200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

Al-Quran dan kita

Wednesday, May 26, 2010



tazkirah dipetik dari worldofislam.ning

Terdapat tiga kewajipan utama kita terhadap al-Qur’an:
a) Membaca al-Qur’an dengan tartil (tersusun)
b) Menghayati bacaan al-Qur’an
c) Menjadikan al-Qur’an sumber petunjuk dalam kehidupan dan amalan seharian.


Membaca al-Qur'an bukanlah sekadar untuk mencari ganjaran dan pahala membacanya sahaja (satu huruf sepuluh pahala) sebagaimana yang digambarkan oleh sesetangah orang, bahkan ganjarannya yang hakiki adalah dengan mempraktikkan al-Qur'an dan berpegang teguh dengan ajarannya, sebagaimana firman Allah s.w.t.:

وَقُلِ اعْمَلُواْ فَسَيَرَى اللّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ

Maksudnya: dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu nescaya Allah pasti akan melihat amalanmu, dan begitu juga Rasul dan orang-orang yang beriman (pasti mereka juga akan melihat amalanmu). (At-Taubah:105)


Sabda Nabi s.a.w.:

«اقرأ القرآن ما نهاك، فإذا لم ينهك فلست تقرأه»

Maksudnya: Bacalah al-Qur'an kerana al-Qur'an dapat mencegahmu (daripada melakukan dosa), maka jika (kamu membacanya dan) ia tidak mencegahmu (daripada melakukan dosa), maka kamu sebenarnya tidak membaca al-Qur'an (dengan bacaan yang hakiki) -hadis hasan li ghoirihi-


Bagaimanakah cara untuk kita mendapat faedah daripada al-Qur'an agar al-Qur'an dapat dipamerkan dalam kehidupan dan amalan seharian?
Caranya:
-Pertama, kita hendaklah terlebih dahulu mendengar bacaan ayat al-Qur'an sama ada yang dibaca oleh kita sendiri ataupun orang lain.
- Kedua, kita hendaklah cuba sedaya upaya untuk memahami maknanya (contohnya dengan membaca buku tafsir yang muktabar atau dengan bertanya kepada para guru @ Ulama').
- Ketiga, kita hendaklah beramal dengan al-Qur'an (melaksanakan suruhan-Nya, dan meninggalkan larangan-Nya) dengan penuh keikhlasan dan kesedaran.

- Firman Allah s.w.t.:

(فَبَشِّرْ عِبَادِ الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ أُوْلَئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمُ اللَّهُ وَأُوْلَئِكَ هُمْ أُوْلُوا الأَلْبَابِ)

Maksudnya: Maka berilah berita gembira kepada hamba-hamba-Ku, iaitu mereka yang mendengarkan sesuatu perkataan, lalu mereka mengikuti perkataan yang terbaik, mereka itulah yang telah diberi petunjuk oleh Allah, dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Az-Zumar:17-18)

- Ini bermakna, orang yang mendengar ayat al-Qur'an hendaklah memahaminya dan beramal dengan apa yang terdapat di dalam al-Qur'an, KERANA pembacaan dengan penghayatan dapat menjangkau hati, lalu menggetarkan perasaan dan memberi kesan kepada jiwa.



Oleh itu, al-Qur'an hendaklah dibaca dengan penuh penghayatan, pemahaman, penelitian, dan kesedaran, kerana dengan cara inilah kita dapat memberikan bacaan al-Qur'an haknya serta maknanya yang sebenar, sebagaimana firman Allah s.w.t.

(الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَتْلُونَهُ حَقَّ تِلاَوَتِهِ)

Maksudnya: Mereka itulah yang kami berikan kepadanya al-Kitab (al-Qur'an), mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan.(Al-Baqaroh:121)

Sayyidina Ali r.a. (wafat 40H) berkata:

"لا خير في عبادة لا فقه فيها، ولا في قراءة لا تدبر فيها، وإياك أن تصير مشغوفاً بعدد الختمات على نفسك، فلأنْ تُرَدِّدَ آية واحدة ليلة خيرٌ لك من ختمتين".

Maksudnya: Tiada kebaikan dalam ibadah yang dilakukan tanpa sebarang kefahaman, begitulah juga tiada kebaikan dalam bacaan al-Quran yang dibaca tanpa sebarang penghayatan. Hendaklah kamu menjauhkan diri daripada menyukai berapa banyaknya bilangan kamu mengkhatamkan (menghabiskan) al-Qur'an, ketahuilah bahawa jika kamu dalam satu malam hanya mengulang-ulang satu ayat al-Qur'an (dengan penghayatan) adalah lebih baik daripada kamu mengkhatamkan al-Qur'an dua kali (tanpa penghayatan).


اللهم اجعل القرءان لي في الدنيا قرينا وفي القبر مؤنسا وفي القيامة شفيعا وعلى الصراط نورا وفي الجنة رفيقا ومن النار سترا و حجابا

"Ya Allah,jadikanlah al-Quran itu bagiku sebagai perhubungan di dunia, dan di qubur pula sebagai teman yang jinak, dan di hari Qiamat pula sebagai pelindung, dan di titian sirat pula sebagai cahaya penyuluh dan di syurga pula sebagai teman yang setia, dan dari api neraka sebagai penghalang dan pendinding.."
Amiin...

seorang sahabat amik masa baca al-Quran kejap kat lab.


0 thoughts from optimists:

Post a Comment