200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

Aku Bangga Menjadi Sahabatmu

Sunday, March 7, 2010
Salam Ukhuwwah Fillah Mahabbah Lillah

Sahabat,
aku tidak mampu menjelaskan,
dan tidak mampu merungkaikan,
apa yang berlaku.

Sahabat,
mungkin kau kehairanan,
dan berkali-kali kau tidak memahami,
aku dan apa yang berlaku.

mungkin benar,,, aku "tak senonoh betul!"

Sahabat,
kita berbeza,
aku masih dalam kancah lamaku,
namun kau telah jauh ke hadapan,
menggapai segenap ruang dan peluang yang kau kecap.

Mungkin kau kecewa denganku,
kerana aku tidak seperti,
apa yang kau asuh.

Doalah bersama untuk kebaikan kita,
Mungkin,
Dengan cara yang berbeza,
Kita berdua mampu menggoncang dunia.

(Cakap besar konon... tapi pemalas!)

Aku memahami,
dari raut pandangmu,
dari peri sikapmu,
Kau menyampaikan sesuatu....
buatku. (Atau aku sekadar bermanifestasi sendiri.. abaikan!)

Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui,
akan diriku,
dan akan dirimu,
aku doakan agar kau dan aku,
tetap utuh berjuang dan berjuang,
demi syurga akhirat yang abadi.

Saya sayang awak, Asif jiddan wa syukran kathir...
Bersengketa itu manis
Gagal itu satu tangga kejayaan!!

Salam sayang dari seorang hamba dina hina dan penuh dosa.......
Ketahuilah, aku bangga ada seorang sahabat sepertimu......
Maafkan aku...................................
Dan teruslah bimbing aku kerana ALLAH.

0 thoughts from optimists:

Post a Comment