200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

pringles ~ boleh makan tak?

Wednesday, February 17, 2010

Suatu pagi yang hening,
Bersama barakah dan rahmah ALLAH yang merezekikan kami ber'picnic' sekeluarga...

Dalam sibuk membakar ayam,
Abdul tunjuk kepadaku satu balang 'PRINGLES' di dalam bakul.
Lalu, Abdul bertanya,
" Halal tak pringles ni Huda?"
"Tak pernah pulak dengar dia halal.."

Abdul menambah menguji keyakinan aku (memang hobi dia),
"Meh aku cek. Takde pun dia cakap kandungan dia ba alif ba ya. Buat pun kat Malaysia."
"Made in Malaysia tak semestinya halal. Kalau nak tengok ade 'pork' ke tak, tengok la kod dia..

Kadang-kadang,
kita overlooked this simple things..
we might think it is fishy little thing,
but it is not.
It may become a large issue~ if we particularly concerned on.
Dari makanan, menjadi darah, menjadi daging,
dan segala neuron dan sebagainya.
Thus, the food we eat
will reflect to our attitude
and our life
Kalau susah nak hafal,
kalau susah nak faham,
kalau liat tahap dewa,
kalau hati kering...
jom kita cek makanan kita
Teringat hadis ke 10 dari hadith arba'in, yang menyentuh soal halal haram,
jom kita baca sama-sama

Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata:
Rasulullah SAW telah bersabda:
Sesungguhnya Allah Ta'ala baik, Dia tidak menerima kecuali perkara yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkan kepada para Rasul di mana Allah Ta'ala berfirman:

(Wahai para Rasul! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik dan hendaklah kamu beramal soleh). Dan Allah Ta'ala berfirman: (Wahai orang-orang yang beriman! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik yang Kami rezekikan kepada kamu).


Kemudian Baginda menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut kusut masai dan berdebu, yang menadah tangan ke langit (iaitu berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku!Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram,pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram?


Hadis riwayat al-lmam Muslim.

Kefahaman Hadis :
1) Suci Allah dari kekurangan / keaiban / tidak perlu rakan dan anak / tidak zalim dan tidak tidur.
2) Diterima atau tidak amalan
- bergantung kepada pemakanannya halal/haram.
- sebab kepada diterima atau tidaknya doa/ibadah.
3) Sebab- sebab diperkenankan doa serta beberapa adabnya:
perjalanan yang jauh - (hadis - tiga jenis doa yang diperkenankan , doa orang yg dizalimi, orang dlm musafir dan doa bapa terhadap anaknya) berpakaian lekeh (usang) - sebagaimana disunatkan dlm solat Istisqa’.mengangkat tangan ke langit - hadis nabi berkenaan dengannya. mengulang-ulang nama Allah - (3x) - sebagai tanda sangat berhajat.penjagaan makanan, minuman dan pakaian .

Pengajaran hadis:

1. lslam menuntut umatnya menjaga diri dari semua aspek; kebersihan diri dan hati, keelokan berpakaian, kebersihan amalan perbuatan juga budi pekerti. Sesungguhnya Allah SWT itu baik. Dia hanya menerima perkara yang baik-baik sahaja.

2. Amalan, pakaian, tempat tinggal, kenderaan dan makanan seseorang mempunyai hubungan rapat dengan darjat kemuliaan diri dan peningkatan maqam hatinya. Oleh itu, seorang mukmin dituntut menjaga amalan, tingkah laku dan pakaian serta memakan hanya benda yang baik.

3. Makanan yang baik ialah makanan yang halal. lni tidak menafikan makanan yang berzat dan bervitamin, kerana Allah sifatkan makanan yang baik, bukan sekadar yang halal.

4. Makanan dan perbuatan yang haram menghalang pembersihan jiwa seseorang, sekaligus menghalang doa daripada dimakbulkan Allah.


~just a reminder for you and me, may ALLAH grant us iman and taqwa every second~

Teka teki belum terjawab,
siapakah yang beli pringles tu?
Lalu kak ngah menjawab, " Kalau tak boleh makan, jangan makan.. letak tepi je.. bukan kak ngah beli, dapat hadiah hamper.."
"Oho.. nanti kita bagi jiran kita!!"
"Mane bleh, tak baik bagi makanan tak halal kat orang!"
"Aik, apesal pulak? Jiran kita bukan orang Islam pun!!"
for the very moment, we argue again,
again and again.
Indeed, it is boring without argument
and it is the essence of closeness
for a sister and her brother.
~peace~

sumber hadis

0 thoughts from optimists:

Post a Comment