200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

kerana tanggungjawab terhadap makhluk yang bernama ilmu

Saturday, March 20, 2010
~Jom aplikasi 10 rukun ini terhadap makluk ALLAH yang bernama ILMU~

1. Faham

2. Ikhlas

3. Amal

4. Jihad

5. Berkorban (Tadhiah)

6. Taat

7. Tabah (Thabat)

8. Jatidiri (Tajarrud)

9. Bersaudara (Ukhuwwah)

10. Menaruh Kepercayaan (thiqah)

pelajar cemerlang~ FAHAM ilmunya, IKHLAS kerana ALLAH, berAMAL, berJIHAD dari tidur banyak, TADHIYYAH masa untuk study, ada nilai-nilai THABAT, TAJARRUD, dan THIQAh terhadap ilmunya, dan berUKHUWWAH dengan buku.... untuk TAAT, tak pasti nak letak mana..

pelajar masih belum cemerlang ~ walaupun ke kelas hari-hari, tiada usaha lebih untuk lebih FAHAM ilmunya, niatnya IKHLAS untuk dapat kerja comei nanti, AMALnya kurang (sama ada ilmu itu untuk diamal atau amal untuk menguasai ilmu itu), JIHADnya berkompromi dengan tidur, buang masa, dan facebook, THABAT TAJARRUD dan THIQAHnya nyawa-nyawa ikan..hampir failed doh.. UKHUWWAHnya dengan buku jarang sekali..

agaknya bagaimana ILMU mahu melekat di dada...
si penuntut pun acuh tak acuh je...


Muhasabah untuk diri ini...


Jangan double standardkan study anda,
STUDY is serious matter..pesan Madam Rohani..

Syukran semua kepada yang sering memberi semangat...

"exam pun hamba ALLAH juga, mohon pada ALLAh untuk segalanya. InsyaALLAH, semoga dipermudahkan olehNya, selamat berimtihan.." -kak Kamilah

"Harini Ika kena doublekan effort ika!" -Ika
"Kalau Ika double Huda triple kot"

BittaufiQ wannajah,
Mohon maaf zahir dan batin dari lubuk hati...

To : Tikah, Nani, Biha, Yana, Aini, Ika, Kak Muni, Kak Sa, Aisyah, and Cnat
TQ.. Best of LUCK, u all encourage me a lot tanpa dapat dilihat dengan mata kasar~

0 thoughts from optimists:

Post a Comment