Gamba quran ksa tu malas nak buang. huhuhu.
Nasyid tombo ati ni best. Jawa + Melayu. Rentak slow dia best.
Semoga sentiasa dalam rahmat dan teduhan kasih sayang Allah SWT, dlm bimbingan dan tuntunan Rasulullah SAW...
"The university today does not teach people how to think. The students come to university to make money. I always said to my students if you want to be rich don't come to university. The rich Chinese are mostly uneducated. To be rich you are not obliged to be highly educated. You can just pick one spot in KL and start selling Nasi Lemak and trust me your earning will be higher than university's Professor. People come to university in order to be a complete human being, not about making money. When I correct SPM history papers most of the time I will be correcting my own answer schemes. Our education system does not produce human but robots." -Prof Emeritus Dato' Dr Khoo Kay Kim
-dipetik dari rausyanfikir-
Ketahuilah, pembaikan akhlak-akhlak serta corak fikiran manusia bermula dengan proses pembaikan hati atau jiwa.
Manusia juga kelihatan baik kerana dia berada dalam suasana beragama . Namun sebenarnnya, batin mereka celaka. Selagi jiwa tidak disembuhkan,tidak di ubati, seandainya keluar sahaja dari tempat yang tersebut, dia menjadi sebaliknya. Hal demikian kerana sifat mazmumah kembali tiba. Tiada lagi undang-undang bertindak sebagai penjaga.
Ketahuilah sahabat, kita mahu melahirkan orang benar ketika bersendirian, benar di di mana sahaja tempat persinggahan. Kerana apa dia benar? Kerana hatinya sentiasa berhubung dengan Allah, pencipta diri dan segala keindahan. Ini sebenarnya akidah. Antara Jiwa dan Allah ada hubungan.
semua selingan pendidikan hati dipetik dari karya titisan air jatuh ke hati, sumber klik sini. harap maklum.
Segala kebaikan yang kita lakukan berdasarkan nilai mata manusia. Hakikatnya, kita menjadi baik kerana nilai pandangan manusia. Semuanya lantaran bimbang di hatinya..”takut manusia berkata begini, atau begitu”. Bukan dek kerisauan pandangan Maha pencipta. Jelas sekali, kita masih tidak terlepas dari kawalan manusia. Apakah ini sifat seorang hamba?
Ketahuilah sahabat, tempat ketakutan sesungguhnya di hati tidak di akal sebagaimana kita sangka. Akal, sekadar tempat persinggahan ilmu yang dibicara. Kadang-kadang ingat biasanya lupa. Daripada akal, ilmu cuba menuju ke hati manusia. Alahai, hati tidak berfungsi sebaiknya bagaikan alat yang tiada daya. bagaimana ia bisa bergetar kepada Allah. Zikir Allah dilaungkan, tetapi kita kalah dengan kerdipan mata. Tertidur sahaja.
semua selingan pendidikan hati dipetik dari karya titisan air jatuh ke hati, sumber klik sini. harap maklum.
0 thoughts from optimists:
Post a Comment