2 Syawal . - bukan hari raya.
sebab ayah pesan hari raya 1 Syawal sahaja. heh.