Pada Ramadhan lepas, saya diperkenalkan dengan 2 kalimah dari al-Quran,
Namun selepas itu, 2 perkataan ni menimbulkan banyak tanda tanya kat diriku, ada apa dengan amin dan qawiyy ni sebenarnya? Bukankah dari segi bahasanya kuat dan jujur? Kenapa penting bagi seseorang pemimpin atau setiap Muslim?
Korek lagi..
Saya menjumpai satu artikel Ustaz Hasrizal yang bertajuk Saya, Amin Idris, dan Magnet Diri yang membuatkan saya berfikir. Di sini, beliau sertakan ayat 26 Surah Al-Qasas yang berbunyi :
“Sesungguhnya orang terbaik yang boleh engkau upah untuk bekerja ialah orang yang Qawi (berkompetensi) dan Amin (bertintegriti)” [al-Qasas 28: 26]
Hamdalah, saya menjumpai 2 kalimah ini sekali lagi. Ketika ustaz Hasrizal membicarakan mengenai seorang motivator yang bermagnet, En Amin Idris. Walaupun kita kelihatan adik beradik hanya pada sekadar nama ya, abang Amin =), nak juga aku menyelit. Mana tahu boleh lapat badi orang hebat heh.
Al- Qawiyy ialah berkompetensi. Al-Amin ialah berintegriti.
Saya menyelak Tafsir Al-Azhar karangan Pak Hamka yang berhabuk di rumah. Di sebalik ayat al-Quran yang penuh hikmah ini, tersimpul kisah Nabi Musa yang dimaksudkan Qawiyy dan Amin ini.
Ketika Nabi Musa as melarikan diri ke negeri Madyan dari pegawai-pegawai Firaun yang ingin membunuhnya, Nabi Musa tiba di satu telaga air yang menjadi tempat memberi minum binatang ternak. Telaga air itu akan ditutup dengan batu setelah orang menggunakannya. Batu tersebut berat sehinggakan 10 orang diperlukan untuk mengalihkan batu itu. Apabila Nabi Musa berada di situ, terdapat 2 orang perempuan yang susah hati, kerana tidak berdaya mengangkat batu. Lalu, nabi Musa mengangkat batu itu dengan seorang dirinya dan terangkatlah. Selesailah tugas budak perempuan itu untuk memberi kambing-kambingnya minum.. Apabila pulang ke rumah, diperihalkan cerita tentang pemuda yang menolong mereka, dan meminta pemida tadi menerima upah.
"Berkata salah seorang dari keduaa anak perempuan itu, Sesungguhnya orang yang paling baik untuk ayah upad ialah yang kuat lagi dipercayai"
Kenapa Qawiy?
Anak perempuan itu menjawab bahawa tutup sumur yang boleh diangkat sekurang-sekurangnya 10 orang, dapat diangkatnya sendiri.
Kenapa Amin?
Sikapnya yang sangat sopan apabila dijemput ke rumah. Tiada raut yang menampakkan nafsu melihat perempuan. Dan sikap Nabi Musa yang pada mulanya jalan di belakang anak perempuan itu, namun setelah dilihatnya betis perempuan itu akibat tiupan angin, dia berjalan mendahului gadis itu di belakang, disuruhnya saja memberi isyarat ke mana jalan selanjutnya.
Hamdalah, selesai satu kekusutan.
Semakin saya jelas apa yang dihuraikan ustaz Hasrizal, bahawa amin itu suatu pengaruh. Suatu pengaruh yang dicipta, bukan suatu aset diri yang sudah memang ada. Suatu magnet diri.
A leader is a servant
Teringat kata-kata seorang sahabat, "Sebenarnya rakyat adalah pemerintah, pemerintah adalah kuli"
'Kenapa macamtu?' Duga saya.
"Yelah, sebab pemerintah yang kena berkhidmat.."
Seseorang pemimpin itu sebenarnya pekerja. Dia yang perlu memastikan segalanya baik. Beratnya amanah itu jika dia memahaminya. Once you are a leader, you are a servant. Good leader will give good service to his or her members.
"Tahniah la dapat jadi batch leader..." ucap saya kepada seorang sahabat saya.
"Hmph, batch servant adelah..! " jawabnya bergurau.
Tak pernah saya terfikir untuk duduk makan di meja VIP. Tak pernah terfikir untuk jauh dari meja kawan yang penuh gurauan lalu melayan VIP yang penuh adab. Terasa tidak layak untuk memimpin dengan pemikiran cetek budak-budak. Tapi inilah harga pengalaman yang digelar amanah, banyak lagi 'unexpectable things' yang telah Allah tetapkan di masa muka, bersedialah dan terus bersediaa dan bersungguh-sungguhlah agar sesuatu itu takkan membebani engkau di akhirat kelak...
Pemimpin yang Amin
Memimpin dengan pengaruh lebih mudah berbanding mempimpin dengan kuasa. Seseorang pemimpin itu tidak perlu disegani dan dihormati semata-mata kuasanya, tetapi dia akan dihormati dengan sendirinya sejauh mana pengaruhnya dan perhatiannya dicuri oleh orang sekeliling.
Apalah yang ada dengan kuasa... Jangan lupa yang pemimpin tu kuli saje...
Doakan semoga kita sama-sama dapat membawa amanah kepimpinan dengan pengaruh baik selari dengan ajaran Islam yang syumul. Ingatlah pesan Imam Al-Ghazali, amanah itu adalah seberat-berat perkara.
Ingat selalu yang setiap orang adalah pemimpin!
Buka mata, buka telinga, selalu berwaspada akan pimpinan kita.
Bina pengaruh yang baik...
Cukuplah kegagalan masa lalu yang banyak memberi erti...
Saya semakin jelas berkenaan al-Qawiy dan al-Amin...
0 thoughts from optimists:
Post a Comment