200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

Kasih Ibu

Friday, February 19, 2010

Petang, kedengaran bunyi kerete masuk ke rumah..

"YEAYYYY, Mak dah balik.."
"Mak beli kek ni...."
"Kek untuk sape?"
"Untuk birthday.."

"Mak beli kek untuk birthday Abamir ngan Abaed?" tanya aku kehairanan
"Kalah kek Amad ngan Nabil.. Hahaha..." ujar kakak.
"Lawanya.." kagum Amad tengok. Huhu.
"Izzah da hulur-hulur tangan nak sentuh dah tuh,, baik-baik!" pesan ayah.

Hu.
Aku kira-kira semula.
Mak beli kek untuk abang aku?
Pelik.
Abang aku bukan kanak-kanak lagi.
Sorang dah umur *teet*.
Sorang lagi 2 tahun muda.
Sorang lahir 13 haribulan, sorang lahir 15.
Sorang dah kahwin, anak sorang. Mak beli kek untuk dia? Huhu.
Sorang lagi belum kahwin..
Nape mak beli kek untuk abang aku yang dah kahwin dah pun?
Musykil...

"Mak nak sambut anak dia yang jarang-jarang balik..apa salahnya.." ujar kakak.
Hm. Ok. Logik-logik.
Abang memang jarang-jarang balik,
mungkin mak rindu.... UuuU~
jadi mak beli kek untuk sambut abang,
kalah kek cucu mak,
dan kalah kek aku dan adik :(
Tak mengape lah, mungkin kau tak faham huda..
bagaimana besarnya kasih ibu tu..
Terhadap setiap anaknya..

Satu pagi,
ada satu perkara yang membuatkan mak risau...
"eh, risau mak... lain kali jangan buat macam tu dah," ujar mak kepada salah sorang dari kami.
"Risaunye lah sorang ibu.." tambahku memecah perbualan kat meja.
"Nanti ko ade anak baru tau macamane risaunye! Bising betul.."
seorang mama kepada 3 orang anak tiba-tiba berkata (Aha!).
"Ye eh? Kene kahwin la ni."
"Mak!! Ade orang gatal nak kahwin~!!"
"Aiyark~ Mom, no compromise , jangan cayeeee"

kesimpulannya : * kasih ibu takkan dapat terbayang oleh seorang anak.
* jadi, begitulah juga kasih ALLAH kepada hambanya.
* rajin-rajinlah tolong mak semalas manapun anda.
* ceriakan hari mak dan ayah anda selagi anda masih ada ruang dan peluang.
* tengok muka mak dan ayah sambil senyum pun dikira ibadah!!
* jangan buat mak ayah susah hati. Kalau kita tak wat salah, explain sampai
mak ayah senang hati.
*Tolong jaga anak-anak buah sekiranya anda tiada pilihan untuk melarikan
diri, lalu anda akan mendapati sukarnya menjadi sorang ibu, dan anda akan
mendapat advice free dari ibu-ibu muda.. "Ha..tahu pun jadi ibu ni susah.."
(Huhuhu ni quote kata-kata ___ la nih)

Darul, 17/9/2010

0 thoughts from optimists:

Post a Comment